
Bulan Julai.....
Bulan ini ada dua perkara penting yang akan berlaku.
Pertama: Ulangtahun kelahiran suami tercinta, Muharram Rakhman Masyhur, pada 27 Julai.
Kedua: Pembedahan sinusitis keduaku pada 26 Julai.
Let me talk about the second matter,
Sejarahku
Pra 2002
Sejak dari kecil, ketika di bangku sekolah rendah, hidungku selalu berair. Selsema terutama di waktu pagi. Pada masa itu memang tak tahu rupa-rupanya ada masalah. Ingatkan pagi-pagi cuaca sejuk tu pasal lah hidung berair (serius, dulu pagi-pagi di Cheras, asap boleh keluar dari mulut kalau bercakap, kira sejuklah dunia masa tu. Sekarang asap pencemaran je banyak, wakaka, kalau asap yang keluar dari mulut tu, asap rokok laaaa)
Jadi, perkara ini berpanjangan sehinggalah aku ke United States masa buat degree dulu. Pada ketika itu tahun 1993-1995. Di United States, kondisi hidungku bertambah teruk. Cuaca sejuk, hidung bukan saja berair, dah tersumbat sampai dah tak de deria bau. Oh ya, ketika ini penyakit asthma ku dah berkurangan, mungkin sebab terlalu aktif bersukan dan lagipun udara disana memang bersih. (Aku mendapat asthma pada tahun 1991 ketika belajar di Kuantan. Pada masa itu kawasan kuantan sedang dalam pembinaan lebuhraya baru dan hidupku penuh dengan menghirup debu-debu merah. Tambahan dengan kondisi hidung yang sememangnya tenat, aku disahkan mendapat asthma ketika itu).
Aku ada jumpa doktor di States dulu. Dan seperti doktor-doktor yang lain, aku hanya di preskrip ubat-ubatan selsema saja. Dan pada masa itu, aku masih tidak tahu keseriusan masalah hidungku. Atas nasihat suamiku (lum kawin lagi masa tu), aku harus bertemu dengan doktor pakar. Betapa dungunya aku walaupun belajar sampai ke states, tak pernah terlintas ada cara untuk mengenalpasti masalahku. Tapi aku salahkan juga doktor-doktor yang telah aku temui. Kenapa lah tak syorkan aku jumpa doktor pakar. Aku manalah tahu. Aku jumpa depa, depalah kena guide aku nak buat apa lepas tu. Ni tak, balik-balik kata selsema. Full check up tak buat. Aku pun ingat yelah kot...selsema...wakakakaka.
Aku berkesempatan jumpa doktor pakar (tu pun dibiayai oleh suamiku, wakakakaka) apabila pulang ke Malaysia dalam tahun 1995. Jadi ke klinik ENT (Ear, Nose and Throat) la aku kat TunShin Hospital (dekat ngan Puduraya). Masa tu lah baru la dapat rawatan yang sebenarnya. Baru je masuk kamera dalam hidungku, Doktor dah mengeluh dah. Alhamdulillah, polyp (macam ketumbuhan) belum ada dalam hidungku. Aku dinasihatkan untuk buat internal wash.
Tidak lama selepas itu aku dapat kerja di syarikat swasta, aku sambung rawatan di hospital Sentosa. X-Ray yang dibuat masa tu menunjukkan bahagian pipi (rongga sinus) dan rongga dahi sudah dipenuhi nanah. Terus masuk operation room untuk buat internal wash...wakakakaka.
Dan selepas tu baik dah hidung aku sampai le tahun 2002.......
Pasca 2002
Tahun 2002 hidungku bermasalah semula. Deria bau mula hilang. Sumbat dan sakit bahagian muka dan dahi jangan cakaplah. Dan ketika ini aku telah mula berkhidmat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tahun 2003 aku saja buat check up di klinik swasta, dan hasilnya, waduh kali ni dah ada polyp. Punya la banyak. Doktor tanya nak pergi hospital mana? Aku kata HUKM la mana lagi. Dan dari saat itu jadilah aku pesakit HUKM. Tahun 2005 aku nyer schedule pembedahan. Pendek cerita....ended up tak complete!
Aku hilang darah almost 1 litre semasa pembedahan dan doktor terpaksa tamatkan pembedahan walaupun tak complete kerana bimbang aku dapat komplikasi akibat kehilangan darah yang banyak. Hmmmm
Now Julai 2007
Baru sebentar tadi pihak HUKM call handset aku confirm tarikh pembedahan dan buat interbiu tahap kesihatan aku. Sebenarnya sebelum ini aku ragu-ragu pembedahan akan dilakukan pada 26 Julai nanti. Rasa macam tak jadi je. Tapi bila pihak hospital dah call, terus alamak....dukdak dukdak lak jantung aku. Dan esok 20 julai 2007 merupakan hari temujanji dengan doktor pakar sebelum mendaftar masuk hospital.
Yup.....Now I am nervous!