Berpindah, salah satu perkara yang aku lakukan untuk mulakan hidup baru. Memanglah letih hidup sendiri tapi hidup berdua sahaja dengan Izzah memang menyeronokan dan mencabar. Izzah tidak dapat masuk ke sekolah pilihan di Bangi kerana sekolah tersebut penuh, jadi aku memilih sekolah di Kajang untuknya. Apa-apa hal kalau aku outstation dia boleh diuruskan oleh abang aku mengenai hal sekolah. Aku masih ketawa kecil bila mengingatkan Izzah membangunkan aku dimalam hari dan menangis kerana risau tidak biasa dengan sekolah baru. Aku suruh dia tidur dengan aku, baru dia tenang. Sekarang dia dah biasa dah dengan sekolah tu. Alhamdulillah.
Tang pindah ni, memang aku tak nafikan aku spend so much, yelah kira macam hidup barulah kan, all start from scratch. Aku rasa aku dah almost spend RM20K untuk melengkapkan umah yang aku bagi nickname 'Mydock'.

Set Home theater masih yang sama cuma ada upgrade center speaker.

Tempat kegemaran melandingkan diri.

Nampak empty kan, beberapa wall deco masih belum dinaikkan kerana adik aku masih busy tak ada masa nak gantung frame2 tu semua. Home Theater ini di setup semula oleh technician A&L with free charge kecuali aku beli cable surround baru RM6 per feet dan aku pakai 48feet. Setup mende ni makan masa hampir 7 jam juga. Aku dan Izzah memang kebulur giler masa tu sebab tak lunch lagi. Nak setting image projector ke skrin pun mengambil masa yang lama, tapi end resultnya, memang mereka pakar...i likeee ittt.
By the way, piano Izzah baru saja sampai hari Jumaat lepas kerana ianya perlu di handle dan dibawa oleh lori yang biasa untuk memindahkan piano. Itu pun kena arrange dengan music school. Kalau bawa dengan lori masa pindah barang tu, mahu berterabur key piano tu agaknya hehehe. Sekarang hanya perlu tunggu music school hantar orangnya untuk buat tuning.

New center speaker. Bunyinya jauh lebih mantap. Harganya pun sama le. Got it for RM2.2K. Yang lamanya jual lelong kat adik RM500. Heard dia nak sambar plasma 50", memang dah kena jangkit syndrom AV freak dari kakak dia la nampaknya ha ha ha

Proud to own Dali Ikon

Ini set dalam bilik tidur aku. Raknya masih belum dipasang sampai sekarang sebab tak reti pasang. Pastu tak de masa nak trial and error. Hari ni kot boleh cuba pasangkan. Rak ihsan adik aku. By the way, Both are new speaker too, NHT. Dulu masa audition speaker untuk dengar CD, aku cari yang harga sekitar bawah RM1K. Manager A&L pun ketawa bila aku kata tak sedap bunyi. Dia memang dah agak speaker-speaker tu semua bukan standard aku. Dia kata "I know your taste not this standard laa" ha ha ha. Last-last aku sapu NHT yang retail price RM3.7K which aku dapat le harga RM2.1K sebab aku tahu NHT dah stop production.
Yes, my life is on a track. Next thing to do is to make claim mengajar semester lepas. Duit tu kena simpan balik coz my saving and my OD drain betul untuk mydock. hehehe
2 comments:
waahhh cantik rumah kak nona
and suka sofa merah tuh
sungguh seksi hehe
thanks..bila hidup dah tercabar why not kan berani mencuba hidup baru. Anytime datang le umah :D
Post a Comment