Saturday, April 24, 2010

Hari Aku

Pagi-pagi kul 5.30 pagi aku dah bangun dah. Best juga tidur nyenyak malam tadi walupun aku tetap bangun dalam masa tidur ku untuk melayan si Alvin kencing dan berak. Kaki kena cuci lepas tu oooo

Tapikan kul 6.10 aku sambung tidur lagi.....

Apa nak buat, aku terlalu letih meronggeng dengan internetku

Kul 7.45 am aku bangun semula dan pergi ke bawah layan home theater aku. Kena jumpa dia ni, kena menyalak dan meronggeng dulu. Layan le 4-5 das dulu untuk bagi semangat sikit, tambahan pula badan masih sakit-sakit sana sini. Maaplah orang sebelah, apa-apa hal pun aku taklah pasang macam orang kena histeria, elokkan telinga aku je, yang penting boom boom powwww

Layan Encik Buih le pulak. Aku suka lagu I haven't meet you yet...aku terlalu sukeeee

Lepas tu barulah balik ke realitikan, jangan tak tahu, tu dua bakul kain baju tak berbasuh. Jadi pagi tadi baju-baju yang berwarna warni pelangi semua telah selamat dibasuhkan. Cuma sebakul kain baju berwarna putih, akan menyusul keesokan harinya. Ampaian kain aku tak cukup daaaa.....

Pastu aku gi kedai beli bawang, dapur aku tu dah lama tak berasap dik non, jangan tak tahu. Aku bosan makan luar, jadi aku masaklah. Bolehlah masakkan untuk mak sekali.

Ko tengoklah, bukan aku tak pandai masak, cuma perut aku tu malas nak gerak.

Bila dah sampai rumah mak, aku makan dengan mak sekali, lepas tu kan aku buat acara gaya bebaslah. Masuk bilik, pakai singlet, seluar pendek, onkan aircond, dan.....

Ngeh...dunia ini aku yang punya....

Kul 3 petang mak aku bangunkan, ingatkan aku tolong cat penutup lubang angin kat rumah tu. Adehh...aku baru teringat aku kata kat dia aku nak cat hari ni. Tapi aku ada masalah. Masalah aku berat......

Aku malas daaa........

Lagipun baru aku perasan, aku tak bawa baju untuk buat kerja cat. Mana boleh pakai baju cantik takut rosak pula baju aku ni. Dahlah beli baju setahun sekali je hehehe. Cakap pasal baju baru aku tak lupa ingatan.........

Baju kat umah tu dah dua mesin basuh tak berlipat!!!

Ekkkkk! Apa kejadahnya malas sangat ni umiiii!!!

Thursday, April 22, 2010

Sambungan: Pengajaran kawan Ngan laki Owang

Sebenarnya it happen that dia dah berkeluarga. Kalau ikutkan aku dengan dia memang sudah kenal betul. Aku terlebih dahulu datang dalam hidup dia dari bini dia. Tapi tu dulu nyer kisah lah. Sekarang ni aku cuma kawan je. Aku tak nafikan aku gunakan dia gak supaya hati aku tak terlalu jatuh masa hari tu.

Nampak je aku macho, tapi sahabat-sahabat aku tahu betapa aku remuk dan kechewa dengan penceraian aku. Malah aku sendiri yang mempercepatkan penceraian aku kerana hati aku dah tak tertanggung lukanya. Lagi lama aku tunggu, lagi mati hati dan jiwa aku, silap-silap aku lak yang mati, jadi I had to do what i had to do. Tiada seharipun yang berlalu tanpa airmata ku tertumpah.

Jadi aku memang hargai setiap kata-kata semangat yang dia berikan. Aku berterima kasih dengannya kerana dialah hati aku perlahan-lahan bangun dan kembali pulih. Serius, kalau dia macam aku memang aku boleh terima dia semula, tapi dia dah ada bini, ada anak. Aku memang tak boleh terima dia. Bukan aku menentang poligami, tapi aku menolak masalah-masalah yang dia akan bawa bersama kalau aku terima dia. Dan aku tahu dia memang banyak masalah.

Dia masih menyayangi aku dan bila dia tahu keadaan aku ni, jadi dia memang tak mahu dah lepaskan aku buat kali kedua. Susah betul aku nak suruh dia melupakan aku.

Disebabkan bini dia mula beri tekanan kat aku, aku mulalah naik bengang. Yang tak mau lepaskan tu laki ko, bukan aku. Marah le kalau tak pun kau hentak je laki ko tu.

Yang aku dapat pengajarannya disini kan, masa berbual ngan bini dia, banyak yang aku nampak untuk jadikan bekalan hidup aku:

  • Poligami tu hak suami, dia berhak dan tak berdosa pun bercinta dengan orang lain selagi tak langgar hukum hakam. terima atau tak terima belakang cite, tapi janganlah buat macam bercinta tu dosa besar lah pulak
  • Jangan kita terlalu mengabdikan cinta dan kasih sayang pada manusia dan mengatakan cinta sejati kerana yang paling layak adalah kepada Allah swt. Sebab kalau apa-apa yang berlaku, kita dengan mudah boleh menendang bontot dia keluar.
Tapi yang buat aku ketawa yang teramat, masa aku dah tahap bengang macam tenuk dah siap-siap mengutuk-gutuk laki dia, boleh lak si bini tumpang sekali kutuk laki dia?

wat lu????

patutlah laki ko tak nak lepaskan aku.

wakakakakaka

Tuesday, April 20, 2010

Aku di serang? Oh Tidakkk

Korang jangan tak tahu, masa aku frust menonggeng hari tu, ada mamat ni datang dalam hidup aku. Sapa dia? Ala pakwe lama aku yang aku berchinta selama 5-6 tahun sebelum aku broke up sebab dia ada pompuan lain.

Aku terserempak dengan dia masa aku ke Tesco dalam bulan Nov. masa tu aku memang sedih, hati aku santak je. Weii betul tau, aku tak ada affair pun ngan dia masa alam perkahwinan aku ni. Aku ni kan jujur lagi setia orangnya. Kalau kome tak caya, kawan-kawan opis ada sebagai saksi masa tu.

Dia minta no tipun aku, aku pun bagilah...what the hell...pedulik aper aku. Punyalah aku jaga kesetiaan akhirnya camni gak aku dapat. Jadi we talked la, update diri masing2 yang last terserempak tahun 2002.

Tu dia tau terkejut badak ko ye dengar kisah aku. Tapi camtulah, kadang kita kat atas, kadang kita kat bawah (aku maksudkan rodalah..bukan tut tut...siut je korang).

Dari situlah dia bagi semangat kat aku sms aku bagai nak rak. Berkali-kali aku kata sayang boleh, jatuh chinta jangan sekali (dua kali sebenarnya sebab dulu dah sekali wakakaka)

Jadi hari demi hari bulan demi bulan sehinggalah aku pun sah jadi ibu tunggal. Bila dah tenang2 ni baru lah aku dapat fikir dengan betul, hubungan aku ngan dia tak boleh di teruskan. Napa? sebab dia ada keluarga, ada isteri ada anak2. Kalau dia single mingle cam aku tak pe la jugak. lagipun kan you, istri dia la pompuan yang dia curang masa dia kluar ngan aku. Tu dia you, Allah bayar lump sum gitu.

Aku ni suka kat orang yang leh bagi tumpuan kat aku, manja ngan aku, oppss aku manja kat dia... (chewahhh siapa lah jejaka bertuah tu yerk)

jadi bermulalah episode aku menegaskan kami hanya sekadar kawan. Tapi nak break up dengan dia ni Ya Allah, punyalah susah. Merayu-rayu. Kalau aku tak layan sms dia ugut nak dtg jumpa aku. Tu yang aku malas tu.

jadi aku gunalah pendekatan, you will be tired and leave me eventually. Jadi aku gunakan psikologilah...slow2 supaya dia leh terima kenyataan aku ni dah ada orang lain. Janganlah rasa tercabar lak.

Nak jadikan kisahnya, sebelum subuh tadi aku dapat sms dari hp dia dengan mesej kosong. Malas aku nak layan jadi aku buat tak tahu je. Ghupa-ghupanya itulah permulaan kesengsaraan aku hari ini.

Bini dia sudah mesej aku daaa....
padahal aku pernah jumpa real life (terima kasih, aku memang macho) saja je aku tegur bini dia sebab aku nak tahu kisah sebenar. Sms borak2 ngan bini dia pun selalu. padahal aku selalu menegaskan aku kawan je. Laki dia tu yang terlampau sayang sangat kat aku. Aku anggunlah kot. Pastu kau dengki kat aku la pulak.

Habis hari ni aku melayan bini dia yang tak sudah2 sms aku membentak aku. Tapi biasalah aku terang balik le kestupidan bini dia yang tak paham-paham laki dia tu kena wat camtu.

Ni pun aku terpaksa menegaskan kembali pun laki dia dah ugut2 bunuh diri...wakakaka
kena bentak ngan aku sekali....wuduk mana oiii pi lah ambik wuduk dulu, sembahyang, pastu duk diam berwirid...pastu fikir, logik tak aku wat camni.

tension aku oooo...kang dua-dua laki bini ni kang aku hentak ngan bontot pedang samurai aku kang.

Tolonglah lepaskan akuu.....
Aku tak mooo lahhh
Aku dahh ada orang lain dahh
tolonglah terima kenyataan ni
si bini tak paham-paham aku ade org lain
si laki lagi la buat-buat tak paham

lantak koranglah, aku punyalah nak jaga supaya semuanya berakhir ngan baik. Dah masing2 degil keras kepala, keras mengalahkan kulit tenggiling sib baik kulit v*v* tu lembut skit, kalau tak, aku dah sama kan dah.

Okaylah..aku nak balik ambik izzah. Tak larat dah layan org berebut2 aku ni. aku bukannya lawa pun adehhhh. Ni habis aku nyer bateri hp asyik duk membaca sms mendayu-dayu...adehhh

Akuk tension oooooo

Monday, April 19, 2010

Enaknya Makan Tengahari Ku

Tengahari tadi aku balik rumah mak. Tapaukan nasi dan lauk untuknya. Tengok, si Rus tukang rumah tu masih membuat kerja-kerja di rumah. Jadi aku temankan mak lah makan tengahari tu. Perut saja biarkan kosong sebab macam nak pergi jumpa seseorang je. Tapi aku tahu, aku mana lah ada banyak masa. Esok pagi ada meeting, jadi petang ni nak sediakan apa yang patut untuk meeting esok.

Kenapa ye aku berhajat benar nak jumpa dia?

Sebab dia telah memasakkan aku dengan lauk kegemaran aku...tadaaaa


Mana aku tak nangis, semua dia sediakan dengan baik, siap air oren, siap pencuci mulut.

Pastu, sambal udang tu sedapppp sangaattt, sampai janggut2 dia aku balun licin.

Oleh kerana aku busy (maapkan daku), dia suh aku bawa balik dan makan di opis. Aisehman, miss la peluang makan bersuap wakakaka...kome jangan jeles!

By the way, inilah kali pertama aku makan bekal kat opis...mana aku tak nangis uwaaaaaaaaa

Sunday, April 18, 2010

Someone Found My Old Boyfriend!

Pagi tadi masa sarapan adik aku tunjuk satu gambar di handphone nya. Kawan adik nampak dia lantas merakam gambar dalam hp untuk ditunjukkan kepadaku. Nampak dia bersantai di Puchong.

Oh My Maq.

Kekasih lama yang setia berdampingan dengan aku selama tujuh tahun.
Kekasih aku yang sering mengikut aku kemana saja aku pergi.
Kekasih aku yang terpaksa aku ucapkan selamat tinggal kerana mulai mengikis duit gajiku.

Oh Maq, bila lihat gambar ko, datang balik kenangan lama. Kerinduan mula menerjah. Teringat zaman masa aku menyentuhmu. Bila memegangmu, jiwa kita bersatu. Alunan musik menusuk ke kalbu. Masa itu dah tak ingat dunia, yang tahu destinasi terakhir harus dicapai.

Ketahuilah Maq, walaupun aku mempunyai pengganti, namun hatiku tetap mengingatimu. Segala kenangan itu tidak mungkin boleh diganti dengan yang baru. Kau tetap kau, kau tetap anggun tersendiri.

Semoga kau berbahagia dengan orang baru Maq. Begitu juga aku. I miss you so much.





My Maq

Thursday, April 15, 2010

Please understand My sensitivity

Dalam masa mengenali insan-insan species Adam yang lain yelah mana tahu boleh mengisi kekosongan hati ni, ada satu perkara yang sangat-sangat sensitif bagi aku.

Aku tidak boleh menerima orang lain mengata mengenai Ayah Izzah.

Apatah lagi menyuruh aku membuang gambar beliau. atau barang-barang yang ada kaitan dengan dia.

Kerana apa?

Kerana dia terlalu baik bagi aku. Untuk kali pertama aku dedahkan, aku cerai bukan kerana perbalahan. Cuma jodoh kami sudah tiada dan keadaan tidak memungkinkan aku dan dia hidup bersama.

sepanjang aku hidup berumahtangga dengannya:
Aku tak pernah gaduh
apatah lagi dia nak meninggi suara kat aku

tiada.... we just a lovely couple yang terpisah kerana budaya dan negara dan keadaan tidak memihak kepada kami untuk bersama.

It is a fact that he was/is and always be in my life. My blood and his blood is in my daughter, and by that we will be family forever. Lainlah kalau aku cerai sebab dia pukul aku ke, gaduh pom pang pom pang dan cerai. Noooo.... that was never happened.

Please accept the fact that he was part of my life which i still want to hold the memories. He is now my best friend which i can talk anytime i want.

Believe me, if i hate him, i already throw away anything yang ada kaitan dengannya, no need to wait for someone else to tell me what to do.

Yes i know, orang baru pasti jeles, but what to jealous if nothing going on between me and him. It is not that i hang his picture on every empty space on my wall. It is just in my album and i did not delete anything about him on my blog which i wrote long before i got divorced.

Hope org baru yang nak mengenali saya boleh baca post ini dan fahamilah hati saya ye.

Sowwy....tulisan untuk current and future reference hehehehe

Tuesday, April 13, 2010

Baik-baik Sayang

Aku tak pernah dengar lagu ni. Seseorang mengirimkannya kepadaku.
Untuk pertama kalinya hati aku tersentuh......

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Wednesday, April 7, 2010

Aku Tak Boleh Tidur dan N

Dulu waktu tidur aku kul 9 mesti dah lelap punya. Tapi pukul 4 pagi aku dah bangun. Tapi la ni lambat sikit aku tidur, dah tu bangun pun cam tak mo bangun je..hehehe. Siap leh sambung tido balik kul 6.30 pagi, dekat kul 8 baru bangun. Al maklumlah, nak gi opis cuma ambik masa 5 minit je. Hohohoho Aku sukeee.

Malam ni ingatkan nak ajak kengkawan melepak rumah layan movie, tapi masing-masing sibuk gamaknya. Tak jadilah aku masak cekodok sebab kalau aku sowang je nak makan baik berlapar je la. Ni pun perut tengah ikut rentak muzik yang tengah bergegar dalam bilik tidur aku. Maap lah orang sebelah kalau bising, tapi ade aku kisah...mihahaha (sib baik sebelah rumah masih kosong).

Pagi tadi aku ada taklimat COE (Center of Excellence) kat UKM. Yang seronoknya dapat jumpa geng-geng satu jawatan. Jumpa lagi si N tu.

Aku nak cite skit tentang N ni. Ko jangan marah aku tulis pasal ko ye N, aku tulis yang baik je hahaha (Ko semua baik aku tahu). Sebenarnyakan, aku tak tahu nama sebenar dia sapa...hahaha N mesti marah kat aku. Aku kenal dia lebih mesra sejak dia selalu datang ke institut aku buat kerja MSC7. Pastu bekerja sama-sama di Penang lak tu. Masa ni lah baru tahu kami sebaya. Mana le aku tak ingat dia muda dari aku sebab dia comel loteh tul.

N ni selalu bagi aku semangat secara langsung dan tak langsung. Aku pun kata le kat dia aku nak anggap dia idola aku la. Sebab apa? Sebab aku kagum dengan dia. Dia sebenarnya selalu mencerminkan apa yang ingin aku capai dalam hidup.

Nak lagi lak jumpa si Su juga. Kami ni semua satu jawatan cuma aku senior le, tapi ada kitaorang kisah? hahahaha

Yang bestnya, kami semua memang minat habis nak sambung belajar ke peringkat Ph.D. Si N nak sambung bulan 6 ni dalam bidang Health Family? Ntah camtulah gaknya bunyi nya hehehe. Kau jangan marah aku lagi tau N. Aku lak dalam bidang sosio-ekonomi. Kenapa aku letak sosio kat depan ekonomi tu padahal aku nyer background memang ekonomi? Sebab aku nak lari dari jadi economist. Aku tak suka ekonometrik! hahahaha sekarang aku nak terjun ke bidang sains sosial pula. Jadi perjalanan aku: I.T-Finance - Ekonomi - Sosio-ekonomi. hehehe aku betul-betul multidisiplin. Tu pun aku tak pasti sebenarnya sebab aku nyer cadangan penyelidikan ada kaji bidang politik dan budaya sekali termasuklah bidang ekonomi.

Balik dari taklimat tadi, aku saja je berhenti kereta depan kereta N sambil jerit " Oii N, ko tu kecik je, pakai kete besar" hahaha aku kagum ngan dia ni. Aku jadikan kau benchmark aku lah ye N. Kalau aku selalu contact ko, jangan lak ko marah. Dengan ko lah semangat nak belajar bayar sendiri tu meluap-luap. Tak pe nanti aku bedah siasat betul ke UKM leh kecualikan yuran pengajian kite. At least ada gak teman sepejuang nak wat Ph.D kan.

Sekurang-kurang hati aku tenang kerana ada benda yang aku nak fokus dan usahakan untuk perolehinya. Terima kasih N.

Monday, April 5, 2010

Orang Yang Kita Tidak Suka Boleh Memberikan Kita Semangat

Aku memang tak pernah suka dia. Kat opis aku ni pun rasanya 100% memang tidak menyukai dia. Tapi tak adalah aku terus terang kata aku tak suka dia. Selagi dia perlukan bantuan selagi dia perlukan teman berbual, aku layankan saja dengan ikhlas walaupun aku 100% tidak mempercayai dia.

Hari ini dia menyinggah bilik aku, menyapa dan berbual-bual kisah masing-masing. Mendengar kisahnya, nak tertumpah jugalah airmata aku ni. Entah mengapa kali ini aku seakan-akan bersetuju dengan pendapatnya bahawa orang lain tidak tahu sama sekali apa yang telah dia (aku) lalui.

Secara tidak sengaja perbualan tersentuh mengenai pengajian Ph.D aku yang dah dua tahun aku menunggu cuti belajar tapi tak juga kunjung tiba. Dia menyarankan aku melupai hasrat bergantung kepada cuti belajar dan terus buat sahaja menggunakan duit sendiri. Siap mencadangkan aku buat bawah seorang Prof Madya tu lagi.

Kepada dia, aku ucapkan terima kasih. Walaupun aku tidak pernah menyukai dia, tapi kata-kata dia aku dapat rasakan ikhlas dan aku boleh menerimanya sebagai penaik semangatku.

Benarlah, jika kita ikhlas dengan seseorang, kita tidak akan terus menolak segala nasihat dia hanya kerana kita tidak menyukai personalitinya.

Aku akan menyusun strategi untuk secure kan masa depan aku dan anak aku. Insya Allah.

Sunday, April 4, 2010

My New Life: A New Home for my HT

Berpindah, salah satu perkara yang aku lakukan untuk mulakan hidup baru. Memanglah letih hidup sendiri tapi hidup berdua sahaja dengan Izzah memang menyeronokan dan mencabar. Izzah tidak dapat masuk ke sekolah pilihan di Bangi kerana sekolah tersebut penuh, jadi aku memilih sekolah di Kajang untuknya. Apa-apa hal kalau aku outstation dia boleh diuruskan oleh abang aku mengenai hal sekolah. Aku masih ketawa kecil bila mengingatkan Izzah membangunkan aku dimalam hari dan menangis kerana risau tidak biasa dengan sekolah baru. Aku suruh dia tidur dengan aku, baru dia tenang. Sekarang dia dah biasa dah dengan sekolah tu. Alhamdulillah.

Tang pindah ni, memang aku tak nafikan aku spend so much, yelah kira macam hidup barulah kan, all start from scratch. Aku rasa aku dah almost spend RM20K untuk melengkapkan umah yang aku bagi nickname 'Mydock'.

Set Home theater masih yang sama cuma ada upgrade center speaker.

Tempat kegemaran melandingkan diri.

Nampak empty kan, beberapa wall deco masih belum dinaikkan kerana adik aku masih busy tak ada masa nak gantung frame2 tu semua. Home Theater ini di setup semula oleh technician A&L with free charge kecuali aku beli cable surround baru RM6 per feet dan aku pakai 48feet. Setup mende ni makan masa hampir 7 jam juga. Aku dan Izzah memang kebulur giler masa tu sebab tak lunch lagi. Nak setting image projector ke skrin pun mengambil masa yang lama, tapi end resultnya, memang mereka pakar...i likeee ittt.

By the way, piano Izzah baru saja sampai hari Jumaat lepas kerana ianya perlu di handle dan dibawa oleh lori yang biasa untuk memindahkan piano. Itu pun kena arrange dengan music school. Kalau bawa dengan lori masa pindah barang tu, mahu berterabur key piano tu agaknya hehehe. Sekarang hanya perlu tunggu music school hantar orangnya untuk buat tuning.


New center speaker. Bunyinya jauh lebih mantap. Harganya pun sama le. Got it for RM2.2K. Yang lamanya jual lelong kat adik RM500. Heard dia nak sambar plasma 50", memang dah kena jangkit syndrom AV freak dari kakak dia la nampaknya ha ha ha

Proud to own Dali Ikon

Ini set dalam bilik tidur aku. Raknya masih belum dipasang sampai sekarang sebab tak reti pasang. Pastu tak de masa nak trial and error. Hari ni kot boleh cuba pasangkan. Rak ihsan adik aku. By the way, Both are new speaker too, NHT. Dulu masa audition speaker untuk dengar CD, aku cari yang harga sekitar bawah RM1K. Manager A&L pun ketawa bila aku kata tak sedap bunyi. Dia memang dah agak speaker-speaker tu semua bukan standard aku. Dia kata "I know your taste not this standard laa" ha ha ha. Last-last aku sapu NHT yang retail price RM3.7K which aku dapat le harga RM2.1K sebab aku tahu NHT dah stop production.

Yes, my life is on a track. Next thing to do is to make claim mengajar semester lepas. Duit tu kena simpan balik coz my saving and my OD drain betul untuk mydock. hehehe

Friday, April 2, 2010

Blog Up and Running

Setelah berhempas pulas mengatasi masalah hidup aku, akhirnya aku berjaya juga mengatasinya dengan gembira.

Yang lepas biarlah berlalu. Ianya tetap menjadi sejarah terindah dalam hidup aku.

Hari ini aku up kan balik blog ini sebab aku rindu kat blog aku ni.

Walaupun hidup aku cukup tunggang terbalik sejak beberapa bulan yang lepas, akhirnya aku dapat merasai bahawa semuanya sudah berakhir dan hidup aku kembali berada atas landasannya semula.

Yang paling aku gembira, aku memang mempunyai life aku sendiri.

Aku punya anak tersayang,
Aku punya 'transformer' yang setia meneman aku kemana saja
Aku punya 'mydock' dengan peralatan yang lengkap selengkapnya

Aku punya famili yang kusayangi
Teman-teman yang tak henti mengeletek hatiku

Teman-teman lelaki yang tidak henti-henti dan tak putus asa mengetuk hatiku...ha ha ha tak boleh belah. Nanti lah...Allah swt lum buka lagi hati ni untuk orang lain.

Apa yang pasti, aku gembira dengan hidup aku, walau apa pun berlaku, walaupun aku terhempas ke batu, aku tetap gembira kerana aku masih bernafas di muka bumi ini. Mengharungi perjalanan hidup. Merasai pahit, luka dan keriangan. Itu semuakan perasaan. Sebagai manusia, kita lahir berperasaan. Jadi nikmatilah perasaan itu walaupun ianya pahit.

Ianya sangat-sangat membantu diriku untuk gembira berada di dunia ini.

To reward myself...hmm i think i should buy some blurays hahahaha