Ntah macam mana, petang semalam tergerak di hati nak check laman web kementerian, sekali keputusan panggilan temuduga biasiswa dah keluar.
Dengan gementar aku masukkan no kad pengenalan aku. Dan alhamdulillah nama aku ada disenaraikan.
Terus kerja-kerja aku terbantut nak belajar atlas.ti. Kena stop belajar penggunaan software tu dan terus fokus kat memantapkan cadangan penyelidikan aku. Panggilan temuduga ni suruh bawa slaid presentation sekali. Lagilah berdebar-debar aku dibuatnya.
Tapi aku yakin diri aku boleh lakukan kerana selama ini aku memang membuat sendiri kerja-kerja penulisan. Sebarang copy paste adalah minimal kecuali citation yang dilakukan. Itu pasti ada, kalau aku tak rujuk mana-mana kang penyelidikan jadi syok sendiri je.
Nampak gayanya memang teruslah aku jadi penunggu opis ni setiap hari. Tapi paling lewat kul 7 petang aku dah cabut balik dah, tak sanggup nak terperanjat dengar bunyi kat opis bila sorang-sorang ni. (Padahal bunyi pintu berkereot je pun).
Semoga apa yang aku hajati diperkenankan olehNya. Amin.
No comments:
Post a Comment