Wednesday, April 7, 2010

Aku Tak Boleh Tidur dan N

Dulu waktu tidur aku kul 9 mesti dah lelap punya. Tapi pukul 4 pagi aku dah bangun. Tapi la ni lambat sikit aku tidur, dah tu bangun pun cam tak mo bangun je..hehehe. Siap leh sambung tido balik kul 6.30 pagi, dekat kul 8 baru bangun. Al maklumlah, nak gi opis cuma ambik masa 5 minit je. Hohohoho Aku sukeee.

Malam ni ingatkan nak ajak kengkawan melepak rumah layan movie, tapi masing-masing sibuk gamaknya. Tak jadilah aku masak cekodok sebab kalau aku sowang je nak makan baik berlapar je la. Ni pun perut tengah ikut rentak muzik yang tengah bergegar dalam bilik tidur aku. Maap lah orang sebelah kalau bising, tapi ade aku kisah...mihahaha (sib baik sebelah rumah masih kosong).

Pagi tadi aku ada taklimat COE (Center of Excellence) kat UKM. Yang seronoknya dapat jumpa geng-geng satu jawatan. Jumpa lagi si N tu.

Aku nak cite skit tentang N ni. Ko jangan marah aku tulis pasal ko ye N, aku tulis yang baik je hahaha (Ko semua baik aku tahu). Sebenarnyakan, aku tak tahu nama sebenar dia sapa...hahaha N mesti marah kat aku. Aku kenal dia lebih mesra sejak dia selalu datang ke institut aku buat kerja MSC7. Pastu bekerja sama-sama di Penang lak tu. Masa ni lah baru tahu kami sebaya. Mana le aku tak ingat dia muda dari aku sebab dia comel loteh tul.

N ni selalu bagi aku semangat secara langsung dan tak langsung. Aku pun kata le kat dia aku nak anggap dia idola aku la. Sebab apa? Sebab aku kagum dengan dia. Dia sebenarnya selalu mencerminkan apa yang ingin aku capai dalam hidup.

Nak lagi lak jumpa si Su juga. Kami ni semua satu jawatan cuma aku senior le, tapi ada kitaorang kisah? hahahaha

Yang bestnya, kami semua memang minat habis nak sambung belajar ke peringkat Ph.D. Si N nak sambung bulan 6 ni dalam bidang Health Family? Ntah camtulah gaknya bunyi nya hehehe. Kau jangan marah aku lagi tau N. Aku lak dalam bidang sosio-ekonomi. Kenapa aku letak sosio kat depan ekonomi tu padahal aku nyer background memang ekonomi? Sebab aku nak lari dari jadi economist. Aku tak suka ekonometrik! hahahaha sekarang aku nak terjun ke bidang sains sosial pula. Jadi perjalanan aku: I.T-Finance - Ekonomi - Sosio-ekonomi. hehehe aku betul-betul multidisiplin. Tu pun aku tak pasti sebenarnya sebab aku nyer cadangan penyelidikan ada kaji bidang politik dan budaya sekali termasuklah bidang ekonomi.

Balik dari taklimat tadi, aku saja je berhenti kereta depan kereta N sambil jerit " Oii N, ko tu kecik je, pakai kete besar" hahaha aku kagum ngan dia ni. Aku jadikan kau benchmark aku lah ye N. Kalau aku selalu contact ko, jangan lak ko marah. Dengan ko lah semangat nak belajar bayar sendiri tu meluap-luap. Tak pe nanti aku bedah siasat betul ke UKM leh kecualikan yuran pengajian kite. At least ada gak teman sepejuang nak wat Ph.D kan.

Sekurang-kurang hati aku tenang kerana ada benda yang aku nak fokus dan usahakan untuk perolehinya. Terima kasih N.

1 comment:

Anonymous said...

N....... hmmmm. Jgn la puji lebih2... koyak si sengal tu nanti. Mmg dia bagus tapi cuba tanya dia, berapa epratus kerja2 di IKON yg dia buat??