Yup... once was lost.
Aku dari dulu lagi memang berminat nak sambung belajar. Tapi aku ni bengap, slow dan yang senegatif dengannya.
Sesuatu yang aku tak fahami aku akan mudah sesat ie LOST.
Sebab tu lah niat aku nak buat phD ni boleh ambik masa hampir 8 tahun baru aku benar-benar bersedia dan faham bagaimana nak bermula. ye BERMULA. Kira kalau dengan orang lain kira dah lambat sangat aku nak mula phD aku kan. Tapi ada aku kisah.
Alhamdulillah, sekarang aku rasa aku dah cukup bersedia dan tahu apa yang aku nak buat. Aku tahu apa yang ingin ku capai. Dan oleh kerana aku kenal sangat dengan diri aku, jika aku buat sesuatu dengan hati aku, insyaAllah yang berat bisa terdukung.
So, mulai sekarang aku akan mulai menulis perjalanan hidup aku yang baru. Semoga Allah permudahkan segala kerjaan ku.
No comments:
Post a Comment