Wednesday, August 29, 2007

Who says Money is Not Important?

Sambung cuti.....

Mak masih belum keluar wad. Ayah sudah tukar wad ke Wad Perubatan 1. Selagi mak tak keluar hospital, selagi tu la aku susah nak masuk kerja. Tak pe, aku enjoy jaga mak.

Aku pun sebenarnya kurang sihat ni. Rasanya coz banyak kena hujan masa ulang alik tengok mak dan ayah. Tambah badan memang penat coz tidur kat hospital, tu yang senang je virus nak attack aku. Gym pun aku dah lama tak pergi coz sibuk sangat. Bulan depan kena freeze akaun le gamaknya. Nak cari duit lagi nak bayar gym ye tak?

Hari ni aku kena hantar kereta ke bengkel dulu. Brek depan dah lekat dan tengok dia punya disc dah calar hmmm...duit, duit, duit, semua nak kena pakai duit. Hari-hari ulang alik lalu tol, tol torowong SMART lagi, macam air je Touch & Go aku susut nilai wakakaka!

Kos pembedahan emak sebanyak RM7000. Alhamdulillah, semuanya dapat terkumpul dalam masa sehari kerana adik beradik yang lain memang prihatin...They da best! Aku pun share jugak la, tapi tak le sebanyak abang-abang aku...coz aku kayap wakakaka!

Bayangkan kalau tak de duit dan harapkan hospital kerajaan. Dah 4 tahun dah emak aku gi hospital kerajaan, tak gak sampai giliran buat operation. Tu yang pergi swasta.

Lepas kereta siap, aku kena gi shopping barang-barang dapur. Ayam memang dah tak de langsung. Kena ada bekalan coz anak-anak sedara aku memang kerja makan ayam je. Sama la dengan anak aku. Kalau masak sambal ayam...laju je pam masuk mulut. Wakakaka! Aku memang suka layan bebudak. Favorite auntie aku ni.

So let see la nanti berapa ratus hari ni aku keluar duit dari pagi sampai malam karang. Itu belum aku beli rumah lagi. Uwaaaa..... kalau fikir camni yang nak buat phd ni. Upgrade myself. Alhamdulillah aku dapat sambung mengajar part time dengan OUM. Dapat le prepare duit tu untuk hal-hal lain. Aku cadang nak hantar anak aku masuk tuisyen mula tahun depan.... perbelanjaan akan bertambah tu. Duit aku je yang tak bertambah. Walaupun gomen naik gaji, tapi semua gomen ambik balik. Minyak kereta aku je dah RM50 setiap 3 hari. Nak tukar kereta lain pun tak mampu. Bila lah boyfriend aku nak hadiahkan aku kereta ni?

So kepada adik-adik yang membaca blog akak ni (kira peminat akak la ye...glamor skit), upgradekan lah diri masing-masing masa muda ni. Siapa kata duit tak penting? Dunia sekarang memang materialistik, semua perlu dibayar. Silap-silap masa depan udara nak hirup pun kena bayar. (Mana tahu pencemaran teruk sangat, pastu kerajaan kena beli alat pembersih udara...siapa kena bayar? Akak dan adik-adik jugak. Wakakaka) Selain tu kena ingat orang-orang disekeliling kita. Siapa yang akan bantu mereka kalau bukan kita? Sebab tu, kita dulu yang kena upgrade.

Thursday, August 23, 2007

Ayah dan Ibu

Arghhh...hari ini hari yang memang berkecamuk jiwaku. Pukul 2 pagi, adik bawak ayah ke HUKM kerana sesak nafas. Rupa-rupanya masalah jantung lagi. Kali ni nampak serius sikit. Dah la sejak keluar hospital minggu lepas dia memang tak ada selera nak makan...kesian ooo....

Pagi pula aku bawa mak ke Kampung Baru Medical Center (KBMC) jumpa doktor pakar sakit puan. Alahai....mak pula kena admit hospital dan buat pembedahan hari isnin. So hari Ahad kena masuk wad. Hmm sekarang kedua-dua mak dan ayah masuk hospital dalam masa yang sama. Sebelum ni ayah saja. Hospital yang berlainan pula. Camna ye?

Aku cadang nak temankan mak, tapi kesian pulak kat izzah sendirian uruskan hal sekolah (walaupun sebelum ni dia memang uruskan sendiri), cuma aku tahu dia mahu teman especially waktu malam hehehe. Yang pasti Isnin dan Selasa aku kena ambik cuti.

Petang tadi tengok ayah. Masih belum sedar. Masih bergantung dengan mesin pernafasan. Penuhlah wayar-wayar, tiub sebagainya kat ayah. Kesian aku nengok, tapi yang best pulak tengok dia tidur sebab dah lama dia tak tidur nyenyak.

