Sejak malam tadi aku mencuba EA forex yang ku beli. Masih dalam percubaan. Melihat keupayaan EA ini menjalankan tugas memang teruja. Kena banyak kawal diri. Percubaan masih belum selesai. Banyak yang ingin aku kaji termasuklah keupayaan EA ini apabila berlaku perubahan trend secara mendadak.
Kalau ikutkan memang tak sabar nak guna secara live. Tapi biarlah sabar-sabar sikit. Mungkin selepas pembedahan nanti baru boleh gunakan kepada live trading. Ini keputusan yang diperolehi dari malam tadi. Yang menakjubkan aku, ialah kemampuan EA ini untuk menutup floating yang ada.
No comments:
Post a Comment