Kadang-kadang aku rasa down bila aku rasakan tak banyak sokongan yang diberikan kat aku oleh puak-puak opis oleh kerana aku dari golongan bukan akademik.
Betapa aku miss kat seseorang rakan pejabat yang dah bersara. Kalau dia ada dia lah tempat aku meluahkan perasaan, ataupun dialah tempat aku dapatkan perangsang.
Aku dapatkan biasiswa ni pun aku usaha sendiri dengan YB. YB lah yang banyak bantu aku memastikan aku dapat biasiswa ni. Tapi bila aku dapat biasiswa ni dan aku katakan aku nak pergi belajar secepat mungkin i.e semester depan tapi apa2hal aku kena pastikan semua keperluan bercuti terpenuhi, boleh lak satu puak kata kat aku "kalau kursus tu ada ditawarkan" sebelum aku nak gi bercuti. seriously, thats ayat-ayat menjatuhkan semangat. Tak bolehkah kalau sekadar kata, 'you do what best you can do' or paling cikai pun "semoga semuanya dipermudahkan olehNya" ke.....ayat-ayat begitu memberi perangsang pada orang yang tengah berjuang. Dan lagi, that words datang dari orang yang kononnya memperjuangkan common courtesy kat opis ni...huhuhuhu
Dan lagi satu, oleh kerana opis aku dalam proses penggabungan banyak kerja-kerja yangs epatutnya aku tak buat aku buat atas prinsip bantu membantu, tapi akhirnya jadi aku lah yang ditugaskan kalau ada apa-apa yang menyentuh hal tersebut. sampai tiba-tiba aku rasa nak nangis pula bila usaha-usaha aku bersedia untuk pengajian aku terbantut. Kalaulah aku kakitangan akademik, aku rasa lebih mudah aku bersedia untuk melanjutkan pengajian.
Sebab itulah aku nekad, aku kena selamatkan diri aku sendiri. Berjuang supaya aku ada ruang untuk bergerak melakukan kerja-kerja penyelidikan aku sendiri. Aku tak pedulilah orang nak marah ke apa ke sebab aku dah rasa hanya aku saja yang boleh bantu bawa diri aku ke tempat yang lebih tinggi.
Jadi sekarang ni, apa saja yang aku rasa bukan tugas aku, aku dah tolak ke tempat yang sepatutnya. Sorrylah, aku kena wat lagu tu....
No comments:
Post a Comment