Warisan DiRaja Negeri Sembilan
Tarikh Keluaran : 2hb Ogos 2007
Maklumat Setem :
Setem 30 sen : Keris Panjang. Kelapan-lapan bilah Keris Panjang ini merupakan alat yang penting di dalam setiap adat istiadat DiRaja di Negeri Sembilan.
Setem 50 sen : Changgai Puteri. Lambang kebesaran negeri ini berupa sebuah perisai dengan sembilan tangkai padi yang memberi erti percantuman sembilan buah negeri dan bintang pecah sembilan dibawahnya yang juga menggambarkan maksud yang sama. Di sebelah atas perisai ini terdapat sebilah pedang bersilang dengan sarungnya serta ditengah-tengahnya terhunus sebilah mata tombak yang dinamakan Changgai Puteri.
Setem 50 sen: Balai Rong Seri. Merupakan tempat khas Penghulu Luar Undang Yang Empat Tengku Besar Tampin menghadap kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Lembaran mini RM2.00 : Istana Lama Seri Menanti.

No comments:
Post a Comment