Monday, April 19, 2010

Enaknya Makan Tengahari Ku

Tengahari tadi aku balik rumah mak. Tapaukan nasi dan lauk untuknya. Tengok, si Rus tukang rumah tu masih membuat kerja-kerja di rumah. Jadi aku temankan mak lah makan tengahari tu. Perut saja biarkan kosong sebab macam nak pergi jumpa seseorang je. Tapi aku tahu, aku mana lah ada banyak masa. Esok pagi ada meeting, jadi petang ni nak sediakan apa yang patut untuk meeting esok.

Kenapa ye aku berhajat benar nak jumpa dia?

Sebab dia telah memasakkan aku dengan lauk kegemaran aku...tadaaaa


Mana aku tak nangis, semua dia sediakan dengan baik, siap air oren, siap pencuci mulut.

Pastu, sambal udang tu sedapppp sangaattt, sampai janggut2 dia aku balun licin.

Oleh kerana aku busy (maapkan daku), dia suh aku bawa balik dan makan di opis. Aisehman, miss la peluang makan bersuap wakakaka...kome jangan jeles!

By the way, inilah kali pertama aku makan bekal kat opis...mana aku tak nangis uwaaaaaaaaa

No comments: