Sunday, July 29, 2007

My 2nd FESS - Functional Endoscopic Sinus Surgery


Tanggal 25hb Julai 2007


Hari ni kena masuk wad, tapi aku melengah-lengahkan masa. Cadang nak ke hospital pukul 2 ptg. Bosan masuk wad awal-awal. Sekali, pihak hospital dah call lah pulak suruh masuk sekarang juga! wakakaka. So terpaksa le pergi pukul 12tgh.

Terus daftar masuk. Mohon wad Warga. Alhamdulillah dapat. Depa suruh pergi makan dulu, tapi mana lah lalu nak makan, beli roti je la.
Aku ditempatkan di wad Warga Tingkat 7, Bilik 6. Wahhh...cantik bilik tu. Siap ada bilik air dan TV sendiri. Ni lah first time aku dapat masuk wad warga hehehe. Gunakan kelayakan kemudahan yang ada.
Nampaknya, wad ini tidak mempunyai doktor wad. Yelah, patient ada 3 orang je kat wad ni, takkan nak letak doktor pulak. So jadi pemeriksaan kesihatan semua kena buat di wad perubatan 7.

Hmm memang best masuk wad ni, privacy dan yang paling best, tidak diganggu oleh student doctor. Wakakaka...kalau tidak jenuh nak melayan depa dengan soalan2 cepumas mereka.

Hari ini juga aku didatangi beberapa doktor dan pakar bius di bilik ku. Pukul 12malam aku dikehendaki mula berpuasa. Hmm lapar dah...tak selera nak makan.


Tanggal 26hb Julai 2007

Pagi-pagi dah bangun. So hari ini hari operation. Rencananya jam 1915 nyer schedule. Petang tu...hmm tah kan jadi tah kan tidak. Abang dan Kak mazilah datang dari Melaka kerana kebetulan dia nak jumpa doktor hari tu. Sempat lah depa datang melawat kat wad. Hubby lak baru sampai dari Batam pagi tadi. Pukul 11am kot dia nak datang.

Tengah lepak-lepak tu, sekali tiba-tiba nurse masuk kata dah boleh bawa ke Operation Theatre. Aik awal lah pulak. Baru pukul 11 lebih masa tu. Depa pun terkial-kial juga sebab neubelizer belum diberi lagi coz depa pun ingatkan petang baru masuk. wakakaka

Lepas bakai baju bedah, naik atas troli, depa hantar ke bilik bedah. Sebab ni pembedahan kali kedua, aku tahu le prosidur apa yang depa perlu buat sebelum tolak pesakit masuk bilik bedah. Semua nya berlaku dengan lancar, tidak mengambil masa yang lama menunggu sebelum ditolak ke bilik OT5.

Masa ubat bius ditekap dimukaku....takyah lawanlah...selawat, mengucap...tido je laaaaa.

Aku sedar semula jam menunjukkan pukul 4 ptg kot. Terus dibawa semula ke wad. Wah kali ni berjaya! Aku tak ada komplikasi apa-apa. Badan aku pun tak lemah macam dulu. Tapi yang pastinya hidung aku sakitlah sangat. Rasa cam nak tumbuk je hidung somebody! wakaka. Seingat aku, operation dulu aku tak sakit, cuma lemah saja coz hilang blood. Sekarang sakit ooo, pedih bak sembilu. Mungkin sebab sekarang banyak kena cut tu yang pedih yang amat. Nurse datang cucuk pain killer. Alhamdulillah legalah. Makan masih tak boleh, cuba sesudu terus mual nak muntah. Doktor nasihatkan jangan makan dan minum lagi sehingga ubat GA tu habis kesannya. Agak-agak pukul 9 malam baru boleh makan. Hmmm tido je la, serius, dengan sakitnya dan mualnya, tidur lagi baik.

Petang tu, ramai yang datang melawat...tapi aku layan zzzzzzzz.


Tanggal 27hb Julai 2007

Yup, today is my husband birthday. wish him a very happy birthday. Tak dapat nak celebrate coz aku masih lagi layan GA yang ada kat dalam badan. Pagi memang lapar betul. Yelah dah dua hari tak makan. Sekali tengok depa hantar macaroni goreng. Apa lagi...melantaklah!

Hari ini badan dah fully sedar. Yang bestnya, 3 orang pegawai HUKM datang melawat dan bagi hadiah! Wakakaka best nya dapat hadiah. Barulah rasa dihargai dan bertuah kerja kat UKM wakakaka!

Pagi tu juga Doktor ku datang tengok dan everything's okay. Aku boleh balik tengahari ini. Yihaaa...

Hmmm ada gak salah kat MC aku ni. Katanya dia bagi sampai 7hb Ogos coz that day is Friday. Alahai depa salah tengok calenderlah..tu bulan Julai bukan Ogos. 10hb jumpa Doktor. Sepatutnya MC aku sampai 10hb. Tak pe, layan je....nanti jumpa doktor 10hb nanti, aku mintak le 2 hari lagi tu. Bisa diatur.

Anyway, Aku nak ucapkan terima kasih kat Doktor-doktor yang merawatku. Terutamanya kepada nurse-nurse yang baik hati yang menjaga aku kat wad warga. Pendekata wad warga...Kelas Gitu!

No comments: