Aku betul-betul dalam dilemma. Patutkah aku menerus cita-cita akademik aku atau wajarkah aku berada tetap dalam landasan menjadi seorang forex trader. Kalau anda seorang forex trader, anda pasti tahu untuk menjadi trader berjaya, bukan saja perlu pengorbanan wang ringgit (hehehe USD maaa), malah pengorbanan masa itu amat penting. Sejak menjadi forex trader ini, masa ku banyak terluang dengannya. Bukan sahaja membuat urusniaga, malah belajar, membaca, membuat latihan dan sebagainya. Sehingga ke hari ini sudah 8 bulan aku berkecimpung dalam dunia FOREX. Sungguh besar cabaran yang aku alami, tetapi hatiku puas. Bak selalu aku katakan, aku belajar masa buat master dulu pun tak seteruk aku belajar memahami dan menguasai dunia forex. Sehingga sekarang, aku masih dan akan terus menuntut ilmu. Mungkin reward yang aku terima dalam dunia forex ini lebih nyata dan lebih besar maka dengan itu ianya mengatasi hajatku untuk menyambung pelajaranku sehingga tamat phd.
Namun, akademik adalah sesuatu nilai yang sukar di sukat. Tetapi aku pasti, dengan mengenggam segulung ijazah itu, sudah cukup mengatakan segala-gala kesusahan untuk mendapatkannya amat berbaloi. Bernilai dari apa saja. Kerana itulah apa yang ku rasakan dengan ijazah Sarjana Ekonomi ku yang tidak memberi kebaikan dari segi gajiku tetapi membawa banyak keistimewaan kepada diriku terutamanya menjadikan aku seorang yang berfikiran luas. Sedikit sebanyak sarjana aku itu sendiri telah banyak membantu urusan ku dalam membuat urusniaga Forex.
Phd? Banyak yang perlu difikirkan dan dirancang. Bak Forex, Phd juga seumpama mempunyai perkahwinan satu lagi yang perlu didamping, dijaga, dipupuk dan mempunyai kos yang tinggi. Sekiranya aku mengambil keputusan meneruskan pengajian phd aku, aku tahu aku terpaksa kurang menumpukan perhatian atau beralih terus perhatian forex ku kepada pengajianku.

Aku masih dalam dilemma........to do or not to do.
1 comment:
Dear kakak ku Kak Nira yang baik ati,
Teruskan lah dgn cita-cita phd itu kerna at least adik mu yang ensem nie ada rakan sepening kelak..jom aaa kaknira..
Post a Comment