Oh My Maq.
Kekasih lama yang setia berdampingan dengan aku selama tujuh tahun.
Kekasih aku yang sering mengikut aku kemana saja aku pergi.
Kekasih aku yang terpaksa aku ucapkan selamat tinggal kerana mulai mengikis duit gajiku.
Oh Maq, bila lihat gambar ko, datang balik kenangan lama. Kerinduan mula menerjah. Teringat zaman masa aku menyentuhmu. Bila memegangmu, jiwa kita bersatu. Alunan musik menusuk ke kalbu. Masa itu dah tak ingat dunia, yang tahu destinasi terakhir harus dicapai.
Ketahuilah Maq, walaupun aku mempunyai pengganti, namun hatiku tetap mengingatimu. Segala kenangan itu tidak mungkin boleh diganti dengan yang baru. Kau tetap kau, kau tetap anggun tersendiri.
Semoga kau berbahagia dengan orang baru Maq. Begitu juga aku. I miss you so much.
No comments:
Post a Comment