Tuesday, June 18, 2013

Document Map, Atlas.ti dan Literature Reviews

You are never too old to set another goal or to dream a new dream.

Sebenarnya pada masa ni cadangan penyelidikan aku dah pun siap malah dah di hantar ke universiti tempatan. Aku cadang nak standby permohonan sekiranya aku tak dapat cuti belajar, aku nak buat kat U aku kerja je.

Ada hati juga nak melamar ke luar negara. If, aku ada masa translatekan proposal aku kepada BI. IELTS pun tak ambil lagi walaupun kursus dah ikut. 

Hari ni aku fokus belajar menggunakan perisian Atlas.ti. InsyaAllah perlahan-lahan, aku pasti boleh lakukan. Apa yang sering aku ingatkan dalam diri aku, 'one step at the time'. Journey ni bersendirian, jadi yang menanggungnya diri sendiri, jadi take it step by step.

Document Map dah berjaya aku belajar dan nampaknya mudah sangat dan sangat berkesan dalam penulisan tesis. Jadi lepas ni aku guna satu file sajalah untuk buat tesis. Pastu campakkan dalam dropbox. Teknologi kan..... dan i really love technology!

Untuk step yang pertama ini, aku mengagihkan semua artikel-artikel yang diperolehi berdasarkan topik. Assigned family to them. Lepas tu barulah nak belajar cara nak quotes dan coding.

Kawan dah daftar bengkel http://postgraduateworkshop.com/tulistesispantas/ tapi aku belum berkesempatan lagi nak join. semoga murahlah rezeki aku untuk bayar fees ni. Paling lewat pun time gajilah nanti aku daftar. Itu pun kalau masih ada kosong huhuhu.

No comments: