Seperti yang dah di kabarkan sebelum ni, raya haji ni aku tak ikut YB balik kampung. Tak sampai hati biarkan izzah raya bersendirian, dan cuti ni lah aku ambil kesempatan nak cat bilik izzah.
Cat bilik dia dah teruk sangat. White stain sana sini. Dulu aku suruh orang yang bersihkan rumah aku untuk lap dinding dia, tapi jadi bertambah teruk because it made the paint uneven. Jadi selepas discuss dengan cina kedai jual cat yang sangatlah ramah, aku decide untuk cuba another solution yang agak berani. Instead aku letak sealer sebagai undercoat, aku guna cat minyak! Ini dengan harapan cat minyak tu lagi kuat untuk menahan chemical dari dalam dinding tu dari keluar dan menghasilkan punyalah banyak white stain. Padahal dulu aku guna cat nippon. Bukan cat murah.
So sehari sebelum raya tu aku dah pesan ke izzah untuk keluarkan barang2 dia yang boleh dikeluarkan. Itu yang aku so prefer to do it on this hari raya when YB and Lissya going back home because izzah punya barang boleh dilonggokkan di ruang menonton atas. Lagipun kalau aku dan izzah je at least aku boleh menumpu ke arah kerja aku saja. Less distraction. So right after izzah keluarkan all the loose items, aku pun start lah buat undercoat. Sampai pukul 11 malam juga aku kerja sapu undercoat. Nasib baik pagi2 tu aku dah tolong mak aku masak rendang, so tak adalah rasa so guilty tak bantu apa2 masa raya ni kan. Lagipun kakak aku pun dah sampai rumah mak, jadi tak perlulah aku risau sangat. Cuma pagi2 raya sebelum ke rumah mak aku nak masak sambal ikan bilis sebab depa yang lain suka sangat dengan sambal yang aku buat. Dan aku pula anything got to do with sambal will definately is my favorite.
YB pula tak tahulah dah sampai kampung ke belum sebab last aku call petang tu dia masih dalam perjalanan dari terengganu ke kelate. So sebab aku sibuk dengan kerja aku dan penat sangat lepas tu jadi aku tak kisah sangat YB tak inform aku dia dah sampai ke belum.
Jadi sebelum sembahyang raya pagi tu aku dah sampai rumah mak aku dengan izzah berserta sambal ikan bilis yang aku masak. Tu dia nasi impit, sayur lodeh, rendang (aku masak), kuah kacang, semua dah siap terhidang. Laparnya perut. Izzah ni langsung tak sentuh sebab dia memang tak suka masakan raya. Ishh ruginya. So izzah aku siap2 bawa frozen lasagna untuk aku reheat kat umah mak.
Aku punya tunggu YB call ke sms ke wish selamat hari raya. Punyalah sepi handphone aku walaupun berkali-kali aku belek. Terasa gak di hati tak kan dah sampai kampung terus sepi kan. Jadi aku pun shoot lah sms ucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Pun senyap je...huhuhuhu adalah yang merajuk kang niiii
So dalam kul 11 aku balik rumah sebab nak sambung cat. Singgahlah kejab kat Domino beli pizza so that i dont have to think about food while am working. Guess when YB call me? At night...walllaaaaa and sorry i was soooo hurt. Dahlah internet dan topup ihsan aku juga. Bila aku jeling2 dia punya facebook boleh lak main slotomania...aik ada gak masa senggang tu. Main slotomania tu kena guna internet, so im sure at least you can access your facebook to at least wrote a message to me. Memang cari pasal lah ngan aku kan..... Tak kira aku nak merajuk puas2. So i didn't answer any call from him.... Biar kan biar kannnn.
So i just do my work and finally siap juga hutang aku kat izzah. Happy lah juga dengan hasil kerja aku ni.
No comments:
Post a Comment