Sunday, February 13, 2011

Not Being Me

Yesterday hari aku tunggu lori untuk buang sampah. Punya la aku bersungguh memunggah barang-barang terakhir dalam stor tu siap panjat ladder lagi dan a piece of metal jatuh atas kepala aku...tapi gigih juga aku melaksanakan tugas aku. Buat masa ni aku transform jadi mak aku, tak boleh nampak benda-benda tak kemas atau kotor...pantang! Hari-hari lain aku jadi diri aku.... to hell le terabur camne pun, i need my leisure time, kalau tak nonton blurays, aku kluar ngan abang Carl aku. Nama nak bersihkan rumah...selalu cakap 'Esok masih ada' wekkkkkk ketuih tuihhh!

Tapi punya le dok membersihkan stor supaya pak mat lori (cett Ko tu muda dari aku tau tak) leh angkut semua barang-barang nak buang tu, aku sudah terlupa pasal mesin basuh buruk dan meja makan uzur kat dapur belakang tu. Adehh... perlukah aku menulis setiap itinerary dalam blog ini? perlukah aku membuka blog sebelum melakukan sesuatu? Aku dah jadi seorang yang pelupa. Dan lama aku perasan. Bukan hal ni saja, kadang-kadang nak keluar gi makan pun aku salah jalan. Selalu terlupa. Kadang-kadang nak balik rumah pun tiba-tiba aku dah sampai opis, camner tu??? Hmm sib baik aku guna lori yang sama utk pindah nanti...nak minta tolong dia buang barang lagi.

Petang tu after arrange ngan music school izzah utk transfer piano, aku plan ngan izzah beli pizza. Aku suka pizza Domino tapi Izzah suka pizza Hut. Aku ni pengunjung setia Pizza Domino. Boleh katakan kad buy one free one tu aku manfaatkan sepenuhnya. Berbaloi berganda-ganda untuk aku. Tapi hari tu aku tak tahu kenapa aku sangat marah kat orang yang ambik pesanan kat kaunter pizza domino tu. Aku dah le berdiri lama, kaunter duk melayan sorang customer duk merayu pakai kad free one tu walaupun kad tu kat bini dia. Dan sorang lagi duk order yang tak tahu nak order pizza aper....cett! Oleh sebab aku lama berdiri, so aku decide duk dululah pas depa settle aku orderlah. So biler aku tengok satu kaunter kosong, aku pun pi la kat kaunter tu. No body care to take my order or at least cakaplah tunggu sekejap ye kak. Ni tak, aku dah rasa tersangatlah tak dihargai. Dan tahu-tahu ada one customer walk in lepas aku dilayan dulu. Apa lagi...dengan secara tiba-tiba aku transform menjadi makcik laser "Korang ni tak mau ambik order ke?" sambil aku ketuk2 kad aku tu kat kaunter... pastu boleh lak depa terpingga2 but saying nothing. What? Am i so ugly or so fierce sampai korang buat tak tahu? Jadilah sesi sambung ayat..."Teruk betullah korang ni!" dan aku berpaling dan terus menghempaskan pintu domino itu. So selepas itu, aku pergilah membeli pizza itu di pizza Hut. Oh gembira kau ye Izzah!

Tapi tu lah, dulu aku kurang sikit nak marah-marah ni. Tapi sekarang ni sapa sentuh je hati aku, jangankan peluru, laser yang keluar dari ultraman tu semua aku fire kat org berkenaan. Sungguh celupar mulut tak de insuran ini. But semua yang aku katakan adalah benar dan benar belaka. It's just that i don't care org lain punya perasaan anymore. Terutama org yg menguris hatiku. Bak kata pepatah, kau ketuk aku sekali, aku ketuk kau 30 kali. Jahak aku kan wakakaka

Today, aku dan Izzah berusaha gigih memindahkan semua pinggan mangkuk dan barang-barang runcit di dapur. Semua makanan beku aku bagi kat mak aku. Bila masa nyer pulak aku nak masak. Masa ni lah baru go through makanan yang dah expired hahaha. Biskot, susu dan byk lagi le terpaksa dibakulsampahkan sebab dah lebih masa. Lepas penat buat kerja tu aku tapaulah laksa kedah untuk makan malam aku, manakala izzah panaskan dan sambung lebihan pizza semalam dia tu. Sampai rumah, baru aku perasan, aku nak makan dengan apa? semua pinggan mangkuk dah hantar kat umah baru. Adehhh..... nasib baik la kan hari tu aku ambik satu mangkuk untuk buat gayung kat bilik air sebab gayung tu dah bermustautin ke rumah baru gak. Nasib baik kau ada...kalau tak, sanggup ku pakai gayung je demi laksa kedah yang marbeles itu :P

No comments: