Aku memang tak pernah suka dia. Kat opis aku ni pun rasanya 100% memang tidak menyukai dia. Tapi tak adalah aku terus terang kata aku tak suka dia. Selagi dia perlukan bantuan selagi dia perlukan teman berbual, aku layankan saja dengan ikhlas walaupun aku 100% tidak mempercayai dia.
Hari ini dia menyinggah bilik aku, menyapa dan berbual-bual kisah masing-masing. Mendengar kisahnya, nak tertumpah jugalah airmata aku ni. Entah mengapa kali ini aku seakan-akan bersetuju dengan pendapatnya bahawa orang lain tidak tahu sama sekali apa yang telah dia (aku) lalui.
Secara tidak sengaja perbualan tersentuh mengenai pengajian Ph.D aku yang dah dua tahun aku menunggu cuti belajar tapi tak juga kunjung tiba. Dia menyarankan aku melupai hasrat bergantung kepada cuti belajar dan terus buat sahaja menggunakan duit sendiri. Siap mencadangkan aku buat bawah seorang Prof Madya tu lagi.
Kepada dia, aku ucapkan terima kasih. Walaupun aku tidak pernah menyukai dia, tapi kata-kata dia aku dapat rasakan ikhlas dan aku boleh menerimanya sebagai penaik semangatku.
Benarlah, jika kita ikhlas dengan seseorang, kita tidak akan terus menolak segala nasihat dia hanya kerana kita tidak menyukai personalitinya.
Aku akan menyusun strategi untuk secure kan masa depan aku dan anak aku. Insya Allah.

No comments:
Post a Comment