
Akhirnya doktor terpaksa juga letak ubat bius dalam hidung aku bagi aku tak rasa sangat sensitifnya. Sekali dia cuci...adehhh sakit gak walaupun ubat bius dah jalan. Cuma tak lah rasa nak bersin sangat. Doktor kata terpaksa juga cuci habis kerana darah beku masih ada dalam rongga sinus. Lepas tu sebulan lagi boleh datang lagi untuk cuci hehehe.
Maka dengan itu, tamatlah sudah keseronokkan cuti sakit selama 17 hari wakakaka! Hari Isnin dah boleh mula kerja balik. Hidung aku pun dah tak tersumbat. Walaupun selepas cuci tu, hidung aku keluar darah lagi (and again darah tak keluar kat hidung, dia turun kat tekak...uwekkkk). Tapi alhamdulillah, deria bau aku dah mula berfungsi sedikit demi sedikit. Secara keseluruhan aku bagi 95% improvement pada hidung aku. Good job hidung!
No comments:
Post a Comment