Okay, hari ini merupakan hari terakhir aku update blog ini sebelum mendaftarkan diri masuk wad. Hari ini pun sememangnya amat meletihkan dengan pelbagai perkara cuba diselesaikan dalam masa satu hari.
Pagi, aku menghadiri I.T Talk di Komplek Bestari UKM. Selepas itu, balik ke opis dan kemas bilik serba sedikit. Biar bilik ditinggalkan dalam keadaan kemas dan bersih supaya bila balik semula ke opis sedaplah biru mata hitamku memandang. Rehat kejap kemudian terus ke Library pinjam 8 buah buku. 7 buah untuk kakak ku (tengah buat master Fizik), dan satu untuk ku yang bertajuk 'Social Aspects of Economic Development'. Buat bacaan sampingan semasa cuti sakit nanti. Kemudian ke Pejabat Pos pula membuat pembayaran top up akaun SODA.
Sampai di rumah, baru terperasan masih belum menuntut surat berdaftar dari pejabat Serahan Mel di batu 11 Cheras. Terus ke sana lah pula dengan anak. Sebaik saja ambil surat tersebut, si izzah buat cadangan pula menonton Harry Potter & The Order of Phoenix. Frankly speaking, Harry Potter ni tak best sangat. Layan saja lah dengan anak. Hmm...pergi lah ke Jaya Jusco Batu 11, menonton wayang berdua dengan anak. Tak jadilah aku ke Gym petang ni. Nampak gayanya esok pagi-pagi lari lah sekejap ke gym sebelum pergi hospital. Pergi masuk awal-awal pun bukannya best. Aku dah le jenis tak suka duk hospital.

And tonite... I just wanna rest, and maybe prepare all my MP4 and MP3 to bring along tomorrow.
No comments:
Post a Comment