Saturday, August 4, 2007

Sony NW-S705F - My Style


Aku ni jenis yang mengemari barang-barang elektronik termasuklah pencinta audio dan visual. Mungkin zaman dah berubah kot. Sejak dah berumur dah ni minat beralih ke lain dah. Dulu aku minat barang-barang permainan. Asalkan pergi ke Mall, tempat yang wajib aku singgah tengok ialah kedai menjual permainan. Antara yang menarik minat aku ialah action-figure dan kereta kontrol. Nasib baik lah anak perempuan aku tak ikut style aku. Dia kecik-kecik layan barbie, aku idak lah....apa kelas main anak patung wakakaka!

Itu dululah, bila dah married dah ada anak, sikit demi sikit minat tu dah pudar. Minat main games pun nampaknya dah berkurangan sejak menjadi Forex Trader ni.

Okay, balik pada topik di pagi ini, aku nak bagi review mengenai MP3 Playerku yang setia menemaniku kemana jua aku berada. First of all, tujuan aku beli MP3 player ini adalah untuk kegunaan aku terutamanya semasa buat workout di Fitness Center. Kalau bukan disebabkan aku nak gunakan untuk ke gym, memang aku tak beli kerana aku sudah mempunyai 2 Sony Playstation Portable (a.k.a PSP) yang cukup dengan fungsi MP3 dan MP4. Tapi yelah kan, tak kan aku nak usung PSP yang gabak tu masa tengah atas treadmill. I need something more lighter and of course not bulky!.

Maka, aku discuss dengan adik aku mintak dia tolong tengok-tengok kan MP3 yang kualitinya 'excellent'. Setengah hari juga lah dia pergi survey satu-satu. Senang saja nak tahu mana yang best mana yang tidak. Selain daripada feature MP3 Player tersebut, yang paling penting ialah bagaimana telinga kita menerima bunyi yang keluar daripada player tersebut. Itu yang paling penting bagiku. Jadi banyaklah MP3 player yang dah survey sehinggalah berjumpa dengan sony NW-S705F ini.

Beberapa highlight untuk NW-S705F:
  • 2GB capacity
  • Built-In Active Noise Cancellation
  • Clear Stereo and Clear Bass
  • Built-In FM Tuner
  • Quick Battery Charge (A three minute charge will provide up to 3 hours of playback)
  • Up to 50 hours Playback
  • support for ATRAC, MP3, AAC, WMA and Linear-PCM formats
Cuma, nak menggunakan MP3 player ini perlukan software dia tersendiri - SonicStage. Tapi, first time aku dengar musik dari MP3 Player, terus aku cakap, Yup! the one I'm looking for!.
Sehingga sekarang, aku masih teruja dengan kualiti MP3 player ini, sesuailah dengan harganya -RM699.00

No comments: