Saturday, February 5, 2011

Kerja Buruh Part 3

Pukul 9 pagi aku dah mula bergerak sambung kerja mengecat.

Hari ni dapat juga lah aku siapkan bilik Izzah. Bukan siap sepenuhnya, siap cat satu coat saja. Cat betul-betul habis licin. Kena tunggu kedai buka hari isnin untuk dapatkan cat lagi.

Aku buat bilik aku dulu. Cat warna merah satu coat siap dah. Kena buat tiga coat juga ni. Main wall dah siap satu coat. Aku teruskan cat dinding lain. Aku tibai kelabu gelap cat lebih kat ruang tamu bawah tu. Hahahar mesti ramai yang pelik citarasa warna cat pilihan aku. Dah lah bilik tak besar mana, tapi cat dia gelap-gelap sokmo. Aku saja je cat warna tu sebab kalau aku cat warna merah satu bilik mau panas mata aku sebab merah tu merah striking. Sebab tu aku tune kan warna dinding lain gelap sikit. Lagi pun bilik tidur kan...biar le gelap-gelap sikit...syok tidur hahahar. Lagi pun semua perabut aku warna putih, jadi naik le seri sikit. Apa-apa pun memang aku suka black and white...tu color favorite aku.

Pukul 6 petang baru aku stop dan pergi mandi dan balik rumah. Tu dia...badan aku punya le letih dengan sakit-sakit yang teramat sangat. Apa-apa pun aku tak boleh stop. Nanti tak siap kerja aku. Esok pagi sambung lagi. Huhuhu orang lain seronok bersuka ria cuti lama ni aku lak seksa buat kerja sorang-sorang. Apa nak buat, dah memang hidup sowang kan. Tapi memang puas hati dan seronok nyerr

Itinerary kerja seterusnya:
  • Ahad - siapkan bilik tidur aku dan 2/3 bilik tidur no 3.
  • Isnin - beli cat biru (bilik Izzah) dan kelabu lembut (ruang tamu atas) dan siapkan bilik no 3 dan sebahagian ruang tamu atas
  • Selasa - siapkan ruang tamu atas
  • Rabu - alamak dah masuk opis (curi2 masa siapkan apa yang patut)
Services and upgrading works:
  • Polish marble/tiles di ruang tamu
  • upah bersihkan kawasan depan rumah (aku tak larattt!!!)
  • beli beberapa lampu
  • complete kan tiles kat depan rumah....i dont need grass :P
  • letak autogate dan tukar lock pintu masuk
Important Date:
12 Feb - buang semua sampah/perabut tak elok
19 Feb - Move day
21 Feb -24 Feb Bersihkan rumah lama

Then.... i seriously want to have a nice break rehat2 jerrrr

No comments: