Saturday, August 2, 2014

Finally my HD projector went kaput

from Feb 2008 - August 2014. Not bad

Babai

Friday, February 21, 2014

Dah Jadi Pelajar

Alhamdulillah

Syukur dan rasa rendah diri sangat-sangat pada Allah swt yang telah memudahkan dan menjodohkan aku dengan Universiti sekarang walaupun pada mula seakan-akan mahu melepaskan U ini tapi ternyata Allah telah menyusun sesuatu terbaik untuk diri aku.

Maka bermulalah perjalanan hamba daif aku walaupun U tempat aku kije tak keluar surat perlepasan cuti belajar lagi.

Buat masa ni penat le sikit duk ulang alik selatan utara tiap hari demi memenuhi tuntutan kedua2 Universiti, satu tempat aku kije satu lagi tempat aku belajar.

Apa pun, semalam satu permulaan yang amat positif bagi aku apabila penyelia mencadangkan topik baru dan membincangkan mengenai projek penyelidikan beliau. Seronok giler aku. 

All the best to me.

Thursday, December 12, 2013

Nov to Dec 2013

Busy memanjang.

Since balik dari UUM selepas menghadiri Kursus Analisis Kuantitatif, kerja aku banyak tertumpu di opis. PhD nyer kerja, sikit pun tak terusik.

sedikit sinopsis semasa di UUM:

27 Hari di sana. Dari research method, statistik ke spss semua diajar. Bestnya sebab orang veteran cam aku ni yang dah lama tinggalkan subjek2 tu semua rasa 'fresh' balik. Ada dua exam disediakan, statistik dan spss.

Belajar statistik memang best. 'MintzkadarFvar' memang akan kekallah dalam ingatan semua peserta. Walaupun kursus sepatutnya habis jam 1030mlm, kami minta jasa baik penceramah lanjutkan masa petang dan bebaskan waktu malam kami. Mana nak larat otak masing-masing menerima asakan demi asakan sehingga ke malam.

SPSS pulak, terus terang aku katakan haram jadah aku nak paham apa yang diajar. Akhirnya sebelum exam, terpaksalah aku berusaha dari jam 730 pagi sampai 12 tghmalam duduk kat bilik kuliah dan review sendiri. Alhamdulillah kedua-dua exam aku boleh jawap dengan baik. Sesiapa nak notes leh mintak kat aku.

29 Nov 2013:

Adik tersayang aku menikah. So bergeraklah kitaorg semua ke Kuala Nerang, Kedah. Kenduri belah kami awal Januari 2014 baru buat. Lepas tu aku bergegas balik sebab nak ke Bali.

1-4 dec 2013.

Aku ke Bali ada Sanggar Kerja. Banyak sanggarnya dari kerja. Macam-macam tempat kami di bawa melawat.

Antaranya:
Barong Dance






Ujian Kebal? Kebal lah sangat

Gunung Berapi. Tapi sebab kabus tak nampak sangat.

Pantai di Tanah Lot

Temple

Another view

Monday, November 11, 2013

Dipenjara

Lama tak update sebab dah hampir sebulan aku kena penjara kat hotel ni ikut kursus untuk yang dapat biasiswa phD.

Nanti aku kelik aku tulis perjalanan hidup kat sini.

Sign off from sintok.

Wednesday, October 9, 2013

Kena Wat Lagu ni.....

Kadang-kadang aku rasa down bila aku rasakan tak banyak sokongan yang diberikan kat aku oleh puak-puak opis oleh kerana aku dari golongan bukan akademik.

Betapa aku miss kat seseorang rakan pejabat yang dah bersara. Kalau dia ada dia lah tempat aku meluahkan perasaan, ataupun dialah tempat aku dapatkan perangsang.

Aku dapatkan biasiswa ni pun aku usaha sendiri dengan YB. YB lah yang banyak bantu aku memastikan aku dapat biasiswa ni. Tapi bila aku dapat biasiswa ni dan aku katakan aku nak pergi belajar secepat mungkin i.e semester depan tapi apa2hal aku kena pastikan semua keperluan bercuti terpenuhi, boleh lak satu puak kata kat aku "kalau kursus tu ada ditawarkan" sebelum aku nak gi bercuti. seriously, thats ayat-ayat menjatuhkan semangat. Tak bolehkah kalau sekadar kata, 'you do what best you can do' or paling cikai pun "semoga semuanya dipermudahkan olehNya" ke.....ayat-ayat begitu memberi perangsang pada orang yang tengah berjuang. Dan lagi, that words datang dari orang yang kononnya memperjuangkan common courtesy kat opis ni...huhuhuhu

Dan lagi satu, oleh kerana opis aku dalam proses penggabungan banyak kerja-kerja yangs epatutnya aku tak buat aku buat atas prinsip bantu membantu, tapi akhirnya jadi aku lah yang ditugaskan kalau ada apa-apa yang menyentuh hal tersebut. sampai tiba-tiba aku rasa nak nangis pula bila usaha-usaha aku bersedia untuk pengajian aku terbantut. Kalaulah aku kakitangan akademik, aku rasa lebih mudah aku bersedia untuk melanjutkan pengajian.

Sebab itulah aku nekad, aku kena selamatkan diri aku sendiri. Berjuang supaya aku ada ruang untuk bergerak melakukan kerja-kerja penyelidikan aku sendiri. Aku tak pedulilah orang nak marah ke apa ke sebab aku dah rasa hanya aku saja yang boleh bantu bawa diri aku ke tempat yang lebih tinggi.

Jadi sekarang ni, apa saja yang aku rasa bukan tugas aku, aku dah tolak ke tempat yang sepatutnya. Sorrylah, aku kena wat lagu tu....

Tuesday, October 8, 2013

Cite Birthday

Oktober datang lagi!

Bulan my birthday.

Hari ni birthday salah seorang kawan baik aku. Alhamdulillah aku berjaya elert diri aku sendiri untuk wish dia.

Tak lama lagi lak aku nyer birthday. Aku dah siap2 rangka apa benda special aku nak wat masa birthday aku nanti. Tak de la benda-benda spesial selalunya aku aim makan sedap-sedap je. ERrkk macam le lain hari makan tak sedap, ye tak. Kira extra le, macam semalam makan rm10, hari birthday aku nak makan harga rm20. cengitu kekdahnya.


Cuma aku hope YB tak kejut aku kul 12 tengah malam dan wish aku lalu mengajak aku keluar makan. Benda yang dia wat tahun lepas. Adehhh..... tido itu lagi nikmat dari segalanya. Sampaikan aku kata kot ye pun nak wish org punya birthday, tunggulah orgnya bangun tido punn..... hehehe sungguh kurang romantika d'amour.

Anyway, insyaAllah kali ni sambut birthday besaran sikit sampai pasang khemah sebab sekalikan macam2 hajat. Birthday aku dan alissya, kesyukuran aku dapat biasiswa, dan tahlil bapa aku dan YB.

Friday, September 27, 2013

Rindu

Pagi yang mulia hari ni perasaan aku banyak kepada kerinduan.

Pertama:
Kepada YB, teman hati aku. Sejak hari Ahad lepas YB keluar outstation merata-rata dengan kawan dia atas urusan kerja. Hari Rabu tengah malam dia ada balik, tapi aku dah hanyut tidur tak sempat nak berbual-bual. Bangun pagi aku dah ke tempat kerja tanpa banyak berbual cuma sekadar dapat salam dan cium sebelum ke tempat kerja. Malam tadi dalam sekitar jam satu pagi baru YB pulang dengan kawan-kawan. Aku memang dah sedia tempat kawan-kawan dia tidur. Dan aku tahu YB bila-bila masa akan keluar semula terkejar-kejar menguruskan hal kerja ditempat lain. So dalam pukul tiga pagi bila YB ajak keluar makan kat mamak, terus aku setuju. Masa ni lah kami dapat berseloroh dan berbual panjang. Yup tengah pagi-pagi buta.

Kedua:
Aku rindu kat kerja-kerja akademik aku. Sehingga projek dengan kedutaan Venezuela ni selesai, aku tak  de ruang masa nak baca jurnal-jurnal. Aku kena mantapkan research proposal lagi. Aku kena tulis literature review biar kritis. 

Aku nekad hari ni, lepas meeting terus aku ke library pinjam buku2 dan dapat gak sambar buku ni:



Waktu rehat leh kunci pintu bilik opis baca buku ni.

Monday, September 23, 2013

I GOT THE SCHOLARSHIP!

Syukur ke hadrat Allah swt atas rezeki yang dikurniakan.


Wehhh lama tak hapdate. Busy bebenor aku lately ni. Bukan busy wat kerja phD tapi busy uruskan projek dengan kedutaan Amerika Latin. Habis projek ni memang kena tumpukan 100% kat phD aku. Geram tak dak masa sangat membelai kerja sekolah.

OK sedikit minor update:
  1. Alvin dah sihat dah. Bertambah gomok aku tengok dia; dan
  2. Keiichiro lari dari rumah pula bila tengok aku duk melayan Alvin yang tengah sakit dan kurang membelai dia berbanding Alvin. Grrr!!! sedih tau. Susah bebenor nak jaga hati anak2 bulu ni. So sekarang tinggal Avin saja;
  3. Shiro kekal hilang.

Major update:

Apa lagi kalau bukan benda yang aku idamkan sejak 8 tahun yang lalu. Cuti belajar!

Akhirnya, pada 18 September 2014, aku perolehi keputusan aku berjaya dapat biasiswa cuti belajar. Selepas bincang dengan keluarga terutamanya dengan Izzah, aku buat keputusan sambung di UM.

Ada banyak sebab kenapa aku sambung dalam negara:
  1. Aku tak perlu fikir urusan perpindahan. Bagi aku banyak kesusahan yang akan aku tempuh dalam menguruskan perpindahan aku dan keluarga ke luar negara. So tolak satu masalah;
  2. Aku sudah mengenali kedua-dua penyelia aku dan insyaAllah aku boleh berkerjasama baik dengan diorang. Fokus aku adalah menimba ilmu sebanyak mungkin dan menerbit sebanyak boleh. Jadi kalau dah kenal kenapa nak susahkan diri mencuba yang baru yang belum tahu bagaimana keserasiannya. Minus another problem;
  3. Sokongan pembelajaran banyak di sini. Malah aku sedang mengikuti kelas di U aku sebagai sit-in student. Banyak kenalan boleh aku jumpa kalau aku menghadapi masalah dalam pembelajaran;
  4. Aku bukannya pelajar pintar, aku nak berjaya aku kena usaha lebih. Jadi aku rasa aku berupaya untuk usaha lebih kalau aku di tanahair sebab aku tahu mana nak pergi uruskan permasalahan aku;
  5. Banyak persidangan aku boleh ikut dalam bidang yang aku kaji sebab jaringan aku yang sedia ada di sini;
  6. Mak aku dah tua, nanti aku tak boleh belikan mak aku barang-barang runcit yang diminta seperti mana yang aku lakukan selama ini. Mak hanya seorang, dan aku nak aku sentiasa ada apabila diperlukan.

Tuesday, August 13, 2013

Musim Raya 2013

First of all....

Tak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Hari raya kali ini the only hari raya aku tak kisah rumah tak ready nak beraya. Bayangkan malam raya pertama aku dan YB boleh dissemble sofa rumah, cuci dan figure out lagu mana nak ganti cover dia. Baru semalam YB jumpa tempat jual cover kulit untuk sofa walaupun hari tu aku dah beli kain nak ganti. Tak pe, kain tu boleh standby ganti langsir rumah.

Tengok ni sofa dah kena tanggalkan, bila nak siap buat, jangan tanya!
Masa tu pun aku dapat beli carpet. First carpet for the house. Almaklumlah ghumah aku ni banyak anak2 bulus, jadi memiliki carpet adalah pilihan terakhir. Tapi sebab sekarang ni ramai dah sanak sedara datang rumah, kesian lak depa duk duduk atas simen sejuk, jadi kena lah beli. Dan seperti biasa, pilihan adalah pilihan aku. Taste modern. Tapi kan, sampai la ni tak bleh bentang lagi sebab sofa tak siap2. Tak de maknanya nak fefeeling vogue.

Cakap pasal anak2 bulus, Alvin sedang sakit kuat. Aku detect dia demam betul2 masa aku nak berangkat balik ke kampung YB. Dahlah pukul 10 malam masa tu, mana ada lagi vet yang buka. Serius aku tengok Alvin memang akan jadi lagi berat. Masa tu airmata aku dah meleleh dah sebab aku tak boleh nak buat apa. Tak kan aku nak batalkan balik kampung pulak. Bila aku start nangis, Izzah pun turut sama. Hahaha camtu ke nak tinggalkan Alvin kalau nak ke overseas nanti. Adalah yang tak mau pergi sana tu nanti.

Bila aku balik rumah (2 hari selepas tu), Alvin dah bertambah teruk. Hingus meleleh, mata penuh taik mata. Badan dah tak larat. Dia kencing pun di situ sahaja dan tak bersihkan diri. Sayu nah aku nengok. So first thing in the morning aku kejarkan Alvin ke Hospital veterinar UPM. Dr ambik temperature dah 40.x dah. Tinggi betul. Pastu dah ada jaundis. Dr. suruh aku buat pilihan, sama ada nak tunggu hari khamis kerana lab di situ semua tutup lagi kerana raya, ataupun aku kejarkan Alvin ke hospital swasta. Main-main tu, serupa macam treatment manusia gak.

So berkejarlah aku ke Balakong gi klinik yang ada semua medical facilities. Klinik tu jugalah Alvin kena kasikan dulu, so dia punya rekod memang dah ada kat situ. Dr. tak gerenti Alvin boleh sembuh tapi Dr. kata lebih baik kita cuba. Alvin kena masuk IV drips setiap hari. Buat ujian darah dan mungkin kena paksa makan melalui syringe. Berat Alvin sebelum ni yang hampir cecah 7Kg dah turun kepada 5 lebih saja. Huh aku dalam bawa Alvin dari UPM ke balakong dah start dah leleh airmata tapi control lah... kang kena gelak ngan YB.

Macamana aku tak sayu lihat anak bulus yang dah dibela hampir 6 tahun ini.
Aku masih berharap Alvin sembuh walaupun peluang tu mungkin tipis kerana komplikasi hati. Walaupun Alvin agak slow, tapi dia tetap kucing kesayangan aku. Petang nanti nak singgah tengok Alvin di klinik.

Monday, July 29, 2013

Interview Result

YB awal-awal lagi dah siapkan gulai-gulai dia untuk jualan sebab dia nak hantar aku ke UM dan sambil tu dia nak ke pasar borong selayang.

Sampai kat UM dengan terkejar-kejarnya sebab trafik jam punya ler teruk. Aku tengok dah ada dah sorang mamat Iran ni tengah tunggu turn untuk interview juga.

Sempatlah aku berbual dengan dia. Masa tu ada sorang pompuan ni sedang menguruskan hal-hal temuduga ni. Dengan ramahnya aku speaking london dengan dia, saja menyapa supaya aku ready dan fluent berbicara dalam bahasa inggeris.

Aku ni susah sikit dengan bahasa. Walaupun aku memahami BI dan boleh berbicara, ada keadaan tertentu aku akan tergagap-gagap kalau minda aku tak bersedia. Macam minda aku ni ada suis. Kalau dia tak ready, memang aku susah nak berbicara dalam BI. Tapi kalau dia ready, perghhh dengan slang amerikak pun boleh jalan. So that morning, minda aku memang dah on English mode. Sapa je aku jumpa tak kiralah melayu ke bangsa asing ke, memang aku cakap english je.

Jadi dengan that lady yang tolong buka pintu dan tunjukkan tempat untuk aku tunggu sementara giliran aku dipanggil tu pun aku cakap BI, walaupun aku tengok dia tergagap-gagap reply dalam BM

Bila mamat Iran tu habis interview aku tanyalah dia hint2 aku apa mende yang ditanya. Katanya ada 5 orang penemuduga...perghhh! Lepas tu dia kata depa tanya sorang satu soalan dan dia punya research proposal kena condemned sebab depa kata tak up to phD standard. Hmmm lagilah buat perut aku berama-rama di dalamnya kan! Lepas tu mamat tu sibuk tanya urusetia temuduga tu no talifon untuk dia tanya keputusan temuduga tu.

Sekarang aku lak kena panggil. Tapi sebab aku baru je kena interview hari tu, kali ni memang dah macam tak ada mende, cuma aku nak kena pastikan aku very fluent je hari tu.

Bila aku masuk, tu dia kau.... pompuan yang aku cakap sebelum tu ghupanya ketua program tu sendiri. Hehehe. Dia cakap BI masa tu, suh aku introduce myself. So bla bla bla lah aku goreng masak lemak ketam masa tu.

Tiba-tiba aku rasa ketua program tu jadi excited sangatlah pulak dengan aku. Katanya dia very concerned kat aku sebab dia takut aku punya english lemah. Tapi dia kata tadi masa cakap dengan aku kat luar dia noticed aku speak very fluent english hehehe. Dia kata syukur depa panggil aku temuduga sebab depa tak boleh nak judge dari reserach proposal aku yang sememangnya aku tulis dalam BM. Sebab keperluan UM lebih menggalakan penulisan dalam BI, panggilan temuduga adalah penting bagi mereka untuk mengetahui keupayaan calon pelajar. Hehehe kira potential student lah aku ni ye.

Dua orang penemuduga yang lain je tanya aku. Aku jawap dengan cukup berabuk. Yang ketua program tu pulak siap-siap tambah lauk sokong aku. Suka sangat kat aku gamaknya hahaha.

Masa tu juga ketua program kata dia terima aku punya permohonan dan looking forward to see me in September. Tapi dia sarankan aku tulis dalam bahasa inggeris. Siap tanya aku ada minta tempat lain tak coz dia kata kecewa juga bila tempat dah ditawarkan tapi student lari buat kat tempat lain. Aku kata tak ada....and i feel i started to fall in love with this place too. Now aku cuma nak tunggu result scholarship dapat ke tidak. Tapi kalau dapat, aku still mahu memohon ke luar negara. Lepas tu baru aku decide yang mana aku nak ambik.

Wednesday, July 24, 2013

Interview Lagik

Esok aku kena gi interview untuk program PhD Universiti Malaya. Perghh UM dah start buat rule untuk interview calon pelajar. Tengok senarai shortlisted, 2 orang je dari Malaysia dan 3 dari luar negara. Aku je yang kulit sawo matang dari Malaysia ni. 

Research proposal dah polish, bagi gilap mantap lagi. Sekarang tengah prepare script untuk introduce myself dan cerita my proposed research dalam Bahasa Inggeris. Al maklumlah aku tau salah satu tujuan interview untuk calon pelajar pun sebab nak tahu keupayaan bahasa inggeris pun. Kat tempat aku ni pun ada gak ura2 nak interview dulu sebab banyak kes BI teruklah sangat. Dah BI teruk, camno nak rujuk bahan2 BI. Last2 supervisor pun boleh give up sebab asyik kena jadi translator dan guru bahasa inggeris.

Aku berdebar-debar ni bila lah nak keluar result biasiswa hari tu. Kalau aku dapat, memang aku nak jeling U seberang laut. Dah alang-alang kan....

In the mean time, terjumpa lak announcement ada international conference akhir tahun ni. Rasa-rasanya macam nak membentang je. Tapi registration je dah RM800...huhuhuhu

Monday, July 15, 2013

House War, Boleh?


Ngelat sat lah nak bagi laluan feeling ramadan dengan raya ni hehehe.

Ni nak cite dulu pasal sofa sexy kat rumah aku. Lihatlah betapa teruknya kena balun dengan anak2 bulus. Yang menambah hazabedah nya si keii suka kencing kat situ. Jadi bila dah selalu basuh sofa tu dah habislah koyak sana sini.

Jadi rencananya nak tukar sarung cari warna hitam sesuai dengan tema aku hitam putih kehidupan.

Tengok ni. Sofa sexy yang dah tak seksi tapi seksa dah.



Cadang nak tukar dengan material cengini. Tapi warna hitam.



Jadi aku mintalah quotation. Hmmm RM1650 tak masuk transport. kalau masuk transport tambah RM260. Agak-agaknya boleh muat tak sofa aku ni naik trak YB?

Sekarang ni aku fefeeling nak mencantikkan rumah. Tapi kena perang dulu dengan YB. Semalam sehari suntuk habis aku bebel seisi rumah. Isunya apa lagi kalau tak pasal kebersihan.

Serius, rumah aku kotorrrrrr sangat. Sampai aku geli nak turun bawah. Maka haruslah aku berperang ngan YB minta dia honor syarat aku nak guna dapur nak masak2 boleh tapi WAJIB di bersihkan setiap kali lepas penggunaan. Aku rasa sejak azali menda ni lah yang buat aku rasa nak membakul sampahkan YB sekali dengan sampah2 yang dia hasilkan.

Bayangkan aku jenis taste moden selalu berangan life so organized and simple macam masa duk amerikak dulu, tapi la ni duk berendam sana sini dengan sampah2, sisa makanan dan minyak2. Sampaikan Izzah vow to buy a mini fridge for her untuk letak dalam bilik dia dan will never go out to kitchen anymore.

'Rumahku Syurgaku' mana nak rasa syurga kalau setiap kali balik rumah pas kerja tengok rumah kotor cam neraka. I put my foot down. YB tak bersihkan lepas dia masak (ps: masak utk gerai ye, bukan utk keluarga, so imagine the volume and the mess production), boleh tengoklah betapa fierce meghoyan gila babi aku dibuatnya. Kadang2 sampai aku nangis tau. Apa taknya, masih aku ingat betapa sendirian aku sediakan rumah tu. Cat rumah pun sorang2 sampai merangkak bila balik dek kepenatan. Dalam fikiran masa tu hanya supaya rumah tu menyejukkan jiwa aku bila aku balik kerja. Berabis sungguh aku demi rumah tu. Tapi la ni? Nengok ruang tamu pun nak menangis. Tengok HT lagilah sedih. Dengan PS3 rosak. Dengan 2 media player blow. Syukurlah dapat gak aku sambar Dune. Hehehe Idaman kelbu.

So kesimpulannya, selagi rumah aku tu tak in order selagi tu lah perang mulut beracun akan berlaku. YB nak tension ngan aku tensionlah sebab aku dah tak larat lagi tanggung tension tengok keadaan rumah. Really Not My Style!

Wednesday, July 3, 2013

Pasca Temuduga



Temuduga hari tu berjalan dengan baik. sekarang tawakal je la. Tapi kerja-kerja penulisan tetap berjalan seperti biasa.

Lately ni aku selalu tidur lebih dari jam 12 tgh malam. Kadang-kadang jam 3-4 pagi baru dapat tido.  Jadi hari ni aku rasa sungguh penat. 

Alhamdulillah ada YB yang banyak bagi semangat walaupun kebanyakan sebab aku letih pun sebab banyak bantu dan teman dia jalankan business dia. Tapi aku suka. Tak leh bantu kederat (memang tak pun), aku just teman dia ke hulu ke hilir je pun dan yang paling membantu sangat dengan memberi bebelan bila dia kotorkan rumah. Tu harus aku meghoyan.

Ok balik pada temuduga aku tu. Punya lah depa kata kalau calon phD bawa powerpoint untuk presentation research proposal. Bersungguhlah aku buat. sekali masa temuduga, dah lah research proposal aku depa tak baca, tak kasi lak aku present. Hmmm jadi bila depa kata aku tak tunjuk itu dan itu dalam kajian aku, sebenarnya ada disentuh cuma kalau dah tak ada bantuan persembahan, camno aku nak tunjuk. 

Pastu yang camharem tu, dah lah aku rasa benda yang aku nak buat tak tersampai kat depa, depa lak anggap research proposal budak hingusan cam aku ni dah kena setaraf dengan research proposal post doc. Waklu? Last-last dengan nada berlakon ala-ala gosok jari kat dinding, aku katalah yang aku TAK ADA penyelia lagi. Research proposal ni aku buat sejak Januari hari tu, di update sendirian tanpa bimbingan supervisor, dan sebab tu aku perlukan sangat cuti belajar dan biasiswa ni supaya aku boleh tumpukan perhatian dan dapat bimbingan sewajarnya.

Menjadi ghupanya perang psikologi aku ni. Dari menghentam aku beralih lak menyokong aku, siap bagi lagi senarai penyelia-penyelia yang kemungkinan boleh menyelia aku. Aku lak bersungguh-sungguh menyalin dan mengambil isi-isi nasihat dari depa. Tunjukkan aku amat berminat nak belajar. Bukankah ni semua skill.....skill menackle penemuduga! Tapi bila balik ke opis dan aku cite kat sorang prof ni, tergelak besar dia, siap suh tunjukkan kat dia senarai nama tu sebab tak semua yang tersenarai tu bagus dari segi kesarjanaan atau penyeliaan walaupun ada pangkat Prof. Datuk. Hahahaha

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Malah aku dapat maklumbalas tambahan mengenai bidang kajian aku dari temuduga itu. Jadi sekarang ni aku nak betulkan lagi dan mendalami ilmu bidang kajian aku ni.

YB lak sentiasa menyokong dari belakang. Aku yang nak mara ke medan PhD tapi di belakang aku ghupanya ramai yang menolak dan mendukung aku ke arah itu. Terharu sungguh aku.

InsyaAllah, jika aku dapat biasiswa ini, aku nak melangkah satu kaki lagi ke depan iaitu mengambil cabaran untuk belajar ke luar negara. Kenapa aku kata cabaran? sebab ada banyak tambahan kesukaran yang aku akan hadapi yang aku boleh nampak dari sekarang, tapi bila aku lepas, insyaAllah itu akan menjadi satu perjalanan yang agak hebat dalam sejarah hidup aku.

Semoga aku dan keluarga di permudahkan segala urusan olehNya. Amin.

Wednesday, June 19, 2013

Tahniah!

Yahh....TO ME

Ntah macam mana, petang semalam tergerak di hati nak check laman web kementerian, sekali keputusan panggilan temuduga biasiswa dah keluar.

Dengan gementar aku masukkan no kad pengenalan aku. Dan alhamdulillah nama aku ada disenaraikan.

Terus kerja-kerja aku terbantut nak belajar atlas.ti. Kena stop belajar penggunaan software tu dan terus fokus kat memantapkan cadangan penyelidikan aku. Panggilan temuduga ni suruh bawa slaid presentation sekali. Lagilah berdebar-debar aku dibuatnya.

Tapi aku yakin diri aku boleh lakukan kerana selama ini aku memang membuat sendiri kerja-kerja penulisan. Sebarang copy paste adalah minimal kecuali citation yang dilakukan. Itu pasti ada, kalau aku tak rujuk mana-mana kang penyelidikan jadi syok sendiri je.

Nampak gayanya memang teruslah aku jadi penunggu opis ni setiap hari. Tapi paling lewat kul 7 petang aku dah cabut balik dah, tak sanggup nak terperanjat dengar bunyi kat opis bila sorang-sorang ni. (Padahal bunyi pintu berkereot je pun). 

Semoga apa yang aku hajati diperkenankan olehNya. Amin.

Tuesday, June 18, 2013

Document Map, Atlas.ti dan Literature Reviews

You are never too old to set another goal or to dream a new dream.

Sebenarnya pada masa ni cadangan penyelidikan aku dah pun siap malah dah di hantar ke universiti tempatan. Aku cadang nak standby permohonan sekiranya aku tak dapat cuti belajar, aku nak buat kat U aku kerja je.

Ada hati juga nak melamar ke luar negara. If, aku ada masa translatekan proposal aku kepada BI. IELTS pun tak ambil lagi walaupun kursus dah ikut. 

Hari ni aku fokus belajar menggunakan perisian Atlas.ti. InsyaAllah perlahan-lahan, aku pasti boleh lakukan. Apa yang sering aku ingatkan dalam diri aku, 'one step at the time'. Journey ni bersendirian, jadi yang menanggungnya diri sendiri, jadi take it step by step.

Document Map dah berjaya aku belajar dan nampaknya mudah sangat dan sangat berkesan dalam penulisan tesis. Jadi lepas ni aku guna satu file sajalah untuk buat tesis. Pastu campakkan dalam dropbox. Teknologi kan..... dan i really love technology!

Untuk step yang pertama ini, aku mengagihkan semua artikel-artikel yang diperolehi berdasarkan topik. Assigned family to them. Lepas tu barulah nak belajar cara nak quotes dan coding.

Kawan dah daftar bengkel http://postgraduateworkshop.com/tulistesispantas/ tapi aku belum berkesempatan lagi nak join. semoga murahlah rezeki aku untuk bayar fees ni. Paling lewat pun time gajilah nanti aku daftar. Itu pun kalau masih ada kosong huhuhu.

Monday, June 17, 2013

A New Journey

The world has changed. I feel it in the water. I feel it in the earth. I smell it in the air. Much that once was is lost.

Yup... once was lost.

Aku dari dulu lagi memang berminat nak sambung belajar. Tapi aku ni bengap, slow dan yang senegatif dengannya.

Sesuatu yang aku tak fahami aku akan mudah sesat ie LOST.

Sebab tu lah niat aku nak buat phD ni boleh ambik masa hampir 8 tahun baru aku benar-benar bersedia dan faham bagaimana nak bermula. ye BERMULA. Kira kalau dengan orang lain kira dah lambat sangat aku nak mula phD aku kan. Tapi ada aku kisah.

Alhamdulillah, sekarang aku rasa aku dah cukup bersedia dan tahu apa yang aku nak buat. Aku tahu apa yang ingin ku capai. Dan oleh kerana aku kenal sangat dengan diri aku, jika aku buat sesuatu dengan hati aku, insyaAllah yang berat bisa terdukung.

So, mulai sekarang aku akan mulai menulis perjalanan hidup aku yang baru. Semoga Allah permudahkan segala kerjaan ku.
 

Tuesday, January 8, 2013

2013

Aku rasa nak stop ....

Sunday, October 28, 2012

Korban Aidil Adha

Seperti yang dah di kabarkan sebelum ni, raya haji ni aku tak ikut YB balik kampung. Tak sampai hati biarkan izzah raya bersendirian, dan cuti ni lah aku ambil kesempatan nak cat bilik izzah.

Cat bilik dia dah teruk sangat. White stain sana sini. Dulu aku suruh orang yang bersihkan rumah aku untuk lap dinding dia, tapi jadi bertambah teruk because it made the paint uneven. Jadi selepas discuss dengan cina kedai jual cat yang sangatlah ramah, aku decide untuk cuba another solution yang agak berani. Instead aku letak sealer sebagai undercoat, aku guna cat minyak! Ini dengan harapan cat minyak tu lagi kuat untuk menahan chemical dari dalam dinding tu dari keluar dan menghasilkan punyalah banyak white stain. Padahal dulu aku guna cat nippon. Bukan cat murah.

So sehari sebelum raya tu aku dah pesan ke izzah untuk keluarkan barang2 dia yang boleh dikeluarkan. Itu yang aku so prefer to do it on this hari raya when YB and Lissya going back home because izzah punya barang boleh dilonggokkan di ruang menonton atas. Lagipun kalau aku dan izzah je at least aku boleh menumpu ke arah kerja aku saja. Less distraction. So right after izzah keluarkan all the loose items, aku pun start lah buat undercoat. Sampai pukul 11 malam juga aku kerja sapu undercoat. Nasib baik pagi2 tu aku dah tolong mak aku masak rendang, so tak adalah rasa so guilty tak bantu apa2 masa raya ni kan. Lagipun kakak aku pun dah sampai rumah mak, jadi tak perlulah aku risau sangat. Cuma pagi2 raya sebelum ke rumah mak aku nak masak sambal ikan bilis sebab depa yang lain suka sangat dengan sambal yang aku buat. Dan aku pula anything got to do with sambal will definately is my favorite.

YB pula tak tahulah dah sampai kampung ke belum sebab last aku call petang tu dia masih dalam perjalanan dari terengganu ke kelate. So sebab aku sibuk dengan kerja aku dan penat sangat lepas tu jadi aku tak kisah sangat YB tak inform aku dia dah sampai ke belum.

Jadi sebelum sembahyang raya pagi tu aku dah sampai rumah mak aku dengan izzah berserta sambal ikan bilis yang aku masak. Tu dia nasi impit, sayur lodeh, rendang (aku masak), kuah kacang, semua dah siap terhidang. Laparnya perut. Izzah ni langsung tak sentuh sebab dia memang tak suka masakan raya. Ishh ruginya. So izzah aku siap2 bawa frozen lasagna untuk aku reheat kat umah  mak. 

Aku punya tunggu YB call ke sms ke wish selamat hari raya. Punyalah sepi handphone aku walaupun berkali-kali aku belek. Terasa gak di hati tak kan dah sampai kampung terus sepi kan. Jadi aku pun shoot lah sms ucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Pun senyap je...huhuhuhu adalah yang merajuk kang niiii

So dalam kul 11 aku balik rumah sebab nak sambung cat. Singgahlah kejab kat Domino beli pizza so that i dont have to think about food while am working. Guess when YB call me? At night...walllaaaaa and sorry i was soooo hurt. Dahlah internet dan topup ihsan aku juga. Bila aku jeling2 dia punya facebook boleh lak main slotomania...aik ada gak masa senggang tu. Main slotomania tu kena guna internet, so im sure at least you can access your facebook to at least wrote a message to me. Memang cari pasal lah ngan aku kan..... Tak kira aku nak merajuk puas2.  So i didn't answer any call from him.... Biar kan biar kannnn. 


So i just do my work and finally siap juga hutang aku kat izzah.  Happy lah juga dengan hasil kerja aku ni.

Wednesday, October 24, 2012

My Birthday...Yeay!!

Happy Birthday to Meeeee

Pukul 12 tengah malam YB kejut aku wish happy birthday. Torharu makcik dibuatnya.

Tapi boleh pulak dia ajak keluar makan! Uwaaaaa.... aku rasa baru kul 11.20pm aku masuk tidur dan mata tersangatlah berat nak buka. YB masa tu belum balik rumah lagi.

"kot ye pun nak celebrate birthday org, tunggulah orgnya bangun dari tido" huhuhu memang aku tak mau keluar sebab aku tak mau makan tengah malam2 buto tu. 

So pagi esoknya baru le kitaorg keluar breakfast. Tu pun aku dah nak pitam-pitam dah sebab lapar sangat since semalamnya tak makan sangat.

Lepas breakfast, aku gi tesco dan pasar ngan YB. Pastu balik rumah simpan barang dan bersiap pula nak ke IKEA dan ke rawang ambil anak sedara balik cuti raya.

Di IKEA apa lagi sempat gak bershopping kan... (of course le dah nama pompuan, shopping itu adalah sinonim). Kat IKEA aku tak kira dah, mesti nak kena makan swedish meatball. Bukannya sedap sangat pun tapi sebab lain dari yang lain tu yang mesti nak makan, tambah pula makan dengan jam...habis YB nyer jam aku sapu.

Suka sangat swedish meatballs
Hadiah tak ade untuk aku jadi sudah semestinya aku belikan hadiah untuk diri aku sendiri kan. Tapi tak tahu apa aku nak beli untuk diri aku sendiri. Hope dapat beli yang best-best juga hehehe. Rasa macam nak beli mic mahal supaya aku leh karaoke dalam bilik sowang-sowang macam org kena rasuk... 

Apa-apa pun semalam birthday, memang bestttt

Monday, October 22, 2012

4rd Week of October, Yeayyy!

Minggu Ke-empat dan seterusnya merupakan minggu my birthday.

YEAYYY...... dan esok adalah harinya.

The day that i will add another year to my age.
The day that first digit of my age turn to another number.

Bab kata pepatah, my life is actually begin at this age.

So bila begin tu kenalah ada all perancangankan. hehehe. Am so happy.

Last week, tak ada apa yang so menarik sangat. Cuma busy dengan kerja, dan kelas. Sambil tu sempat juga melantak apa yang terasa di tekak untuk dimakan. Aku tak makan nasi sangat waktu malam, tapi perut pun tak lapar sangat. Walaupun YB sungguh menggoda aku dengan masakan dia. Tapi kalau aku tak rasa nak makan, memang susah nak tergoda. Tapi kalau aku rasa nak makan, tu dia, lautan mana, dompet mana semua ku sanggup redah. hehehe

Hmm... i think i should buy me something for my birthday...apa ye?