Thursday, August 23, 2007

Ayah dan Ibu

Arghhh...hari ini hari yang memang berkecamuk jiwaku. Pukul 2 pagi, adik bawak ayah ke HUKM kerana sesak nafas. Rupa-rupanya masalah jantung lagi. Kali ni nampak serius sikit. Dah la sejak keluar hospital minggu lepas dia memang tak ada selera nak makan...kesian ooo....

Pagi pula aku bawa mak ke Kampung Baru Medical Center (KBMC) jumpa doktor pakar sakit puan. Alahai....mak pula kena admit hospital dan buat pembedahan hari isnin. So hari Ahad kena masuk wad. Hmm sekarang kedua-dua mak dan ayah masuk hospital dalam masa yang sama. Sebelum ni ayah saja. Hospital yang berlainan pula. Camna ye?

Aku cadang nak temankan mak, tapi kesian pulak kat izzah sendirian uruskan hal sekolah (walaupun sebelum ni dia memang uruskan sendiri), cuma aku tahu dia mahu teman especially waktu malam hehehe. Yang pasti Isnin dan Selasa aku kena ambik cuti.

Petang tadi tengok ayah. Masih belum sedar. Masih bergantung dengan mesin pernafasan. Penuhlah wayar-wayar, tiub sebagainya kat ayah. Kesian aku nengok, tapi yang best pulak tengok dia tidur sebab dah lama dia tak tidur nyenyak.

Tapi hatiku terhibur bila balik hospital tengok performance forex aku hari ini dapat 150pips. Berkat prihatin pada ibu bapa!

No comments: