Tuesday, July 24, 2007

My Stamps Collection - New Issue



200 Tahun Pasukan Polis : Ke Arah Terbilang di Dunia

Tarikh Keluaran : 24 Julai 2007

Maklumat Stamps:

  • Setem 30 sen ini berlatarbelakangkan Balai polis Hutton Lane, salah satu balai polis terawal yang telah dibina pada tahun 1880 setelah 'Charter of Justice' diperkenalkan di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807. Turut dipaparkan ialah gambar pasukan Bomba Pulau Pinang pada tahun 1883.
  • Setem 50 sen ini berlatarbelakangkan gambar pasukan 'Flying Squad' iaitu pasukan separa tentera yang ditubuhkan untuk menentang pengganas komunis semasa darurat pada tahun 1948 dan kemudiannya ditukarkan kepada 'Jungle Squad' selaras dengan peranannya menentang pengganas komunis di hutan belantara. Pada tahun 1951, 'Jungle Squad' ditukarkan namanya kepada 'Jungle Company' dan kemudiannya Pasukan Polis Hutan. Pada tahun 1997, Pasukan Polis Hutan telah ditukarkan namanya kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) selaras dengan perkembangan dan suasana keamanan negara.
  • Setem 50 sen berikutnya, memaparkan permodenan pasukan polis sejajar dengan semangat dan iltizam baru untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara. Gambar Ibu Pejabat Daerah Polis Putrajaya merupakan IPD yang paling moden dibina dengan berkonsepkan teknologi terkini dalam urusan pentadbiran dan perkhidmatannya.

Okay, today I finally managed to top up my SODA account for RM100.00. It's gonna last for about a year :D

No comments: