Friday, August 3, 2007

Lasagne - My Savory Taste


Sejak cuti sakit ni tak banyak perkembangan dunia luar bagiku. Paling banyak pun layan Forex saja lah. Jadi terlintas pula dihati nak masak masakan baru iaitu Lasagne. Aku pilih daging sebagai perasa asasnya.

Jadi ke Tesco lah aku sorang-sorang cari bahan-bahan mentah nak buat lasagne. Aku mula masak pukul 12:00 tengahari siap pukul 2:00 petang. Fuh 2 jam tu. Mudah je nak buatnya cuma preparation macam masak sos daging, sos butter dan keju, dan juga rebus lasagne. Lepas tu susun dalam dulang yang sudah disapu butter. lapis-lapiskan ikut sesedap rasa. Yang pasti keju mesti lebih coz aku pencinta keju. Bakar dalam oven selama 30 minit.

Tu dia rupa-rupanya anak dan anak saudaraku memang sedia menanti lasagne ku. Walaupun baru pulang dari sekolah, sanggup depa tunggu sampai masak baru makan. Suruh makan nasi pun tak mahu. Dan hasil lasagne aku sungguh....nyummyyy nyum nyum nyum......

Hmm lepas tu aku ke Terminal LCC jemput adik balik dari Sabah. Dia tanya ada masak apa kat rumah, aku kata lasagne...dan dia pun nak jugak! wakakaka....belum buat The Sherperd Pie lagi ni.

No comments: