
Hari ini aku masak Shepherds Pie. Base dia sama saja macam masak lasagne cuma tak letak lasagne la. Ganti dengan kentang lecek.
Sangat mudah:
- Bahagian dasarnya aku buat daripada tepung, butter dan susu. Butter 1/2 cawan dipanaskan dalam kuali, masukkan tepung 2/3 cawan, gaulkan dan masukkan susu segar sehingga adunan nampak sebati dan agak cair. Masuk dalam dulang yang dah di sapu butter.
- Tumis bawang besar yang dipotong dadu sampai terbit bau dan kekuningan sikit. Masukkan daging kisar tumis sampai masak. Masukkan tomato yang dipotong dadu, Tomato cut dalam tin, dan sos spaghetti. Masukkan daun sup dan kiub ayam. Masuk gula sikit. Sudah masak, masukkan dalam dulang sebagai lapisan kedua. Oh ya aku letak cheese antara lapisan bawah dan lapisan sos ini sebab seperti biasa aku memang pencinta keju.
- Lapisan atas lagi mudah. Letak je kentang yang dah direbus dan dah dilecek sebati. Letak perlahan-lahan dibahagian atas supaya tidak terbenam dalam lapisan daging. Lepas tu letak keju setamak rasa.
- Bakar dalam oven 30-45minit.
Wallaaa.......siap dah pie aku.......boleh di makan begitu saja. Nyummy! Erkk...rupa cam sama je macam masak lasagne, rasa pun lebih kurang la...cuma ada rasa manis kentang je....wakakaka! Hari raya meh lah datang rumah kalau nak rasa Shepherds Pie aku....sila-sila.
No comments:
Post a Comment