Friday, July 20, 2007

Doctor's Review

Pagi tadi ke klinik ENT HUKM. Walaupun kondisi hidung bertambah baik, aku buat keputusan untuk teruskan juga pembedahan untuk selesaikan masalah yang tak selesai lagi...a.k.a buang habis polyps tu. Kalau sakit tekanan dimuka tu datang, tak selesa dibuatnya. Jadi selain daripada checkup dan penyediaan dokumen untuk masuk ke wad, aku diarahkan ke bahagian radiologi untuk buat temujanji ct scan. Akhirnya dapatlah temujanji untuk hari isnin. Itu pun mereka terpaksa letakkan aku sama-sama dengan temujanji kanak-kanak kerana kesuntukan waktu. Yelah, hari Rabu dah masuk wad, hari Khamis dah nak buat pembedahan. Hmmm rasanya macam banyak lagi bende tak settle. Kerja-kerja kat opis pun belum serah kat member lagi.

Tiba-tiba terasa macam kesuntukan waktu la pulak...hehehe

No comments: