Wednesday, July 3, 2013

Pasca Temuduga



Temuduga hari tu berjalan dengan baik. sekarang tawakal je la. Tapi kerja-kerja penulisan tetap berjalan seperti biasa.

Lately ni aku selalu tidur lebih dari jam 12 tgh malam. Kadang-kadang jam 3-4 pagi baru dapat tido.  Jadi hari ni aku rasa sungguh penat. 

Alhamdulillah ada YB yang banyak bagi semangat walaupun kebanyakan sebab aku letih pun sebab banyak bantu dan teman dia jalankan business dia. Tapi aku suka. Tak leh bantu kederat (memang tak pun), aku just teman dia ke hulu ke hilir je pun dan yang paling membantu sangat dengan memberi bebelan bila dia kotorkan rumah. Tu harus aku meghoyan.

Ok balik pada temuduga aku tu. Punya lah depa kata kalau calon phD bawa powerpoint untuk presentation research proposal. Bersungguhlah aku buat. sekali masa temuduga, dah lah research proposal aku depa tak baca, tak kasi lak aku present. Hmmm jadi bila depa kata aku tak tunjuk itu dan itu dalam kajian aku, sebenarnya ada disentuh cuma kalau dah tak ada bantuan persembahan, camno aku nak tunjuk. 

Pastu yang camharem tu, dah lah aku rasa benda yang aku nak buat tak tersampai kat depa, depa lak anggap research proposal budak hingusan cam aku ni dah kena setaraf dengan research proposal post doc. Waklu? Last-last dengan nada berlakon ala-ala gosok jari kat dinding, aku katalah yang aku TAK ADA penyelia lagi. Research proposal ni aku buat sejak Januari hari tu, di update sendirian tanpa bimbingan supervisor, dan sebab tu aku perlukan sangat cuti belajar dan biasiswa ni supaya aku boleh tumpukan perhatian dan dapat bimbingan sewajarnya.

Menjadi ghupanya perang psikologi aku ni. Dari menghentam aku beralih lak menyokong aku, siap bagi lagi senarai penyelia-penyelia yang kemungkinan boleh menyelia aku. Aku lak bersungguh-sungguh menyalin dan mengambil isi-isi nasihat dari depa. Tunjukkan aku amat berminat nak belajar. Bukankah ni semua skill.....skill menackle penemuduga! Tapi bila balik ke opis dan aku cite kat sorang prof ni, tergelak besar dia, siap suh tunjukkan kat dia senarai nama tu sebab tak semua yang tersenarai tu bagus dari segi kesarjanaan atau penyeliaan walaupun ada pangkat Prof. Datuk. Hahahaha

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Malah aku dapat maklumbalas tambahan mengenai bidang kajian aku dari temuduga itu. Jadi sekarang ni aku nak betulkan lagi dan mendalami ilmu bidang kajian aku ni.

YB lak sentiasa menyokong dari belakang. Aku yang nak mara ke medan PhD tapi di belakang aku ghupanya ramai yang menolak dan mendukung aku ke arah itu. Terharu sungguh aku.

InsyaAllah, jika aku dapat biasiswa ini, aku nak melangkah satu kaki lagi ke depan iaitu mengambil cabaran untuk belajar ke luar negara. Kenapa aku kata cabaran? sebab ada banyak tambahan kesukaran yang aku akan hadapi yang aku boleh nampak dari sekarang, tapi bila aku lepas, insyaAllah itu akan menjadi satu perjalanan yang agak hebat dalam sejarah hidup aku.

Semoga aku dan keluarga di permudahkan segala urusan olehNya. Amin.

No comments: