Friday, February 4, 2011

Kerja Buruh Part 2

Hari ni hari yang amat memenatkan dan mendukacitakan aku.

Hari ni target nak siapkan bilik Izzah dengan warna biru kain sekolah menengah pilihan dia tu. Jadi hari ni aku ajak Izzah join sekali. Aku sambung cat dan dia tolong aku bersihkan habuk di jendela.

Kalau sebelum ni aku puas hati dengan warna dan kekemasan aku cat kat ruang tamu bawah, tapi hari ni rasa nak cursing je memanjang. Apa tak nya....it's nightmare for me nak mengecat bilik izzah dengan warna tu. It really needs at least three coat. Coat yang pertama memang capuk sana sini. Memang sungguh memenatkan dan mendukacitakan. Dengan bilik yang tak besar mana, aku hanya siap setengah saja itu pun hanya dengan dua coat sahaja. Warna masih capuk tak kemas langsung. Dan cat 5 liter dah betul-betul nak habis. Aku kena tunggu kedai hardware buka.

Jadi oleh kerana cat biru dah nak habis, aku cadang nak mula cat bilik aku pula. Aku pun bukalah tin cat warna merah tu...sekali masa aku kacau cat tu aku tahu cat tu sama spesis ngan cat biru izzah. OMG...this will be another nightmare for me. Another at least 3 coat per wall....pengsan aku!

Akhirnya aku pakat dengan izzah untuk quit saja hari ni. Tak guna cat kalau hati dan minda tengah down. Nanti tak elok dan tak kemas hasil kerja. Cat rumah ni macam satu seni juga...you must put your heart into it, otherwise better not do it.

So, aku dan izzah heading to Baskin and Robins makan aiskrim hahaha....

Esok aku nak pergi sorang-sorang ke rumah tu. Apparently aku rasa aku lebih tekun dan tenang kalau aku working alone. Semoga esok aku lebih bersemangat.

1 comment:

Muffy said...

Yup...aku setuju, kerja kerja begini mmg memerlukan full concerntratio n dan yg penting we enjoy it...baru hasilnya gah!