Tapi hatiku terhibur bila balik hospital tengok performance forex aku hari ini dapat 150pips. Berkat prihatin pada ibu bapa!

Tuesday, August 21, 2007

You Set My Dreams to Music

Get this widget | Share | Track details

Oh, I'm lovin' what I see
Each time you smile at me
I love the look
Of what you're thinking
I-I know how it feels to fly
I'm glowin' like the sky
That's on fire
As the sun is sinking
Oh... you set my dreams to music
As you spend the whole night
Making them come true
And in my whole life
I have never had a dream
As sweet as you
No one else I ever knew
Could touch me quite like you
Or say as much
Without a word
Now love, I'm hoping you can see
The song inside of me
That holds more love
Than any song you've heard now
Oh - you set my dreams to music
As you spend the whole night
Making them come true
And in my whole life
I have never had a dream
As sweet as you
In my whole life
I have never had a dream
As sweet as you

I just feeling blue tonite

Friday, August 17, 2007

My Phd - To Do or Not To Do

Aku betul-betul dalam dilemma. Patutkah aku menerus cita-cita akademik aku atau wajarkah aku berada tetap dalam landasan menjadi seorang forex trader. Kalau anda seorang forex trader, anda pasti tahu untuk menjadi trader berjaya, bukan saja perlu pengorbanan wang ringgit (hehehe USD maaa), malah pengorbanan masa itu amat penting. Sejak menjadi forex trader ini, masa ku banyak terluang dengannya. Bukan sahaja membuat urusniaga, malah belajar, membaca, membuat latihan dan sebagainya. Sehingga ke hari ini sudah 8 bulan aku berkecimpung dalam dunia FOREX. Sungguh besar cabaran yang aku alami, tetapi hatiku puas. Bak selalu aku katakan, aku belajar masa buat master dulu pun tak seteruk aku belajar memahami dan menguasai dunia forex. Sehingga sekarang, aku masih dan akan terus menuntut ilmu. Mungkin reward yang aku terima dalam dunia forex ini lebih nyata dan lebih besar maka dengan itu ianya mengatasi hajatku untuk menyambung pelajaranku sehingga tamat phd.

Namun, akademik adalah sesuatu nilai yang sukar di sukat. Tetapi aku pasti, dengan mengenggam segulung ijazah itu, sudah cukup mengatakan segala-gala kesusahan untuk mendapatkannya amat berbaloi. Bernilai dari apa saja. Kerana itulah apa yang ku rasakan dengan ijazah Sarjana Ekonomi ku yang tidak memberi kebaikan dari segi gajiku tetapi membawa banyak keistimewaan kepada diriku terutamanya menjadikan aku seorang yang berfikiran luas. Sedikit sebanyak sarjana aku itu sendiri telah banyak membantu urusan ku dalam membuat urusniaga Forex.

Phd? Banyak yang perlu difikirkan dan dirancang. Bak Forex, Phd juga seumpama mempunyai perkahwinan satu lagi yang perlu didamping, dijaga, dipupuk dan mempunyai kos yang tinggi. Sekiranya aku mengambil keputusan meneruskan pengajian phd aku, aku tahu aku terpaksa kurang menumpukan perhatian atau beralih terus perhatian forex ku kepada pengajianku.

Aku masih dalam dilemma........to do or not to do.

Sunday, August 12, 2007

My Shepherds Pie


Hari ini aku masak Shepherds Pie. Base dia sama saja macam masak lasagne cuma tak letak lasagne la. Ganti dengan kentang lecek.

Sangat mudah:

  1. Bahagian dasarnya aku buat daripada tepung, butter dan susu. Butter 1/2 cawan dipanaskan dalam kuali, masukkan tepung 2/3 cawan, gaulkan dan masukkan susu segar sehingga adunan nampak sebati dan agak cair. Masuk dalam dulang yang dah di sapu butter.
  2. Tumis bawang besar yang dipotong dadu sampai terbit bau dan kekuningan sikit. Masukkan daging kisar tumis sampai masak. Masukkan tomato yang dipotong dadu, Tomato cut dalam tin, dan sos spaghetti. Masukkan daun sup dan kiub ayam. Masuk gula sikit. Sudah masak, masukkan dalam dulang sebagai lapisan kedua. Oh ya aku letak cheese antara lapisan bawah dan lapisan sos ini sebab seperti biasa aku memang pencinta keju.
  3. Lapisan atas lagi mudah. Letak je kentang yang dah direbus dan dah dilecek sebati. Letak perlahan-lahan dibahagian atas supaya tidak terbenam dalam lapisan daging. Lepas tu letak keju setamak rasa.
  4. Bakar dalam oven 30-45minit.
Wallaaa.......siap dah pie aku.......boleh di makan begitu saja. Nyummy! Erkk...rupa cam sama je macam masak lasagne, rasa pun lebih kurang la...cuma ada rasa manis kentang je....wakakaka! Hari raya meh lah datang rumah kalau nak rasa Shepherds Pie aku....sila-sila.

Saturday, August 11, 2007

The End of My Medical Leave

Semalam aku ke klinik ENT HUKM buat follow up. Bab yang tak paling best ialah masa doktor cuci sinus aku. Aku punya sinus ni sensitif, aduhhh...... Doktor lak tak letak ubat bius dulu. Apalagi asalkan masuk je kamera dan penyedut tu aku mula le nak bersin. Airmata pun dah berjejeran turun. Bukannya sakit, tapi aku nye hidung so sensitif, jadi refleksifnya tinggi. Berapa kali aku suruh doktor tarik keluar dan bersin-bersin sampai keluar airmata. Tambahan aku ada masalah damage nerve pada bahagian pipi kanan kerana Bell's palsy dulu. Kalau makan makanan pedas pun airmata belah kanan mata pun selalu meleleh keluar. Bukan sebab apa...coz the nerve was damaged dan perlukan masa untuk pulih. Itu pun dah hampir setahun lebih pun masih belum pulih sepenuhnya.

Akhirnya doktor terpaksa juga letak ubat bius dalam hidung aku bagi aku tak rasa sangat sensitifnya. Sekali dia cuci...adehhh sakit gak walaupun ubat bius dah jalan. Cuma tak lah rasa nak bersin sangat. Doktor kata terpaksa juga cuci habis kerana darah beku masih ada dalam rongga sinus. Lepas tu sebulan lagi boleh datang lagi untuk cuci hehehe.

Maka dengan itu, tamatlah sudah keseronokkan cuti sakit selama 17 hari wakakaka! Hari Isnin dah boleh mula kerja balik. Hidung aku pun dah tak tersumbat. Walaupun selepas cuci tu, hidung aku keluar darah lagi (and again darah tak keluar kat hidung, dia turun kat tekak...uwekkkk). Tapi alhamdulillah, deria bau aku dah mula berfungsi sedikit demi sedikit. Secara keseluruhan aku bagi 95% improvement pada hidung aku. Good job hidung!

Thursday, August 9, 2007

Aku Budak Minang - Aca dan Atuk

Sapa yang hidup zaman remaja masa tahun 80an mesti tahu zaman kegemilangan Majalah Gila-Gila masa tu. Favorite aku tak lain tak bukan Kartunis Ujang lah. Dan cerita dia yang top masa tu ialah Aku Budak Minang dan Aca.

Semalam aku ke Jaya Jusco Balakong ingatkan nak shopping baju anak. Tak adalah pulak. Jadi singgahlah ke Popular Bookstore (Kedai buku mesti singgah sebab favorite anak aku), beli alat tulis dan buku cerita pilihan anak ku sendiri. Sekali tengah membelek-belek tu, terjumpa pula 2 buah buku karya Kartunis Ujang. Dulu aku dah beli, tapi tah mana perginya la pulak. Terlintas lah pulak nak beli lagi dan kali ini memang simpan baik punya di rak buku dalam bilik aku. Tambahan pula buku 'Aku Budak Minang' ini berkulit tebal. Harga RM35.90. Lepas tu tengok ada buku 'Aca dan Atuk'. Harga RM22.90. Dulu seingat aku tajuk buku tersebut hanya 'Aca'. Mungkin cetakan baru ini ditukar tajuknya.


Satu lagi karya Kartunis Ujang yang terkenal ialah 'Jibam'. Buku cerita ini aku pun dah pernah beli masa zaman remaja dulu, cuma siapakah gerangan membawa lari....aku pun tak tahuuu ooooo (tune nyanyi). Dengar kabar Jibam akan ke layar perak. Tapi walaupun ingat-ingat lupa mengenai ceritanya, aku pasti dulu memang aku mengakui cerita dia best. Aku rasa aku ada nangis jugalah baca cerita Jibam ni. Hmmm better carilah, buat koleksi.

Tuesday, August 7, 2007

My Stamps Collection - New Issue


Warisan DiRaja Negeri Sembilan

Tarikh Keluaran : 2hb Ogos 2007

Maklumat Setem :

Setem 30 sen : Keris Panjang. Kelapan-lapan bilah Keris Panjang ini merupakan alat yang penting di dalam setiap adat istiadat DiRaja di Negeri Sembilan.

Setem 50 sen : Changgai Puteri. Lambang kebesaran negeri ini berupa sebuah perisai dengan sembilan tangkai padi yang memberi erti percantuman sembilan buah negeri dan bintang pecah sembilan dibawahnya yang juga menggambarkan maksud yang sama. Di sebelah atas perisai ini terdapat sebilah pedang bersilang dengan sarungnya serta ditengah-tengahnya terhunus sebilah mata tombak yang dinamakan Changgai Puteri.

Setem 50 sen: Balai Rong Seri. Merupakan tempat khas Penghulu Luar Undang Yang Empat Tengku Besar Tampin menghadap kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Lembaran mini RM2.00 : Istana Lama Seri Menanti.

Saturday, August 4, 2007

Sony NW-S705F - My Style


Aku ni jenis yang mengemari barang-barang elektronik termasuklah pencinta audio dan visual. Mungkin zaman dah berubah kot. Sejak dah berumur dah ni minat beralih ke lain dah. Dulu aku minat barang-barang permainan. Asalkan pergi ke Mall, tempat yang wajib aku singgah tengok ialah kedai menjual permainan. Antara yang menarik minat aku ialah action-figure dan kereta kontrol. Nasib baik lah anak perempuan aku tak ikut style aku. Dia kecik-kecik layan barbie, aku idak lah....apa kelas main anak patung wakakaka!

Itu dululah, bila dah married dah ada anak, sikit demi sikit minat tu dah pudar. Minat main games pun nampaknya dah berkurangan sejak menjadi Forex Trader ni.

Okay, balik pada topik di pagi ini, aku nak bagi review mengenai MP3 Playerku yang setia menemaniku kemana jua aku berada. First of all, tujuan aku beli MP3 player ini adalah untuk kegunaan aku terutamanya semasa buat workout di Fitness Center. Kalau bukan disebabkan aku nak gunakan untuk ke gym, memang aku tak beli kerana aku sudah mempunyai 2 Sony Playstation Portable (a.k.a PSP) yang cukup dengan fungsi MP3 dan MP4. Tapi yelah kan, tak kan aku nak usung PSP yang gabak tu masa tengah atas treadmill. I need something more lighter and of course not bulky!.

Maka, aku discuss dengan adik aku mintak dia tolong tengok-tengok kan MP3 yang kualitinya 'excellent'. Setengah hari juga lah dia pergi survey satu-satu. Senang saja nak tahu mana yang best mana yang tidak. Selain daripada feature MP3 Player tersebut, yang paling penting ialah bagaimana telinga kita menerima bunyi yang keluar daripada player tersebut. Itu yang paling penting bagiku. Jadi banyaklah MP3 player yang dah survey sehinggalah berjumpa dengan sony NW-S705F ini.

Beberapa highlight untuk NW-S705F:
  • 2GB capacity
  • Built-In Active Noise Cancellation
  • Clear Stereo and Clear Bass
  • Built-In FM Tuner
  • Quick Battery Charge (A three minute charge will provide up to 3 hours of playback)
  • Up to 50 hours Playback
  • support for ATRAC, MP3, AAC, WMA and Linear-PCM formats
Cuma, nak menggunakan MP3 player ini perlukan software dia tersendiri - SonicStage. Tapi, first time aku dengar musik dari MP3 Player, terus aku cakap, Yup! the one I'm looking for!.
Sehingga sekarang, aku masih teruja dengan kualiti MP3 player ini, sesuailah dengan harganya -RM699.00

Friday, August 3, 2007

Lasagne - My Savory Taste


Sejak cuti sakit ni tak banyak perkembangan dunia luar bagiku. Paling banyak pun layan Forex saja lah. Jadi terlintas pula dihati nak masak masakan baru iaitu Lasagne. Aku pilih daging sebagai perasa asasnya.

Jadi ke Tesco lah aku sorang-sorang cari bahan-bahan mentah nak buat lasagne. Aku mula masak pukul 12:00 tengahari siap pukul 2:00 petang. Fuh 2 jam tu. Mudah je nak buatnya cuma preparation macam masak sos daging, sos butter dan keju, dan juga rebus lasagne. Lepas tu susun dalam dulang yang sudah disapu butter. lapis-lapiskan ikut sesedap rasa. Yang pasti keju mesti lebih coz aku pencinta keju. Bakar dalam oven selama 30 minit.

Tu dia rupa-rupanya anak dan anak saudaraku memang sedia menanti lasagne ku. Walaupun baru pulang dari sekolah, sanggup depa tunggu sampai masak baru makan. Suruh makan nasi pun tak mahu. Dan hasil lasagne aku sungguh....nyummyyy nyum nyum nyum......

Hmm lepas tu aku ke Terminal LCC jemput adik balik dari Sabah. Dia tanya ada masak apa kat rumah, aku kata lasagne...dan dia pun nak jugak! wakakaka....belum buat The Sherperd Pie lagi ni.