Wednesday, July 24, 2013

Interview Lagik

Esok aku kena gi interview untuk program PhD Universiti Malaya. Perghh UM dah start buat rule untuk interview calon pelajar. Tengok senarai shortlisted, 2 orang je dari Malaysia dan 3 dari luar negara. Aku je yang kulit sawo matang dari Malaysia ni. 

Research proposal dah polish, bagi gilap mantap lagi. Sekarang tengah prepare script untuk introduce myself dan cerita my proposed research dalam Bahasa Inggeris. Al maklumlah aku tau salah satu tujuan interview untuk calon pelajar pun sebab nak tahu keupayaan bahasa inggeris pun. Kat tempat aku ni pun ada gak ura2 nak interview dulu sebab banyak kes BI teruklah sangat. Dah BI teruk, camno nak rujuk bahan2 BI. Last2 supervisor pun boleh give up sebab asyik kena jadi translator dan guru bahasa inggeris.

Aku berdebar-debar ni bila lah nak keluar result biasiswa hari tu. Kalau aku dapat, memang aku nak jeling U seberang laut. Dah alang-alang kan....

In the mean time, terjumpa lak announcement ada international conference akhir tahun ni. Rasa-rasanya macam nak membentang je. Tapi registration je dah RM800...huhuhuhu

No comments: