Sunday, October 28, 2012

Korban Aidil Adha

Seperti yang dah di kabarkan sebelum ni, raya haji ni aku tak ikut YB balik kampung. Tak sampai hati biarkan izzah raya bersendirian, dan cuti ni lah aku ambil kesempatan nak cat bilik izzah.

Cat bilik dia dah teruk sangat. White stain sana sini. Dulu aku suruh orang yang bersihkan rumah aku untuk lap dinding dia, tapi jadi bertambah teruk because it made the paint uneven. Jadi selepas discuss dengan cina kedai jual cat yang sangatlah ramah, aku decide untuk cuba another solution yang agak berani. Instead aku letak sealer sebagai undercoat, aku guna cat minyak! Ini dengan harapan cat minyak tu lagi kuat untuk menahan chemical dari dalam dinding tu dari keluar dan menghasilkan punyalah banyak white stain. Padahal dulu aku guna cat nippon. Bukan cat murah.

So sehari sebelum raya tu aku dah pesan ke izzah untuk keluarkan barang2 dia yang boleh dikeluarkan. Itu yang aku so prefer to do it on this hari raya when YB and Lissya going back home because izzah punya barang boleh dilonggokkan di ruang menonton atas. Lagipun kalau aku dan izzah je at least aku boleh menumpu ke arah kerja aku saja. Less distraction. So right after izzah keluarkan all the loose items, aku pun start lah buat undercoat. Sampai pukul 11 malam juga aku kerja sapu undercoat. Nasib baik pagi2 tu aku dah tolong mak aku masak rendang, so tak adalah rasa so guilty tak bantu apa2 masa raya ni kan. Lagipun kakak aku pun dah sampai rumah mak, jadi tak perlulah aku risau sangat. Cuma pagi2 raya sebelum ke rumah mak aku nak masak sambal ikan bilis sebab depa yang lain suka sangat dengan sambal yang aku buat. Dan aku pula anything got to do with sambal will definately is my favorite.

YB pula tak tahulah dah sampai kampung ke belum sebab last aku call petang tu dia masih dalam perjalanan dari terengganu ke kelate. So sebab aku sibuk dengan kerja aku dan penat sangat lepas tu jadi aku tak kisah sangat YB tak inform aku dia dah sampai ke belum.

Jadi sebelum sembahyang raya pagi tu aku dah sampai rumah mak aku dengan izzah berserta sambal ikan bilis yang aku masak. Tu dia nasi impit, sayur lodeh, rendang (aku masak), kuah kacang, semua dah siap terhidang. Laparnya perut. Izzah ni langsung tak sentuh sebab dia memang tak suka masakan raya. Ishh ruginya. So izzah aku siap2 bawa frozen lasagna untuk aku reheat kat umah  mak. 

Aku punya tunggu YB call ke sms ke wish selamat hari raya. Punyalah sepi handphone aku walaupun berkali-kali aku belek. Terasa gak di hati tak kan dah sampai kampung terus sepi kan. Jadi aku pun shoot lah sms ucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Pun senyap je...huhuhuhu adalah yang merajuk kang niiii

So dalam kul 11 aku balik rumah sebab nak sambung cat. Singgahlah kejab kat Domino beli pizza so that i dont have to think about food while am working. Guess when YB call me? At night...walllaaaaa and sorry i was soooo hurt. Dahlah internet dan topup ihsan aku juga. Bila aku jeling2 dia punya facebook boleh lak main slotomania...aik ada gak masa senggang tu. Main slotomania tu kena guna internet, so im sure at least you can access your facebook to at least wrote a message to me. Memang cari pasal lah ngan aku kan..... Tak kira aku nak merajuk puas2.  So i didn't answer any call from him.... Biar kan biar kannnn. 


So i just do my work and finally siap juga hutang aku kat izzah.  Happy lah juga dengan hasil kerja aku ni.

Wednesday, October 24, 2012

My Birthday...Yeay!!

Happy Birthday to Meeeee

Pukul 12 tengah malam YB kejut aku wish happy birthday. Torharu makcik dibuatnya.

Tapi boleh pulak dia ajak keluar makan! Uwaaaaa.... aku rasa baru kul 11.20pm aku masuk tidur dan mata tersangatlah berat nak buka. YB masa tu belum balik rumah lagi.

"kot ye pun nak celebrate birthday org, tunggulah orgnya bangun dari tido" huhuhu memang aku tak mau keluar sebab aku tak mau makan tengah malam2 buto tu. 

So pagi esoknya baru le kitaorg keluar breakfast. Tu pun aku dah nak pitam-pitam dah sebab lapar sangat since semalamnya tak makan sangat.

Lepas breakfast, aku gi tesco dan pasar ngan YB. Pastu balik rumah simpan barang dan bersiap pula nak ke IKEA dan ke rawang ambil anak sedara balik cuti raya.

Di IKEA apa lagi sempat gak bershopping kan... (of course le dah nama pompuan, shopping itu adalah sinonim). Kat IKEA aku tak kira dah, mesti nak kena makan swedish meatball. Bukannya sedap sangat pun tapi sebab lain dari yang lain tu yang mesti nak makan, tambah pula makan dengan jam...habis YB nyer jam aku sapu.

Suka sangat swedish meatballs
Hadiah tak ade untuk aku jadi sudah semestinya aku belikan hadiah untuk diri aku sendiri kan. Tapi tak tahu apa aku nak beli untuk diri aku sendiri. Hope dapat beli yang best-best juga hehehe. Rasa macam nak beli mic mahal supaya aku leh karaoke dalam bilik sowang-sowang macam org kena rasuk... 

Apa-apa pun semalam birthday, memang bestttt

Monday, October 22, 2012

4rd Week of October, Yeayyy!

Minggu Ke-empat dan seterusnya merupakan minggu my birthday.

YEAYYY...... dan esok adalah harinya.

The day that i will add another year to my age.
The day that first digit of my age turn to another number.

Bab kata pepatah, my life is actually begin at this age.

So bila begin tu kenalah ada all perancangankan. hehehe. Am so happy.

Last week, tak ada apa yang so menarik sangat. Cuma busy dengan kerja, dan kelas. Sambil tu sempat juga melantak apa yang terasa di tekak untuk dimakan. Aku tak makan nasi sangat waktu malam, tapi perut pun tak lapar sangat. Walaupun YB sungguh menggoda aku dengan masakan dia. Tapi kalau aku tak rasa nak makan, memang susah nak tergoda. Tapi kalau aku rasa nak makan, tu dia, lautan mana, dompet mana semua ku sanggup redah. hehehe

Hmm... i think i should buy me something for my birthday...apa ye?

Tuesday, October 16, 2012

3rd Week of October


Dah masuk Minggu Ketiga pulak. Cepat tul masa berlalu kan.

Izzah habis PMR semalam. Hari Ahad, Izzah dah ajak aku ke Kinokuniya beli buku-buku novel. Sakan dia menunjuk shopping list dia. Jadi, nak tak nak, umi dia kenalah tunaikan hasrat dia.

Tengah Mencari


Excited sungguh dia kalau bawa ke kedai buku. Maklumlah Disneyland bagi dirinya. Dia minta aku dan papa pergi mana-mana sementelah dia mencari buku-buku yang sememangnya telah di cari secara atas talian. Alissya pula kebetulan hari tu ikut rombongan sekolah ke Kidzania. Jadi tinggallah aku ngan YB kat KLCC tu gi jalan berdua-duaan saja. Best jugak hehehe.


Buku-buku yang dibeli kali ini
Inilah hasil dari tuaian Izzah di Kinokuniya. Dah habis PMR ni aku rasa tak sampai sebulan, mesti semua buku-buku ni dah habis baca. Mesti lepas tu dia merengek nak beli buku lagi...huhuhu dapat anak tak suka membaca, susah, anak yang suka sangat membaca pun susah jugak!

Hari sabtu pula (laa, reverse ke belakang pulak), aku ke rumah kawan lama (Nana) melawat dia yang dapat ahli keluarga baru. Dah macam pesta reunionlah pulak bila kaum-kaum ibu dah berkumpul. Seronok sangat kalau jumpa geng-geng lama ni. Banyak nah kenangan indah dengan depa, dan ianya tetap di ingati selamanya. Love them so much.

Birthday Cake dari Muffy khas untuk Octoberian (Ida and Me) dan Firas (early Oct). Huhuhu cheese cake!

Ibu-ibu dan anak-anak
 Lama juga aku tak masuk dapur masak apa yang aku nak makan. Sedikit sebanyak YB dapat juga mengoda aku suh makan nasi. Apa taknya, rasanya dah dua kali aku pergi makan nasi kandar kat nilai tu. Pastu boleh lak goda aku dengan masak ikan kerapu goreng pedas dengan cili api bersepah-sepahkan..perghhh leleh liur. Tapi gambar ikan kerapu tu aku tak ambik. Sebaliknya aku nak tunjuk gambar kat bawah ni:

Jelly Bean.
Jelly Bean! Izzah lah yang duk suruh beli bagi aku rasa. Memang setiap warna tu memberi rasa yang berbeza. Dan cara makan nak bagi menikmati rasa tu kena hisap sehingga terasa jelly baru lah kunyah sesuka hati. Harga 100gm RM7.90. Mahal giler. Tapi yelah dah kat KLCC kan bukannya kat pasar malam ko beli. Tapi tak kiralah, sambar jelly bean dan coklat kiss hersey je habis RM60 hehehe.Yang best nyer dengan Jelly Bean ni, aku buat subjek untuk photography aku. Lama tak menembak, at least lepas gian sikit.

Tu je lah basically yang aku buat dari minggu kedua hingga minggu ketiga.

Wednesday, October 10, 2012

Wa Lapar Burger Bakar

Tengahari tadi aku skip lunch sebab tak de kereta nak keluar. YB pakai kereta hari ni. Aku siap pesan suh basuh kereta, yelah YB dah berhari-hari nak basuh kereta tapi tak berkesempatan. Malam ni lak YB nak balik kampung sebab ada tahlil. Seperti biasa aku tak ikut sebab Izzah masih exam PMR.

Aku dah berkira-kira nak tapau burger bakar lepas balik kerja. Tak terasa langsung aku nak makan nasi walaupun YB dah siap tanak nasi. Tambah pula bila dengar ayam goreng. Erkkk kebosanan melanda. Aku nak burger bakar nak burger bakar hehehe. 

Tapi sebab lepas balik kerja masa tu lah YB nak beli tiket bas dia, jadi memang tak sempatlah aku tapau burger bakar on the way balik kerja tadi. Wowowo... Perut aku sangatlah lapar sampai dah naik angin kat kepala dah. Tapi apa nak buat, diriku selalu berkorban atau terkorban dulu hahahaha.

Izzah pula memang tengah lapar since balik lepas exam kul 4 tadi belum makan. Nasib baik umi dia ingat lagi kat anak yang sorang ni jadi setiap hari sebelum ambil exam umi dia dah bekalkan lunch roti telur dan roti sosej. Tapi manalah nak kenyangkan, setakat lapik perut bolehlah. 

Aku suruh Izzah makan nasi yang YB masak dulu. nanti lepas hantar YB aku belilah. Walaupun hujan lebat berserta petir, sedikit pun tak melemahkan nafsu aku nak makan burger bakar. Yang bestnya time hujan lebat ni customer tak ramai jadi cepat je order aku siap. 

Dan wallaaaa..... Aku tak kira aku nak jugak burger bakar!

Double burger, atas ayam, bawah daging
Bila bawa balik burger ni, selaput sana sini cheese dia. Walaupun berselaput tapi tak kisah, bila sapu cheese tu dengan roti dan daging...perghhhhhhhh.

Second Week of October

Dah masuk minggu kedua.

Banyak lah mende yang aku buat untuk diri aku.

Aku tetap utamakan selera aku. Cuma masih within budget lah....Duit tak banyak maaa.... Lagipun kang aku makan sedap-sedap sangat kesian pulak kat orang lain yang tengok je hahahaha. Nak spend lebih tak boleh. Selalu kalau aku nak makan best-best aku pow Izzah je. Kalau dia yang belikan untuk aku tak de lah aku rasa guilty sangat kan hahaha.... jahat aku. 

Last sekali aku teringin makan ni:

Popiah basah buat sendiri.
Aku boleh makan popiah ni siang malam. Aku sorang je habis 5 gulung. But that the only meal i ate la.... Aku sanggup makan ni saja sebab sedap dan sesuai dengan keinginan tekak aku.

Minggu ni pula PMR bermula. Walaupun aku tak nafikan aku doa dan taruh harapan Izzah dapat all A's tapi aku tahu some of the subjects  are really difficult for her. Tapi ada ke dia bagi alasan because those subject diajar dalam Bahasa Melayu! Punyalah tak patut alasannya. So aku pasrahlah dan berserah. 

Alhamdulillah, this week I'm getting my claim. So boleh lah tunaikan permintaan Izzah yang nak RM1K sebaik saja habis PMR ni untuk dia menjoli dengan buku-buku novel. Siap dah booked aku terus ke Kinokuniya sebaik saja habis exam. Tapi disebabkan umi dia kedekut (baca sengkek!), Umi dia siap tolak RM400 sebab tuntut hutang dia beli buku sebelum ni hahaha. So RM400 tu bolehlah aku wat joli makan sedap-sedap pulak or gunakan untuk hari raya Aidil adha. 

Oh ya, Aidil Adha yang bakal menjelma ni aku dah bagitau YB aku tak ikut balik kampung. I wanna spend time dengan Izzah. Terus macam-macam timbul dalam benak aku. Adalah mende yang outstanding yang aku nak buat nanti ni hehehe. Weekend hari raya tu lak weekend birthday aku, usually aku tak celebrate, tapi keluar makan mesti ada. Kalau YB tak ingat birthday aku memang tersangatlah meghoyannya aku kan. Tapi it will not stop me from celebrate it on my own...with or without YB. Kalau dia tak ingat, of course WITHOUT!

Oh ya... this week is one of my best friend's birthday. I forgot to wish her... oh darn. Lucky weekend ni aku nak keluar ramai-ramai dengan dia. Harus aku ingat untuk membawa kek birthday huhuhu...Silalah Ingat Nira oiii.

Thursday, October 4, 2012

Hari Ke 4

Sebaik saja sampai kat opis, aku tengok dulu game draw something kat ipad aku. Mana tau berjela-jela turn aku kena teka apa yang orang lain lukis. Tu dia ada 5 yang aku kena teka dan aku kena draw pulak lepas tu untuk depa punya turn teka. Addicted kau game ni. Yang over nya aku lah. sokmo nak lukis bagi meriah sikit.

So salah satu yang aku lukis pagi ni:
Agak-agak leh teka tak apa ni?


 Draw kat game ni ikut device kita. Macam aku pakai ipad, memang kena pakai jari je la. Awal-awal kekok sikit, lama-lama jadi seronok pulak tu yang berkobar kalau turn aku yang kena lukis.
Tak leh teka memang sangatlah kan

Dah selesai draw, baru aku plan kerja aku hari ni termasuklah menghapdate blog ini. Tapi tak boleh lama-lama coz aku tengah busy. okbai!

Wednesday, October 3, 2012

Hari Ke 3

Banyak kerja kat opis lak. Pastu lecture note baru siap satu bab. Belum study lagi kan...huhuhu kepala saya adalah berasap!

Hari ni hari ketiga dalam bulan Oktober. Semalam dengan hari ni tak banyak menda yang seronok buat aku kecuali tang YB mengoda perut aku dengan makanan.

Petang balik kerja semalam dah diajaknya makan rojak dengan cendol di bawah pokok. Dialah makan rojak. Aku makan laksa. Pastu terus cancel nak masak sedap sebab aku dah tak mau makan.

Tapi macamana kan....tiba-tiba YB terpacul kat dalam bilik sogokkan burger yang dia masak....uwaaaaaaa dan uwaaaaaa dan uwaaaaa (sambil mulut mengunyah burger).

YB tak nak buat burger tower untuk laling camni ke?

Tuesday, October 2, 2012

Lunch Bersama

Sempat lagi tu.

Aku memang dari pagi tengah lapar. Breakfast cuma some spoons of left over shepherd's pie je. So menjelang tengahari perut pun dah buat kelab hardrock cafe.

Kebetulan pula Yb call sebab aku ada pesan dia minta beli lemon sebab rencananya petang ni nak masak spesial lagi. Tapi tanpa dirancang, terus aku ajak YB keluar lunch dengan aku. Sekali YB kata dia teringin nak makan nasi kandar lawood kat nilai. Bolehlah, aku belanja. (hehehe macam nak beli jiwa YB je sebab dua hari aku merajuk kan) :P

Nasi Kandar Lawood, aku ambik kat internet gambar ni. Aku makan suku ayam bahagian dada terus.
Hampir jam 1 YB dah sampai opis terus kitaorang shoot ke Nilai ikut highway PLUS. Sedap betul pekena ayam goreng panas-panas dengan kari dia yang marvelous. Panas perut aku. YB siap order nasi tambah lagi. YB makan nasi ngan limpa. So aku bagilah YB my chicken wing biar dia rasa ayam juga. Aku tak makan limpa juga makan bahagian dalaman haiwan yang lain kecuali paru. Tu pun memilih yang teramat cara masaknya. Cekau jugak nasi tambahYB sikit...hehehe. Haruslah aku berular sawa lepas tu kan. Kenyang ooo....so tak jadilah aku nak masak dinner hari ni. Aku nak yang lagi light. Ada je alasan aku kan.

Hari Ke-2

Semalam, lepas balik kerja, YB singgah Tesco ganti balik barang dapur yang dia duk peghabiskan masa sambut birthday Lissya. Aku suruh dia beli butter, sos spaghetti dan ubi kentang. Hari ni nak masak Shepherd's pie.

Perut memang lapar. Yelah dua hari aku merajuk dengan YB. YB ajak breakfast masa hantar aku kerja pun aku tak mau. Sorrylah aku nak makan especially ngadap org yang aku merajuk kan. hahaha.

YB memang dah masak dah dengan perangai aku. Kalau aku ala-ala meghoyan tu dia biarkan aja tak layan. Tapi dia tak tahu aku merajuk sebab dia tak bangun-bangun walaupun dah pukul 11.30pagi. Yelah dah hari Ahad, at least bangun le kul 9 ke kan. Boleh gak having breakfast ngan bini sambil berborak-borak. Aku ni tak suka sangat berbual, tapi kalau aku build the surrounding to suit my mood, memang seronok berborak ceria ni. Tapi dah kul 11 pagi pun tak bangun lagi...hmmm dah lah aku kena keluar rumah sebab aku dah janji nak datang rumah mak sebelum hantar anak sedara balik asrama untuk berbual dengan mak.

Pukul 5 baru aku balik. Pastu aku masak dinner crabcakes untuk aku. They can also eat my dinner but i know it will not enough for YB and the rest. So YB still craving for nasi. Masa ni aku dah start throwing a tantrum dah. Ingatkan malam okaylah boleh let go my feeling, YB lak nak keluar. Apa lagi...memang jauh ke laut le my emotional distress kan. Lagi mendalam le dasar pemberontakan dalam diri aku ni. YB balik pastu pun aku buat tak tahu je purak purak tido. Ishhh so mithali sangat lah aku ni kan :P

So Monday morning, YB nak pakai kereta. Dia hantar aku gi kerja. Ajak aku breakfast, aku masih merajuk. Aku yakin YB have no idea apa benda yang aku meghoyan ni hahaha. Tapi bila sampai opis, nak tak nak kena le salam peluk cium kan sebab benda ni memang pasti aku buat kalau nak turun kereta masa dia hantar aku ke opis. YB dah start gelak-gelak kan aku je. Lagi tinggi le ego aku kan...erkkk.

Tapi by the time kat opis, merajuk tu pun hilang sikit demi sikit. So bila balik kerja sampai le ke malam, aku duk cakap kat YB aku merajuk plus marah kat dia. Dia gelak je dan cakap "Sebab tulah kan talak kat orang lelaki, kalau talak kat org perempuan dah lebih 10 kali agaknya ayang jatuh talak ke abang". Errkkk ke situ lah pulak.

Shepherd's pie yang aku buat ni aku tak letak mixed vege. Anak-anak tak suka mixed vege, so aku gantikan dengan mushroom. Izzah sekarang ni tengah intensif tuition untuk PMR dia, jadi bila dia balik dari tuition jam 10 malam baru dia dapat makan ni.

Yang selebihnya untuk Yb dan anak-anak

Dinner aku lak ada salad sekali. Pastu YB masak squid fritters untuk dinner dia and of course mesti dengan nasi lah. Sotong ni sotong fresh baru naik dari laut dipancing sendiri oleh adik YB. So daging sotong ni memang manis banget. Sedap ooo.

My Dinner Last Nite

Malam tadi ada lak cerita P.Ramlee 'Tiga Abdul" kan. Tang lagu 'Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri', apalagi YB siap nyanyi lagi ke telinga aku. Hehehe dia jadi P.Ramlee aku jadi Saloma. Senang je kitaorang kissed and make up kan. Alaaa.... YB pun tahu aku kalau merajuk, tunggu aku cool down, bila dia cucuk sikit je terus baik punya. Sebab tu lah kalau aku merajuk...aku sendiri juga yang pujuk.....uwaaaaa

Monday, October 1, 2012

October is My Month

Bulan Oktober dah tiba. Bukanlah nak sambut halloween ke apa ke. Bulan ni bulan my birthday. Jadi aku bertekad setiap hari aku nak buat apa yang aku suka.

Bulan ni pula ada raya haji. Tapi awal-awal aku dah kata kat YB, i'm not following him back to Kelantan. I know izzah will not go, then i rather spend my time with her. That's the first plan i have for this October hehehe.

Banyak lagi yang aku terfikir, and let me try to make it a reality. Oh i'm so excited :D

Lama tak hapdate

Malas daaa...

Hari tu ingat masa raya nak hapdate, tak juga. Lepas raya aku busy marking papers final exam. Kalau dah masuk zon marking papers ni memang teramat le busy nyer. Manakan tidak, semester ni aku mark 152 papers dan perlu siap dalam 3 hari saja. Sebenarnya adalah masa 6 hari nak mark, tapi sebab busy beraya sana sini masa weekend jadi bila nak start mark, cuma tinggal tiga hari je. Apalagi, melekatlah dalam bilik baca kertas jawapan satu persatu. Bukannya boleh nak main letak markah je sebab dah amanah kat kita kan kenalah baca satu persatu walaupun otak rasa nak meletup dah hehehe.

Masa tu juga YB maklumkan abah kritikal dan meninggal pada 4 September 2012. Yb dah sejak seminggu sebelum tu dah balik dah jaga abah dia. Kelam kabut le aku dibuatnya. Masa tu lah tengah mark kertas periksa, masa tu jugalah aku tengah berurusan renew insuran dan roadtax kete dengan pihak bank. Apa-apa pun kalau aku nak balik, roadtax kete kena dapat dulu sebab kang tersadai lak kete aku kat kelantan kang.

So sekarang ni semuanya dah settle dah. Aku rasa urusan YB pun banyak dah selesai, jadi aku rasa bolehlah dia tumpukan perhatian kat aku dan keluarga.

breakfast malas-malas


Sekarang ni aku kemaruk makan western. Ya, betul...sesungguhnya aku bosan makan nasi. Buat masa ni aku perlukan perubahan dalam menu. Bukan aku diet tapi just i wanna enjoy variety of foods. Yelah YB dan lissya so fancy nasi, hari-hari mau makan nasi sedangkan aku dengan izzah tak selera nah makan nasi everyday. Sebab Yb yang masak jadi mostly ikut selera dia dan ayam sajalah sebab tu saja yang lissya dan izzah suka makan. Aku dah muak dah, tu yang aku turun dapur masak ikut selera aku pulak hehehe. Tak puas hati kalu, nasi ada YB masak, so sapa2 yang tak fancy my cook can eat Yb's.


Crabcakes and salad
Aku dah lama teringin sangat makan crabcakes. Kadang-kadang teringat makan crabcakes kat school dulu (alah sekali je pun dapat). Pastu teringat baked crabcakes yang dalam shell dia kat Captain D's. Ni kawan2 serumah masa kat Little Rock mesti teringat juga ni.

Setelah 12-13 tahun baru dapat makan crabcakes balik tu pun puas aku menengok youtube dan add and minus mana aku suka dan mana ingredient yang aku tak suka. Akhirnya wallaaaa..... sedap juga. At least kan aku tak de rasa guilty langsung makan ni sebab all healthy sampaikan nak fry pun aku guna minyak karatino. Minyak ni dah setahun lebih aku beli tak habis2. Kalau minyak masak kelapa sawit tu, tiap-tiap bulan nak kena beli botol besar hehehe.

My objectives is not to loose weight but to live on balance diet. And most importantly....I love what i'm doing. So kalau korang tak suka atau jeles....silalah cari hobby lain yang tidak ada kena mengena dengan aku hahahaha.

Wednesday, August 29, 2012

Malam Bersama Mereka

Keiichiro yang manja

Rasanya memang bersorak agaknya 2 jejaka tampan dan macho kat rumah aku tu bila YB balik kampung.

YB dah balik kampung sejak dua hari yang lepas. Kira malam tadi kira malam kedua aku tidur tanpa Yb disisi.

Apa lagi, baru aku nak masuk tidur dalam bilik, tengok si Alvin dah terbongkang tido atas katil. Selalu kalau YB ada kat rumah, tak da nyer dia nak singgah bilik aku. Si Keii pula mengekor aku ke sana ke sini je. Bila aku dah nak landing tido, tu dia masing-masing pakat cari port yang best-best jer.

Untuk menyelamatkan diri aku, haruslah aku menyelubung diri aku dalam selimutkan, sebab depa ni sebelum tidur memang selalu buat aksi-aksi ganas. Sukahati depa je nak lompat, terkam atas badan aku, end up calar balar berdarah maaaaa! Habis kulit aku kena kuku depa. Depa suka bergurau sesama sendiri sebelum tidur, tapi tak pernahnya nak hormat kat aku yang tengah baring ni. Habis aku dipijak-pijaknya, sampai kepala aku pun depa selamba pijak. Tu lah manjakan sangatlah anak-anak ittewwww.

Masa tengah tidur pun aku nengok si Keii ni manja bebenar. Kalau tak mengendeng kat Alvin, dia mengimpit aku. Keii memang rapat dengan Alvin. Sesama jantan. Kadang-kadang rasa macam ada skandal je depa berdua ni sebab mesra nah. Dengan Shiro yang betina ni tak de la pulak si Keii nak mengendeng. Risik punya risik baru aku tau rupanya Alvin suka manjakan Keii. Bila Keii datang, dia pasti akan belai dan jilat-jilat Keii, dan Keii memang manja dah lagi naik lemak lah jawapnya. Bila Keii cuba bermanja dengan Shiro, aku tengok Shiro selalu tampar dia instead belai2 manja gittew. Jadi akhirnya Alvin jugalah tempat Keii bermanja kan.

Shiro suka bersendirian, jadi kalau tidur pun dia selalu bawa diri tidur sendirian. Si Alvin dan Keii yang berebut nak tidur ngan aku. So far tengok Alvin tak lasak sangat tidur cuma mesti berada sebelah aku. Yang lasaknya si Keii. Tahu-tahu dia dah kat atas badan aku. Kadang-kadang tu aku perasan bila dia terjaga dan dia sedar dia kat sebelah aku, dia akan mengensot je naik atas badan aku dan tak kiralah posisi macamana asalkan dia rasa dia dah atas aku terus dia landing je kat situ walaupun kadang-kadang bontot dia kat kepala aku. Teruk betul! Kadang-kadang setengah badan kat atas aku bahagian kaki kat atas tilam terselit antara badan aku dan bantal peluk aku, tak kiraaa....landing je sampai aku lak yang tak boleh gerak masa tidur.

Aku rasalah kan, depa suka betul kalau YB tak da. Yelah, kan YB yang merampas aku dari depa. Sekarang aku milik depa hahaha.

Thursday, August 16, 2012

Edisi Raya




Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Ramadhan nak berakhir, Hari Raya menjelang tiba.

Rasanya ramadhan tahun ni banyak aku kekurangan. Mana tak nya, balik dari meniaga dah letih giler. Jangan harap le aku dapat tidur awal cam selalu. Memang letih giler. Jadi faham-faham sajalah....

Selalunya time nak beraya waktu sebegini, rumah dah tiptop bersih dan terhias. Tahun ni, tak sempat buat apa-apa lagi. Rumah masih berterabur dan masih kotor. Kadang-kadang rasa tak tahan gak, tapi cepat-cepat tolak perasaan meghoyan tu. Esok aku dah booked pembantu rumah. Tapi YB kata dia nak bersih sendiri. Aku pun tak tahulah nak wat keputusan camna. Sampai sekarang aku tak batalkan lagi panggilan pembantu rumah tu sebab aku rasa aku akan memerlukan juga. Aku takut at the end aku juga yang bersingsing lengan bersihkan sendiri. Selalu terjadi!

Seronok ke nak beraya tahun ni?

Frankly speaking, my body tengah ache giler..... pain overwhelming my feeling, so rasa nak raya tu macam tak rasa lah pulak. 

hahahaha

Thursday, August 2, 2012

Gerai

Gerai YB
Ramadan tahun ni Yb buka gerai cari duit sikit. So secara automatiknya aku jadi sukarelawan bantu dia. Menu dia:

Gulai Kawah Asli
Kerutup Daging
Kerutup Ayam
Kerutup Ayam Kampung
Kerutup Kambing
Colek Malah
Colek Perut
Udang goreng tepung
Sotong Goreng tepung
Ikan goreng tepung
Ketam goreng tepung
Serunding daging
Serunding Ayam
Serunding Ikan
Karipap Mini
Buah Kurma
dan kuih2 Raya menjelang raya

Tukang masaknya, the one and only YB seorang je. Aku tukang jaga duit, tolong hands over bungkusan kat customer je. 
Gulai Kawah Asli dah terus pakai periuk besar sebab permintaan tinggi
Hari pertama berniaga, tak boleh nak kabarkan penatnyer macam mana. Yelah, aku mana pernah berniaga. Malam sebelum puasa, kami dah masukkan meja-meja kat dalam gerai. Hari pertama, kami guna kuali je untuk gulai kawah. Habis licin. Hari kedua dan ketiga pun macam tu juga sehinggalah kitaorang decide untuk guna periuk besar supaya kuantiti jualan lebih besar. Alhamdulillah sehingga hari ke 12 Ramadan, cuma sehari sahaja gulai kawah tak habis, tu pun tinggal sedikit sahaja.

Hari pertama tu, aku cuma larat buka puasa dengan air je. Langsung tak larat nak makan sebab keletihan melampau. Bila dah balik awal-awal jam 9 malam aku dah kecundang tidur tanpa makan. Bangun sahur baru aku jamah nasi. Kurusnya tak juga wahahaha.

Kerutup Ayam
Meriah berniaga di pasar ramadan ni. YB memang seorang yang pemurah, peniaga-peniaga yang berdekatan semua dia bagi masakan yang mana-mana belum habis. Dan peniaga-peniaga lain pun berbuat macam tu juga. Orang sebelah jual murtabak. Sedap juga murtabak dia. Kira sakan le aku sokmo buka puasa ngan murtabak sampai dah naik muak hehehe. Masakan YB aku jarang makan sebab aku muak jugak hahaha. Selalunya aku skodeng gerai-gerai lain. 

Anak-anak pula tahun ni berbuka masing-masing kat rumah ler. Aku siap tapaukan apa yang depa nak makan dan hantar dulu siap-siap kat depa. Kadang-kadang bila tak sempat nak makan masa berbuka, aku ngan YB ajak anak-anak makan kedai mamak tengah2 malam. Senang habis cite.

Oleh kerana aku ni sokmo kepenatan bila time berbuka, tak de lah sangat nak menjamah nasi kan. Masa nilah YB akan paksa aku makan sambil suap-suap nasi yang dia beli. Di bawah keremangan senja kan...makan gelap-gelap gitu sambil suap menyuap, romantik gitu! sampaikan adalah peniaga lain perli-perli kitaorang. Sampaikan setiap hari asalkan lalu tepi kitaorang time berbuka mesti depa sound hal suap menyuap tu. Ala jeles ler tuuuu kann hahahaha

Seronok meniaga ni sebab memang minat aku yang no 3 ni. Akhirnya cita-cita aku semua dah tercapai. Aku pun tak rasa kekok meniaga ni walaupun awal-awal aku selalu tersasul sebut 'saya beli' dalam akad. Yelah selama ni aku sokmo membeli je tak pernah menjual.

Best tau...walaupun aku meghoyan tengok rumah kotor hahahaha

Monday, July 16, 2012

Getting Old

I'm getting old......

First of all, mata aku dah mulai rabun. Kalau tengok label kat botol yang tulisannya macam smurf je yang boleh baca, memang adjust ke depan ke belakang pun mata tak berapa nak fokus. Payah nak baca.

Dulu mata aku macam sang helang. Nyamuk yang berterbangan dalam bilik pun boleh ku kejar dan tangkap dengan tangan hidup-hidup. Sekarang ni, nyamuk hinggap kat tangan pun belum tentu perasan. Tapi nama nak pakai spek mata...jangan harap.

Satu hari tu, YB call aku kat opis dalam kul 10.30 pagi. Bagitahu aku keluar gi opis tak kunci pintu rumah. Pintu rumah aku tu, kalau tak berkunci, selak dia tu tak makan, jadi kalau ditiup angin, memang terbuka lebarlah pintu tu. YB bangun tidur turun bawah terkejut tengok pintu terbuka besar. Risau gak dia kot-kot ada penyamun tarbus, tapi bila check tak ada apa-apa terus teringat kat anak-anak bulus. Habis laaaaa....

Nasib baiklah anak-anak bulus semua ada dalam rumah. Shiro especially lah, memang duduk je depan pintu tak teruja nak melarikan diri. Tapi aku kata kat YB ntah-ntah depa dah siap berjalan-jalan kat luar dan dah balik sendiri hahaha. Nasib ler anak-anak bulus tak lari, kalau tak, jenuh nak mencari dan bersoal jawap dengan Izzah. Dan syukur lah aku pakai auto gate, sekurang2nya aku tak lupa nak tekan remote tutup pagar rumah.

Pagi tadi pula, masa tengah bersiap-siap nak ke opis dan hantar lissya ke sekolah. Aku masukkan kasut sekolah dia dalam plastik macam biasa sebab pakaian sekolah dan keperluan mandian aku akan hantar ke tempat transit dia. Selalunya, plastik yang berisi kasut sekolah ni aku akan masukkan dalam beg sekolah Lissya supaya tak adalah alasan tak jumpa kasut atau kasut hilang di tempat transit. Oleh sebab Lissya masih dalam rumah belum keluarkan beg sekolah dia, aku letak plastik berisi kasut sekolah tu atas bonet kereta aku. Sambil tu aku uruskan hal-hal rumah seperti bagi mama, kucing terbiar kat luar makan, dan kutip semua sampah dan letak dalam tempat sampah di luar rumah. Lepas buang sampah, aku tengok Lissya pun dah standby dalam kereta, so aku pun naik kereta terus gerak macam biasa.

Lepas drop Lissya kat sekolah agama, aku terus ke tempat transit hantar barang2 Lissya untuk ke sekolah kebangsaan. Masa pengasuh tu ambil barang-barang dalam kereta baru aku teringat tentang kasut sekolah dia. Aku jeling belakang kereta tengok kat bonet, tak de. Tapi aku rasa macam pasti aku tak masukkan dalam beg sekolah lagi.

Dalam kekeliruan tu aku drive balik rumah (ikut jalan lain). Ambil dulu kasut lain yelah mana tau memang kasut tu hilang cicir tengah jalan ke. Sekali masa ikut jalan yang aku lalui sebelum tu, yup...tu dia satu plastik yang sangat le familiar tengah terbongkang kat tengah jalan. Nasib baik ler jalan dalam taman kan. kalau highway atau jalan utama, mahunya aku terpaksa membabaikan kasut itu. So selamba je la aku wat tak tahu berhentikan kereta dan turun kutip kasut lissya walaupun ada motor lalu lalang situ...but dekkk je laaaa.

Ayoooo.... aku sudah banyak pelupa sekarang oooo.... belum lagi kes tak tutup air tak tutup lampu....

Ayooooo aku adalah risau.


Friday, July 6, 2012

Walaupun Windu

Hari ni aku adalah happy.

YB balik selepas 16 hari di kampung menjaga abah yang sedang sakit.

Windu oooo... bukan setakat windu dengan buah hati seorang ni, siap meghoyan merajuk segala macam padahal bukan tak tahu YB pergi atas sebab yang baik. Malah aku pun cukup sanjung dan berbangga dengan perbuatan yang dia lakukan.

Lain sungguh dengan YB ni, sebab aku tak leh berpisah. Macam kehilangan betul kalau dia tak ada. So sehari dua ok lagi...masuk hari ketiga dah aku tak seronok dah. Mula lah meghoyan merajuk tak mau angkat phone. So YB yang tengah kepenatan menjaga abahnya yang sakit kat spital pun bertambah penat nak melayan istri dia yang meragam ni. Memang ngada-ngada betul aku ni kan.

Aku tak tahu sebab aku terlalu attach ngan YB sebab keserasian aku dengan dia atau aku phobia kerana berjauhan. Mungkin sedikit sebanyak ada effect kot.

Bila dah dua hari aku tak cakap ngan YB, pastu aku cakap lah. Memang YB dah tahu dah sebab sebelum dia pergi dulu pun aku dah warning dah sindrom angin2 meghoyan aku akan bakal berlaku, so aku dah sound dia jangan layankan sangat je. Bila dah cakap tu, oklah. windu sangat lah kan.... (muntah kalau izzah baca ni). Pastu siap aku warning lagi 3-4 hari lagi meghoyan le lagi. Sekali betul kooo..... 4 hari pastu aku senyap balik hahahaha.


Pagi tadi YB sampai. Walaupun khidmat dia amat diperlukan di kampung, YB pulang juga. Sekurang-kurangnya pulang sebentar beberapa hari sebelum balik semula ke kampung. Pagi-pagi lagi aku dah bangun, kemas katil, mandi dan bangun kan lissya bersiap ke sekolah. Lepas hantar lissya baru aku pergi ambil YB kat station bas.

YB tunggu kat kedai mamak. Dia ajak aku sarapan dulu. Cewah...nampak YB tersengih-sengih aku dibuatnya. YB lak saja je tenung aku saja nak wat aku gabra. 

I am so glad my partner dah balik. Seronok sangat. Tak tahu nak gambarkan macamana. Tengok muka dia je pun aku dah rasa cukup tenang dan gembira. Mungkin itulah rahsia Allah swt kan. Seorang yang cukup baik, cukup bertanggungjawap sebagai seorang anak, berkat kesabaran dia yang amat penyabar bagi aku, sehinggakan kalau aku pun rasanya tak sesabar dan setabah dia.

Lepas hantar dia balik rumah aku kena pergi kerja. Oleh sebab hari ni ada lunch appointment, aku nak le pakai seluar ke opis. Akhirnya aku pakai seluar dan kemeja YB ke opis. Lantak laaa kalau baju aku pakai bau YB.... ada aku kisah.

I'm wearing my hubby today :P

Thursday, June 14, 2012

Hati Ibu

Sudah dua malam Lissya menangis sebelum tidur rindukan maminya. Malam pertama selepas dia balik dari stay ngan Tok Ma dan Mami nya sempena cuti sekolah, tahu-tahu bila aku check dia dah tidur ke belum, tengok dia tengah tersedu-sedu. Ghupanya tengah bersms ngan maminya kerinduan. Kesian juga aku kat dia.

Kids sebenarnya memang perlukan seorang ibu. Walaupun ibunya dulu kurang mempedulikannya, si anak akan tetap menagih kasih sayang ibunya sendiri. Itu realiti yang aku cukup faham. Malam tadi, bukan sedu sedan lagi, terus meraung, tapi sebab aku dah masak dah dengan perangai Lissya, aku biarlah papanya yang handle sebab aku memang tengah menformat lagu atas arahan YB untuk dibawa malam tadi.

Yup, YB balik lagi. Dan oleh kerana dia keseorangan drive dia minta aku sediakan CD lagu untuk dia dengar dalam kereta. Bersungguhlah YB memintanya padahal ghupanya player dalam kereta tu tak boleh main MP3. Padahal aku punya le tanya, boleh main MP3 tak, katanya boleh...hahaha ambik! Kalau tak, aku dah buat audio CD je.

Back to Lissya. Bagi aku, she only needs attention. Normal for kids dalam age cenggitu. Dan normal juga bagi kanak-kanak seumur ini untuk menilai kasih sayang seseorang based pada how pleased their heart with us.

Yes, I know I am very strict with her. Kira ibu tiri yang garang gamaknya aku ni. Tapi i have to. Bak aku kata pada YB, I do it because i want her to be success in her life. Nak berjaya ada landasan yang perlu kita ikut. Unless memang kita ni ditakdirkan berjaya dalam hidup atas rezeki tanpa usaha, but again, tanpa usaha berapa kerat je yang boleh berjaya ye tak?

I have to stands strong. And to stands strong maksudnya aku tak boleh ikutkan sangat kehendak dia sebab akan merosakkan diri dia sendiri. So makin kurang le kompromi yang aku bagi kat dia. Dari waktu menonton TV, bangun dan mandi ke sekolah sehinggalah tidur perlu berteman dulu pun aku dah mula tarik priviledge kat dia. YB selalu lemah kat sini apabila Lissya mula keluarkan airmata. Kadang-kadang memang aku rasa malas nak ambik tahu dah apabila regulations yang aku buat kat Lissya si YB bagi immunity. Tapi bila aku tegur YB, lambat-lambat kedua-duanya boleh ikut peraturan aku. Ingat Lissya je kena rules and regulations ker? YB pun kena gak!

YB ada bagi pendapat mungkin dia start rindukan mami dia sebelum tidur because mami dia temankan dia tidur masa cuti sekolah padahal aku dah mula suruh dia tidur sendirian. I just smile. I am glad mami dia buat cenggitu. Dah lama sungguh budak tu deserved kasih sayang dari mami dia. YB patut bersyukur setelah dia kawin dengan aku baru maminya rasa tergugat dan mula menunjukkan kasih sayang pada Lissya. It's ok. Lissya pasti akan sentiasa membandingkan aku dengan maminya. And again it is normal. Tapi seriously, i don't give a damn tentang favorable. I do what i'm supposed to do. And I do on my own way. Matlamat aku mudah. Aku nak dia jadi manusia berjaya, boleh berdikari dan boleh memberikan nilai murni tanpa mengharap balasan. Sebelum dia sampai ke arah itu, ye, aku akan sentiasa mendorong dia - pushing her through her normal norms. Then, bila dia besar nanti, dia boleh menilai semula hubungan dia dengan aku. Sayang does not mean you give anything of what your kids want. My unwritten rule is if you can not give me what i want, then i also can not give you what you want. So when you can not produce good marks, then i also can not give you more hours on TV. Simple like that. Tak kiralah kalau masa tu meraung nak tengok si boboboi ke.

Itu kisah Lissya. Sekarang kisah si Izzah pula. 

I talked to Izzah, how actually i pity Lissya because kurangnya kasih sayang dia ngan ibunya. Walau Izzah pun sama senasib dengan Lissya, aku rasakan Izzah far far more bertuah dan bernasib baik. Izzah memang sudah biasa hidup berdua dengan aku sejak kecil. Jadi hidup tanpa seorang ayah disisi tidak menjadi masalah besar malah menurutnya tiada perbezaan. But that was when she's 12 years old. Sekarang ni dah 15 tahun. Dah teenage. Aku memang dah standby dengan masalah-masalah anak remaja ni. 

So bila aku diskus dengan izzah on how to go about Lissya dan kitaorang decide try not to exclude her in anything. Izzah came to me and said she need to talk but don't know how to tell. Hmm... lepas sorang, sorang kan. So i gave a room for her to letting out what she felt. But i do not blame her on how hard for her to even tell a bit on what she feel because Izzah tu bawa genetik aku dan genetik aku ni memang bengong sikit bab-bab perasaan ni. Aku sendiri memang susah menyuarakan kesedihan/ perasaan aku. Belum nak kata dah nangis dulu, pastu sampai ke sudah pun tak berkata-kata hahahaha.

So aku pun bagi le masa ke dia. Tapi aku nasihat le teenage ni tak boleh simpan perasaan. Kena cerita. Kalau Izzah tak bagitau Umi, Umi sendiri tak boleh nak baca fikiran izzah. Kena luahkan. Kalau dia tak boleh tangani stress dia, aku takut masalah besar lagi akan datang.

Huh...setelah dua hari berlalu, hanya sekelumit perasaan dia je dia cite kat aku. Tu pun bertulis. Pasal grade sekolah. Dia takut aku marah gred dia kali ni tak bagus. Padahal aku rasa dia stress sangat pun bukan sebab dia takut aku marah, tapi sebab dia marah ke diri dia sendiri sebab gagal produce good grades. Tapi aku katakan, kalau aku tak push dia seperti aku push Lissya, dia juga akan kecundang. At least aku tak kisah dia tak dapat grade baik kalau dia telah berusaha. Anak-anak aku ni patut kena jadikan aku rujukan ni. Aku dulu dengan mak aku, berbirat2 kena libas dapat markah cikgu tulis pen merah. But, where i am now? Anak-anak aku jentik pun aku tak pernah, but depa punya tanggapan kat aku lagi berat dari aku anggap mak aku.

Kids..... sapa kata jadi ibu tak de cabaran? Umi latih korang supaya jiwa korang kental, supaya nanti bila korang berdepan dengan anak-anak korang pulak, tak de la korang yang lebih stress dari anak korang. Anyway, you can judge me anything, but what i did is sincere from my heart. I just want to see my children boleh berdikari, bersedia dari segala sudut untuk menjalani kehidupan korang sendiri di masa hadapan. 

Masa tu......Umi dan Papa boleh berdua jalan-jalan pimpin tangan gi mana-mana sambil tersenyum.

Tuesday, June 12, 2012

Ku Mohon

Hari ni aku melayan lagu Ku Mohon nyanyian Datuk Sheila Majid.

Setiap hari ku mohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuhi segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
 
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dalam tenang
Dengan merasa kesyukuran

Ku doa Kau selalu
Mengawasi gerak-geriku
Berkatilah ku perlu rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepada Mu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kala ku merasa hidup ini seperti kaca

Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku


Sesuai bebenar lagu ni untuk aku hari ni. I'm feeling blue right now. Apparently, sometimes i feel so tired and fed up. Again, letting it out on the surface memang tersangatlah tak bolehnya. Jadi apalagi...jiwa kacau lah dibuatnya.

Dan untuk sekalian kalinya, to be me and so typical minah yang bernama nira ni, i like to keep my feeling alone. Keep it in my heart. Jadi bila dah dalam keadaan ini, secara automatiknya aku tersangatlah suka menyendiri. 

Sayang sekali YB dah balik pagi tadi. Sebenarnya memang aku suruh dia jangan balik lagi, so that i have my own time, hoping these feeling terbang dibawa bayu. Hmm... tak sempat pun. So walaupun aku sedar YB balik kul 3 pagi (sebenarnya aku tak tidur dari jam 12.30 pagi lagi). I just pretend i was asleep. Nasib baik ada bola Euro pagi-pagi buta. Boleh le cover as if aku tumpu perhatian kat bola.

Apa yang pasti, sekarang ni i really wish ada kena attend kursus ke bengkel ke jauh-jauh sikit supaya i can have my own time being alone supaya aku dapat fikir dan dapatkan balik semangat aku.

Tuesday, May 15, 2012

Happy Birthday to YB

Today is YB's Birthday

I wish aku boleh belanja makan-makan kat so fancy restaurant
I wish aku boleh belikan fancy handphone
I wish boleh terbang jauh-jauh sambut birthday ngan YB

But..... i guess at the end what is more important is the thought that counts.


Happy Birthday sweatheart. You are the man of my life and i need you forever.

Tuesday, May 8, 2012

Ngeteh!

Jom Ngeteh!
Memanglah selalu keluar lepak-lepak kat kedai mamak. Tambah2 kalau kedai Ameer Ali kat Bangi tu, laju je lepak kat situ. Kedai favorite si Izzah tu. 

Tapi ni kes ngeteh di pagi-pagi buta. Waktu kaum pontianak bergurau senda, kaum gula-gula (pocong) tengah berjimba ramba. Elok lak keluar rumah pi ngeteh kat kedai mamak kan.

Memang tak pernah di buat dek aku sejak zaman pra YB ni. Aktiviti ni berlangsung sejak kenal YB jer. Yelah dulu masa tengah hangat berchinta agung (sekarang masih hangat lagi tak YB?), jam 3-4 pagi pun masih terbuka besar je mata keluar ngeteh. Satu malam tak tido pun sanggup di redah kan. Tapi sekarang? hahaha aku lah.... kul 10 gerenti dah tido kecuali ada hal2 yang nak kena tangani. Berborak manja-manja kacau YB hanya boleh dilakukan paling lewat pun kul 12 tgh malam jer. Hahaha padan muka YB!

YB ni spesis burung hantu yang sama angkatan dengan kaum2 yang disebutkan di atas nun, kalau tak pukul 4-5 pagi jangan harap le dia nak tido kecuali kalau dah satu malam tak tido. YB, silalah jangan mengikut waktu switzerland itu.

So malam tadi jam 1 lebih dia dah duk kejutkan aku ajak teman dia gi ngeteh sebab dia lapar nasi. Boleh? Pastu boleh lak buat lawak ajak naik motor. Bayangkan kalau aku ngan YB naik satu motor...perghhh memang macam gajah bertenggek je la ghupanya. Bak kata YB, bawa awek kat belakang biar laga-laga dada, tapi ni laga perut jer... hahaha memang perang bantal lah ngan YB. Siutt betul laki aku ni. 

That's the beauty live ngan YB ni. Dia suka bergurau. Sometimes gurauan dia kalau orang tak biasa memang boleh perang besar dah. Tapi since YB sejak awal-awal dulu selalu ingatkan aku supaya dapat bezakan antara gurauan dan sindiran. So aku pun dah lali dah. Melawan-lawan pulaklah jadinya. Tapi kadang-kadang makan hati gak sebab aku fotosentisis kata YB. Tapi sebab aku percaya dia sayang sangat kat aku, jadi tak jadilah aku nak mengkarate dia. hokkay YB?

Nanti huujung minggu ni kita angkut anak-anak sekali kluar ngeteh ye YB.



Monday, May 7, 2012

Not Telling Lies, But Not Telling All


YB tanya aku, napa kat dalam blog aku ni semua nampak best je? 

Huhuhu macam banyak tak best je dalam hidup aku ni kan hehehe.

Well, as we know it, yup life is like a wheel.  I admit, I am a normal person yang ada perasaan. Tambahan pula aku ni hormone tengah tak stabil. Adakala aku happy bagai nak rak, adakala sorrow, angry, feel down…pun datang jugak maaa…. But these are only feelings hokkay. But how about events?

Lagi sekali…aku insan biasa je… nak kata macam ayah pin pun idak. Ni kira manusia yang nobody lah…bak orang kata, kalau luput kat muka bumi ni pun tak de hal lah. Sapa kata aku tak share cite duka cite tak best aku…duhhh… kisah cerai aku selamba je aku publish kat sini. Tapi kisah2 aku maki hamun dan sumpah seranah dalam hati tak kan aku nak publish dalam blog kan…dah aku pun menyumpah dalam hati je pun kan.

Tak kan pula aku nak publish life aku yang tak sedap didengar yang umpama membuka pekung di dadaku yang bidang ini. Jadi kenalah tapis-tapis mana yang perlu. Dan lagi, manusia ni tend to ignore and forget kisah-kisah tak best dari yang best. So we keep remembering the nice things and delete those aren’t.

It’s normal. Walaupun aku kadangkala nak je tulis benda-benda yang mencarik-carik hati aku ni, tapi memang tak boleh sebab kadangkala ianya melibatkan pihak lain. So better keep it personal. Kang tak pasal-pasal masalah lain lak yang timbul. Cuba korang cite hal2 baik2 yang kena mengena dgn org lain. Ada depa nak merasa hati kat korang? bangga ada lagi kan. Cuba cite lak hal2 tak best yang secara tak langsung ada penglibatan dengan orang lain. Perghhh dari tak tahu jadi tahu....kan tak ke haru di buatnya?

So YB, I just berpada-pada je. lagipun blog ni pun I je yang sokmo membacanya, syok sendiri katakan...jadi cite pun mestilah yang syok syok je..... ngehhh.

Wednesday, April 4, 2012

Muhasabah Diri

Memang bukan senang nak jadi seorang ibu.

Tambah karakter si kecik dan si along sama sekali berlainan. Jadi sekarangnya aku mengalami situasi yang baru bagi aku dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Memang patutlah papa nya bertemu dengan aku kan. Pengaturan Allah swt tu memang dah cantik. Dengan si kecil manja aku ni kena tegas sikit disiplinkan diri dia. Somehow tendency dia cepat lupa tu sangat besar. Jadi she keeps repeating the same behaviour. Nasiblah kan dapat umi camni. Jentik pun tak pernah cuma sekadar kena tarik gi bilik air suruh mandi tu adalah hahahaha. Di layan sangat kang ada yang tak pergi sekolah pulak.

Jadi punyalah aku memikirkan kaedah psikologi yang mana yang paling baik membentuk anak manja aku ni. Aku bab-bab kekasaran dalam mendidik anak-anak ni memang kepantangan aku dan bukan cara aku. Tapi kesan negatifnya kadang-kadang aku rasa serabut dan have the tendency to let it be as it is. Tapi tak boleh dibiarkan. Masa ni lah aku kena struggle cuba sana sini mencari kaedah terbaik supaya matlamat didikan aku tercapai.

Akhirnya tak lain tak bukan, aku kena angkut anak-anak sekali sembahyang berjemaah dengan aku. Tu dia... sebenarnya islam itu sangat indah kalau dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Anak manja aku tu tak yah paksa, siap bentang sejadah lari cari telekung nak join sama. Aku harap aktiviti ni kekallah selama yang boleh. Kalau tak jalan gak...adehhh masak aku nak cari idea lain untuk mendisiplinkan anak2 aku ni.

Tapi syukurlah kan, kesannya kat atas diri aku pun sangat besar. Somehow aku yang sedia tenang ni terasa makin slow je.

Semoga Allah swt memberkati keluarga aku. Amin.

Monday, April 2, 2012

Plantar Fasciitis a.k.a Heel Spur

Apa yang kau repek kan tu labuuu???

Kaki aku sakit! Spesifiknya kat bahagian tumit belah bawah. Meraung ooo kalau bangun awal pagi nak pijak beberapa langkah. Sakitnya bertambah berdenyut-denyut kalau banyak buat kerja pijak simen sejuk tak beralas kaki. Sakitnya umpama korang rendam kaki korang dalam ais lama-lama. Dengan heat sensation, denyut lagi....sengsara tau!

YB dah banyak kali sound aku gi hospital. Tapi aku tak mahu sebab aku yakin aku kena Plantar Fasciitis atau senang cakap heel spur.

Apa benda tu labuuuu???

ok..ok... senang cite, aku copy tampal je la ye apa kejadahnya Plantar Fasciitis tu:







Plantar fasciitis
(pronounced PLAN-tar fashee-EYE-tiss) is an inflammation of the plantar fascia. "Plantar" means the bottom of the foot, "fascia" is a type of connective tissue, and "itis" means "inflammation". Heel spurs are soft, bendable deposits of calcium that are the result of tension and inflammation in the plantar fascia attachment to the heel. Heel spurs do not cause pain. They are only evidence (not proof) that a patient may have plantar fasciitis. The plantar fascia encapsulates muscles in the sole of the foot. It supports the arch of the foot by acting as a bowstring to connect the ball of the foot to the heel. When walking and at the moment the heel of the trailing leg begins to lift off the ground, the plantar fascia endures tension that is approximately two times body weight. This moment of maximum tension is increased and "sharpened" (it increases suddenly) if there is lack of flexibility in the calf muscles. A percentage increase in body weight causes the same percentage increase in tension in the fascia. Due to the repetitive nature of walking, plantar fasciitis may be a repetitive stress disorder (RSD) similar to tennis elbow. Both conditions benefit greatly from rest, ice, and stretching. Surgery is a last resort and may result in more harm than good in up to 50% of the patients.


Ok paham?

dan paham tak napa aku tak mau gi spital?

Dah sah-sahlah tak da lain solusi nya "kak, ekau keno buang lemak-lemak kek badan ekau. berat bebenar dah macam gajah ni. Kaki ekau kocik ajo!"..... boleh?

Hukhukhuk.... memang tu je solusinya. Nak buat exercise, memang dah tak boleh sebab akan menambahkan kesakitan kat kaki lagi. Nak tak nak, kena tingkat aktiviti berenang. Ye berenang, bukan berendam ye. Stakat masuk kolam... berendam je baik tak payah.

Huhuhu camno aku nak kurangkan berat badan ni....sengsaralah nengok YB masak best-best tapi kita kena makan yang rebus-rebus tawar-tawar je....erkkkk. No pain no gain? Rambut berjambul korang! Ni bukan no pain no gain lagi dah. Ni dah ada pain sebab gain...gain weight wakakaka!

Ok...ok... aku kena kuatkan semangat dan fokus kat matlamat. So first thing to do... hmm better finish all food dalam peti ais dulu..... voleyyy???

Wednesday, March 21, 2012

Terima Kasih

Apa pasal lah pulak minggu ni dah dua orang bekas kekasih talifon tanya kabar. Si T.A saja talifon tanya kabar dan say sorry tak dapat hadir Majlis Kesyukuran Perkahwinan sebab dia kerja hari tu. Ok lah. No hal. Setakat tanya kabar je lah. Ingat, aku ni bini orang dah (kihkihkih sebenarnya ingatkan kat diri sendiri jugak).

Hari ni pulak si G pulak mesej kat FB nak cakap sesuatu. Oh rupanya dia pun dah nak kawin dah. So happy for him. Tapi yang tak boleh belah tu ayat-ayat dia menghargai diri aku. Yelah, aku tahu dia memang mengharap sangat kat aku dulu, tapi sebab atas sesuatu yang aku tak boleh terima, aku mohon putus walaupun dia seorang yang sangat baik. Walaupun aku putuskan hubungan aku dengan dia, tapi aku tetap anggap dia sahabat karib aku. Dan itu ternyata bila aku tetap membantu dia dari soal kerja tanpa apa-apa perubahan. Aku tetap hormat dia seperti mana aku hormat dia sebelum ini.

Amat berbaloi apabila kebaikan kita dihargai oleh orang lain. Serius, aku bukannya baik sangat tapi selagi boleh aku memang lakukan terbaik terutama hubungan dengan rakan-rakan dan orang lain. Mungkin pengalaman banyak mengajar aku cara-cara berkomunikasi dengan baik. Tapi idaklah kalau yang sebenarnya. Aku ni orangnya moody sangat. Kejap happy kejap diam. Tapi dua tu je la. Syukur aku bukan jenis pemarah. Jadi sama ada aku ceria bising-bising ataupun aku diam monyok je. Tu je la sikap aku. Kesian kat YB hehehe.

Berbalik pada mamat G ni. Aku harap dia berjaya dapat apa yang dia hajati. Selagi tak melanggar batas-batas aku sebagai bini YB, aku akan hargai persahabatan aku dengan dia. Dan aku tahu dia akan sentiasa ada dalam hidup aku kerana nak tak nak aku tetap akan bertemu dia selalu atas tuntutan kerja.

Terima kasih semua atas doanya, perhatian dan ambil berat tentang diriku. It's okay, i finally found my man, that's my YB.

Sunday, March 18, 2012

Nostalgia di Makhamah

Bukan nak kenang kisah lama, tapi hari ni aku terbaca kisah-kisah orang yang masuk makhamah rendah syariah masa buat perbicaraan/lafaz talak. Banyak juga kisah-kisah sedih tapi ada juga kisah-kisah lucu.

Seperti aku dulu, ye masa bersidang tu bukannya ada privacy. Kalau ada 8 kes sebutan hari tu, lapan-lapan pasangan akan berada dalam satu dewan dan kes dipanggil satu persatu. Jadi sapa lambat boleh dengar semua kes terdahulu sambil sengih-sengih hehehe. Sebab masa ni lah menguji kesabaran seseorang, kalau tak sabar segala hal buruk-buruk habis terbongkar sampaikan aku sendiri terbeliak biji mata mendengarnya. Real case in real life hear from my own ears. Macam nonton drama la pulak. Perghh pengalaman berharga tu :P

Masa sebutan kes aku dulu, aku datang sorang-sorang. Oh well, aku memang dari awal memang solo je memanjang. Gi ngadap keluarga ex kat Jakarta pun sorang-sorang. Sebab bagi aku, ni kisah aku, aku yang akan fight dan aku yang akan uruskan. Being alone, aku akan bertambah kuat. Dari gi filing penceraian sampai masuk court semua aku wat sorang-sorang.

Kuatkan aku?

Yup, aku sungguh kuat apabila aku dah buat keputusan. Puas dah aku menderita menangis saban hari cuba pertahankan rumahtangga aku. Ex yang minta cerai, aku yang filing macam aku lak yang minta cerai. So masa depan hakim, hakimlah tanya aku napa aku nak cerai...erkkk sentap! Tapi aku sendiri salute kat diri aku sebab aku memang tabah dan kuat dah masa tu. Ko nak cerai, ko boleh lagi nak ambik bakal ex ko kat stesyen bas, bawak dia gi court, makan sama-sama lepas court dan bagi dia tinggal umah ko padahal ko gi tido kat umah mak ko. Pastu hantar dia balik lagi...mihahaha. Hati aku adalah baik u noe! hahaha

Tu lah yang aku lalui. Tapi tak yah temberanglah kalau kau kata kau tak de perasaan. It was just that aku pasrah dan redha hahaha. Kira dah tak kosa dah nak main tarik tali. Granted what he wished for je la.

Dalam borang permohonan penceraian bersama tu aku tulis reason yang kami tak sefahaman je tapi bila depan hakim, boleh lak dia tanya napa nak cerai lagi. Memang dalam borang tu aku tulis simple je satu ayat, tapi dalam salinan borang kat my ex, aku tulis sepenuh-penuhnya melepaskan semua yang terpendam dan kegeraman hehehe. Bila aku jawap jugak 'kami tak sefahaman', he kept repeating the same question. Hmm dalam hati aku dah siap sound la 'tak puas hati le jawapan tu', so secara pantas otak aku ligat nak cari satu reason supaya tak ada sesiapa dimalukan. So aku bagi reason lain yang tak memalukan dia mahupun aku. The reason adalah between me and him.

Dalam pada bersidang tu adalah pulak kes yang aku kenal orang tu dan orang tu kenal aku. Cett... tak de privacy sungguh!

Aku ada gak banding-bandingkan pengalaman aku ngan YB kat court. Hehehe totally different lah. Hati org lelaki mana nak sama ngan hati org pompuan kan.

Tapi pengajaran yang aku dapatlah, tak yah takutlah atau malu bila masuk court sebab ini adalah salah satu proses kehidupan. Sama ada kita lalui atau pun tidak, If it is, ia aka menjadi sebahagian pengalaman dan kenangan hidup, and surely teach u to be a different person from where u started.

Sejak dulu aku selalu tanamkan dalam hati semua yang aku lalui itu ada hikmah. Kesabaran itu tunjang utama dalam melalui pengalaman yang perit. Guess what, aku bersyukur aku bercerai kerana memberi peluang aku menuai hikmah yang dijanjikan olehNya. Alhamdulillah.

Friday, March 16, 2012

Sesat

Malam tadi lepas maghrib aku temankan YB melawat adik angkat dia kat spital Ampang Putri. Kena hernia ghupanya. Dalam kul 9 lebih tu kitaorang gi kampung medan sebab YB ada urusan suh hantar dia. Si kecil lak merengek kelaparan. Aku tak berapa lapar tapi kalau makan boleh jugak hehehe.

Izzah tak ikut. Petang tu dia ikut aku gi opis nak duk library siapkan kerja sekolah dia since duk umah dia kata banyak gangguan. Memang siap semua kerja-kerja sekolah dia. hehehe marbeles. Dengan Izzah ni aku tak yah bising-bising pasal pelajaran dia. Kalau dia tak dapat markah bagus, dia yang selalu denda diri dia sendiri. So kalau bab pelajaran memang 100% aku percaya dia. Dan itu yang aku harapkan kat si kecil ni. Kena latih dia dari kecil supaya dia ada rasa cinta pada pelajaran dia sendiri.

Lepas balik opis aku terus ke The Mines tapau makanan favorite izzah, Takoyaki dan pretzel. Kira makan malam le ni bagi dia.

So malam tu kami bertiga je makan kat Kampung Medan. YB order keropok lekor. Sedap sungguh. Bagi aku kalau aku tak makan lain just makan keropok je pun memang dah cukup menyelerakan.

Masa nak ke situ, YB duk ajar aku cara jalan yang paling mudah supaya senang aku balik nanti tak sesat. Aku punyalah input maklumat kat otak aku, Simpang mana nak ambik, mercu tanda dan lain-lain. Kira memang dah set lah. Dengan konfidennyer kata kat YB, no problem dah ingat dah.

So lepas makan, aku terus drive balik ngan Lissya. First simpang, ok. Second simpang ambik lepas sekolah. Jam dah menunjukkan kul 10.30 malam, kira kul 11 malam leh sampai rumah ni. Konfiden jer kan. Sekali bila lalu depan sekolah, aku dah konfius dah. Sekolah ni ke? Ambik simpang betul-betul lepas sekolah. Damn! napa jalan dia kecik je macam nak masuk taman perumahan. Memang damn sungguh!.... cuba patah balik, aku terus sesat tak tahu dah kat mana. Berlegar-legarlah dalam 15 minit cuba cari balik jalan asal. Lagi bertambah sesat adalah. Jangan harap le ada signboard sebab tu semua jalan dalam. Lissya dah mula prihatin konon-kononnya nak bagi aku jangan takutlah tu. Perghh mana le aku takut. Last-last aku kata, it's okay, adik tido je nanti dah sampai umi bangunkan.

So sebab ego kan. Jangan haraplah nak call YB minta tolong sebab rasanya tak membantu sangat. Kang YB lak susah hati bini ngan anak dia sesat hahaha.

Jalan paling mudah, aku kena cari jalan masuk jalan utama. Bila dah masuk jalan utama, konfirm leh masuk highway, dan mestilah kat area sunway lah tu. So here we went. So signboard yang aku nampak, ke Seremban, Ampang, kuantan. Oh kira familiar sangat. Terus aku ikut je signboard walaupun jalan tu tak pernah lagi aku ikut. Sampai ke Damansara lah gamaknya. Sebab aku memang tak familiar langsung area situ, so my safe bet kena ikut je lah signboard tak kisahlah end up kat mana as long aku pergi kat right direction. Minyak kereta pun ada suku tank lagi.

Aku hanya kenalpasti jalan bila aku tiba-tiba sampai one utama! Perghhh jauh ke atas ghupanya aku melencong. So bila dah sampai One Utama memang dah familiar sangat le sebab sokmo gi IKEA hehehe. So bila aku masuk jalan Mont Kiara, YB talifon. Masa tu baru aku kata sesat. Hahaha YB punyalah risau siap tanya minyak kereta lagi. Tak pe, aku dah tahu dah jalan balik. Tu dia aku lenjan 130Km/j jer. Sampai umah tengok jam dah kul 11.35am. Perghhh nasib baik mata aku leh tahan lagi padahal masa kat spital tu pun mata aku dah kuyu. Agak sebab sesat tu yang mata galak je berjaga, cuma bila dah sampai kat Taman Connaught jalan yang biasa aku lalu, baru mata aku dah start hint2 nak tido.

Sampai umah, aku siap pesan kat Lissya le, ok umi nak pingsan, good nite. Pukul 1.30am YB balik. Seperti biasalah, mesti terjaga punya kalau YB balik. Pukul 3 pagi baru sambung tido balik. Bangun pagi, tengok2 YB dah siap masakkan nasi lemak. Perghh macamanalah aku tak sayang sangat kat laki aku ni. Suka nah nak mengajahkan badan aku hehehe.