Monday, December 27, 2010

Pre-Happy New Year

Tahun Baru nak berlabuh beberapa hari lagi.

Selamat tinggal 2010 yang penuh sejarah duka...

Hopefully tahun yang baik untuk 2011.

Perkara yang akan ku lakukan dalam 2011 ini:

1. Beli rumah termasuk upgrade sana sini (Jan-Feb)
2. Beli fullframe kamera (Mac)
3. Daftar Ph.D (Sept)
4. Beli satu lens Carl Zeiss (Ogos)
5. Tambah pelaburan ASB (min RM5K) (Oktober)
6. Satu big vacation (Nov)

Tahun 2011 ni semoga kehidupan aku menjadi lebih baik, insyaAllah.

Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan, tetapi sekurang-kurangnya kita berjaya merancang daripada tidak memikirkan apa-apa.

Life is tough, but life goes on.... so ceria-ceriakanlah diri anda. Happy New Year!

Monday, December 13, 2010

Gatal! Miang!

Tension tau.....

Shiro dah masuk zaman mengawan. Jadi kije dia asyik mengeow kuat-kuat 24jam. Senyap time dia tido je...habis aku ni nak gak tido!

Aku cadang nak kasi kan dia. Tapi tunggu 17hb ni baru boleh bawa ke vet sebab aku nak outstation 3 hari. Alang-alang boardingkan anak-anak berbulu aku tu, bolehlah kasikan si adik dan beri ubat cacing untuk si abang.

Tapi si adik ni dah tak menyempatlah pulak...tau-tau je nak kena kasi...dah mula mengatal...miang. Nak lagi si adik tu mengeow kat dalam rumah..kucing jantan sahut kat luar rumah...adehh pingsan aku kalau shiro bawak anak. Tak pasal-pasal bercucu lak trus dapat 4. Si Izzah suka kalau Shiro ada anak...sebab dia nak experience bidankan kucing. Dia memang suka pretend to be a doctor ni. Tapi yang sengsara nyer aku...kalau depa pandai pakai daiper tak pe gak...ni aku jugak yang kena bersihkan toilet depa pagi petang.

Yang buatkan aku tak tahan.... aku nak tido nyenyak. Uwaaa iritating tau... satu pagi tu sebelum subuh aku dah bangun siap membebel kat Shiro. Dahlah aku berdua je ngan Izzah. Aku bebel kat atas tangga, Shiro tengok dari bawah...dah macam kat wad tanjung rambutanlah pulok rasa nyer. Bergema je suara aku membebel pagi2 buta tu.

Pukul 6.15 pagi aku dah chow keluar rumah pi jalan-jalan bawak Abg Carl Z. aku. Tenang aku ngan Abg Carl ni. Agak-agak sampai kawasan yang tenang je... aku tembak ler.

Sampai sekarang si Adik masih mengeow, asalkan mengeow kuat-kuat si abang pun boleh resah, bingkas bangun dan pergi jilat muka adik. Sayang sungguh abang kat adik. Tapi si adik lak siap angkat-angkat punggung. Gatal! Miang!

Tunggu lah kau dik....hujung minggu ni siap Dr Vet kerjakan huwahahaha.

Semoga tido ku tenang selepas ini.

Adik (depan) dengan Abang.

Friday, November 26, 2010

Cik Kelvin yang Cantik

Balik kerja terus pakat dengan Izzah kluar ke rumah mak. Lepas Maghrib kami terus ke Bukit Ampang nak test ambik gambar bermain-main dengan cik Kelvin yang cantik.

Aku tak pernah guna custom Kelvin White Balance. Kali ni nak test. Ambik sendiri gambar-gambar ni boleh bina kemahiran untuk diri sendiri. Walaupun petang tu hujan, ku gagahkan juga. Kalau dah kemaruk dengan kamera memang camtu le perangai kan.

WB 5600

WB diturunkan ke 3200K tapi filter ke G2

WB yang sama (3200K) filter ke M2 pula.

Nampaknya, ada perubahan warna pada gambar yang diambil. Best nyer dapat tambah ilmu lagi.

Apa-apa pun aku doa rezeki aku bertambah murah supaya aku dapat upgrade kamera aku. Sangat-sangat memerlukan juga fast lens.

Dan, apa yang aku dapat hari ni adalah........ demam dan sakit kepala, mungkin berembun semalam.

Sunday, November 14, 2010

All about Izzah

Semalam, seharian aku dan Izzah kehulu kehilir. Pagi Kul 9.30am dah keluar breakfast di Ameer Ali. Restauran ni dah dinobatkan dapur rumah aku sebab selalu nah aku makan kat situ, asal nak makan, gi Ameer Ali. Sampai mamak tu tahu dah kegemaran aku, 2 keping roti canai, kuah dal tak mo, cuma kari dan sambal extra banjir.

Pastu ke rumah abang angkut anak-anak sedara, semua ada kelas muzik pagi ni, dengan kelas piano, gitar dan drum. Aku rasa depa ni boleh buat band sendiri ni.

By pukul 1.30pm budak-budak habis kelas muzik dan angkut depa balik rumah. Aku dan Izzah meneruskan perjalanan ke Warta beli barang sikit untuk Hari raya Haji nanti.

Dalam perjalanan ke sana, Izzah tertarik melihat ramai orang ke perpustakaan awam Bangi. Untuk Izzah, perpustakaan adalah disneyland baginya. Aku boleh berseronok-seronok dengan swimming, photography aku atau aktiviti lasak aku yang lain, tapi bagi Izzah, dunia keseronokan dia adalah buku-buku. Kedai buku dan Library adalah tempat kegemarannya. Jadi dia ajak aku singgah. Oleh sebab aku pun tak pernah masuk library situ, aku pun bersetuju. Kami terus daftar keahlian. Tapi agak mendukacitakan sebab library tu tak banyak buku. Bahagian buku-buku yang boleh dipinjam tak banyak dan tidak menarik perhatian Izzah. Izzah membaca sekurang-kurangnya 8 buah buku sebulan, dan kadangkala genre buku yang dibacanya agak pelik untuk budak seusia 13 tahun. Dia sudah mencari buku mengenai Greek Mythodology, yang menurut aku, seusia aku ni pun, tak mo aku membacanya hehehe.

Aku kagum dengan Izzah. Walaupun dia tidak seaktif aku, tidak pandai bersosial, tapi aku kagum akan kebolehannya. Aku bersyukur dia anak yang mudah dipelihara dan dididik. Walaupun ada juga sikap dia yang kadang-kadang aku rasa macam nak gigit je dia, tapi ianya terlalu amat jarang berlaku. Aku dan dia terlalu rapat, dan aku bersyukur dia hadir dalam hidup aku kerana dia terlalu istimewa. Dialah teman aku dan tempat aku berkongsi cerita.

Seusia dia, dia sudah menulis sajak. Hari jadi aku baru-baru ini dia mengirim sms sajak untuk aku. Tak terharu ke? Antara sajaknya aku akan letak atas photography aku dan akan dicetak dan dipamir di dinding-dinding rumah baru nanti. Bagi akulah, strange this kid love poems. Baru-baru ini aku dapat tahu dia menulis cerpen sudah lapan bab dan diletakkan di internet dan mendapat comments yang banyak daripada pembaca. Juga kebolehan dia memahami bahasa Jepun tanpa mendapat kelas bimbingan formal. Aku perlu ingat aku perlu luangkan masa untuk gilap bakat dia dalam bahasa Jepun.

Berbalik pada aktiviti semalam dengan Izzah. Selepas dukacita melihat koleksi buku di perpustakaan awam tu, aku cadangkan Izzah pergi tengok Perpustakaan UKM. Tapi salah waktu pula kerana perpustakaan tutup hari ini.

Kemudian kami ke Seksyen 4 melihat rumah contoh. Aku pergi tengok dulu dengan kawan apartment mewah yang sedang dibina dan dijangka siap dalam 2012. Kalau ikutkan, aku suka rumah satu tingkat saja sebab aku duduk berdua dengan Izzah saja. Dan aku ni tak suka ambik tahu hal jiran-jiran juga aku tak suka depa ambik tahu hal aku. Jadi ciri-ciri aku ni sesuai sebenarnya duk apartment atau kondo mewah. Tapi aku akurlah kehendak Izzah yang enggan tukar sekolah lagi. Yang sebenarnya aku suka sangat dengan ID rumah tu. So kira tunjuk kat Izzah lah mana tau ada duit nanti boleh buat projek ID. Lepas tu terfikir juga, agak-agaknya aku boleh buat sendiri tak? Biasalah aku ni kan, kalau Izzah teruja dengan buku-buku, aku pula teruja dengan ilmu baru. Semua aku nak tahu dan kalau boleh buat sendiri.

Lepas tu baru kami pulang dalam keadaan perut yang sangat lapar. Petang pula, Izzah bersetuju jadi cikgu aku ajar piano. RM30 sebulan. Siap kena pergi kedai muzik cari bukulah untuk aku buat latihan. Jangan main-main dengan anak ni, garang ooo dia ajar...so strict!

Apa-apa pun aktiviti semalam dengan Izzah, amat menyeronokkan.

Thursday, November 11, 2010

Masih Bertatih

Suka betul aku ngan hobi baru ni. Masih banyak yang perlu dipelajari. Tapi betul jugalah pengalaman juga merupakan guru yang baik.

Contohnya gambar kat atas ni, napalah aku tak perasan tiang lampu tengah-tengah kereta aku ni. Dah nampak macam kena tertusuk. Jadi bila ambil gambar sendiri, perhatikan...banyak yang kita boleh pelajari sendiri.

Gambar yang paling aku suka masa sesi fotografi yang aku ambil pagi tadi ialah gambar ini:

Wednesday, November 10, 2010

Kebetulan lagi?

Malam tadi tak tahu kenapa mata aku tak mau terlelap. Puaslah aku melayan benda-benda dalam media player aku tu. Mata tak gak mahu tidur. Aku ni kalau cecah jam kul 12 malam, memang alamatnya aku jadi burung jampuklah sampai ke subuhlah aku tak boleh tidur.

Yang aku benci sangat, kalau masa ni lah ingatan aku akan merewang kembali kisah-kisah duka aku tu. Cehhh.... memang aku benci benci tahap tenuk kalau fikiran aku sampai situ.

Dah lah aku kena bangun awal ada appointment kul 9 Pagi. Sedar-sedar, mata aku dah bengkak.

Yang aku musykilnya, bila berlaku je macam tu mesti ada kaitan dengan mamat ni.
Yup, dia call aku kata malam tadi dia mimpi aku. Dia pun tak tahu kenapa dia mimpi aku but he did. Dia mimpi dia datang cari aku kat Bangi.

Hahahaha Since dulu dia selalu 'protect' hati aku. Kalau aku duka je mesti aku bertembung dengan dia. Aku pun tak tahu apa maksudnya, but sorry...kita hanya sekadar kawan not more than that.

Tuesday, November 9, 2010

Lama Menyepi

Lama dah tak update blog ini. Cuma sekadar busy tak ada masa nak menulis.

Tak terkejar nak catching up life sendiri.
dengan kerja opis
dengan kerja ISO
dengan kerja menguruskan anak
dengan kerja harian rumah
dengan kerja melayan anak-anak kucing
dengan kerja hobi fotografi
dengan kerja yang tak sudah-sudah mencipta kerja baru

ngehhh

Walaupun begitu sibuk mengalahkan Perdana Menteri, sempat gak le buat aktiviti kan...macam

gi vacation (jelajah ke utara sampai ke Padang besar)
gi Bengkel fotografi kat Kuala Sepetang, Taiping
gi swimming
gi jalan kaki sejauh 4KM
gi main badminton yang dah 5 tahun tak main

Cuti tahun ni banyak lagi, ader 13 hari lagi, dan kemungkinan ada lagi tambahan cuti tanpa rekod since weekend aku datang buat kerja penerbitan laporan tahunan. Jadi cuti-cuti ni aku peram skit untuk tahun depan sebab awal tahun depan ada MEGA Projek.

Ishh.... bukan projek aku nak kawin arrrr.....!

Life is tough.... so pandai-pandailah menceriakan diri. Salam

Thursday, September 30, 2010

Ke Klinik Veterinar UPM

Cian kan kat Blacky, Tapi manja dan aktif ni, walaupun aku baru kenal dia tapi dah golek-golek gigit manja tangan aku

Pagi ni aku bawa kucing teman sepejabat ke klinik vet UPM ada appointment kucing dia 'blacky' yang akan menjalani pembedahan buang mata sebelah kerana matanya rosak.

Minggu lepas aku dah bawa dah, dan hari ni aku bawa lagi sebab dia kena menjalani pembedahan. Kos RM400 tu ..... botak tuan dia nak bayar.... hehehe bertuah kucing zaman sekarang kan.

Masa tengah tunggu tu...sekali seorang sami india keluar mendukung pet nya. Iguana! Wahhhh.... inilah kali pertama aku melihat iguana secara berdepan dengan saiz iguana tu hampir setengah tuannya. Apa lagi...ramah je mulut kan nak tegur pet orang lain.

Nama dia 'Kali'. Aku pun tanya gak napa dia tak hijau. Rupanya dia ikut color baju sami tu yang warna oren, jadi dia agak coklat keorenan. Tuan dia (ceh...nama pet dia aku tanya, nama tuannya aku tak tanya lak kihkihkih) beritahu aku yang pet dia dah berusia 8 tahun, masih punya ibu yang besarnya berkali ganda daripada 'Kali'. Fuhh sedangkan si Kali ni punya besar, mahu gerun aku melihat maknya. Tuan dia tu pun cerita lagi, yang Kali ini akan mengigit dan melibaskan ekornya kat orang lain kalau dia (tuannya) tiada disisi. Kena juga le 8 jahitan kalau dia gigit jari. gerun aku dengar...jahit tak pe lagi, kalau putus? huhuhuhu

Aku nak je dukung Kali ni, tapi aku segan kat tuannya kekekeke

Seronok ooo pergi klinik vet kat UPM...... Macam-macam Adaaa...!

Kalau besar camni okay tak? kekekeke gerun aku weii

Wednesday, September 22, 2010

Updated HT Costs

Amplifier:
Marantz SR5003 RM2700
Nakamichi RM1280

Front Speakers:
PSB T45 RM2400
NHT Classic 2 RM2100

Center Speaker:
Dali IKON RM2350

Rear speaker:
Pioneer RM300

Subwoofer:
Velodyne CHT-10R RM2000

Visual:
Projector: Optoma HD65 RM3800
+ replacement bulb (blow at ~1500 hours) RM900
Draper RM800
LCD LG 42" FullHD RM2450

Player:
Blu Ray: PS3 RM1380
DVD: 2 Pioneer DVD Player RM1000
: Samsung DVD Karaoke RM299
CD: Marantz CD5003 RM999
Media: Dvico Tvix M6600A with 1TB hdd RM1450
Wdtv with 1TB hdd RM730

Cables Audio Quest for most components RM1500
AV Cabinet RM1000
NHT speaker stands RM450

Saturday, September 18, 2010

Botak Tayarku

Botak!

Bulan ni banyak betul aku spend kat kereta aku. Kena renew insuran dan roadtax sebelum raya. Major service bakal menjelma juga. Ni pula tayarku dah botak, sampai masa connering memang tak sedap langsung rasa nak koyak tayar kereta aku tu.

dalam proses.....

Yang agak membengangkan, balancing dan alignment memang di handle oleh Honda service, seluruh service memang Honda saja yang buat.

Dulu aku pernah mempertikaikan kenapa masa buat balancing, tayar yang botak tu remain kat tempat yang sama. Tapi tak tahulah, akhirnya tayar tu botak seteruknya berbanding lain-lain tayar.

Jadi, masa beraya ke rumah kakakku di Rawang, aku mengambil kesempatan cari tayar dan juga tukar sport rim baru. Menurut adik aku, hanya aku saja kata sport rim kereta aku tu cantik, bagi dia memang tersangat le ugggli. hehehe

Apa-apa je la, babai RM2670 keseluruhan kos.

Wallaa! bertambah handsome boipren aku ni :P

Thursday, September 2, 2010

Dadih oh Dadih


Tak tahulah kenapa, inilah kali pertama aku ketagih dadih. Perasa kegemaran ialah perasa coklat. Awal-awal posa dulu, aku beli je, tapi kadang-kadang kembang tekak aku sebab dadihnya berlendir....yerkkkk.

Jadi kebetulan aku jumpa dadih segera jenama Nona (nama aku le pulok). Jadi aku pun ikut le step by step cuma aku tambah dutchlady chocolate milk sesuka hati aku, dan aku kurangkan air sebab aku gantikan dengan chocolate milk tu.

Perghh.... memang sedap. Satu adunan aku dapat 4 bekas ni. Dan selalunya 2-3 hari dah habis. Anak2 sedara dan adik aku pun kata sedap aku buat.

So sejak hari tu dah 4 kali aku buat dadih dalam bulan posa ni.

ni pun baru je aku dpt sms dari anak aku (dia kat tingkat bawah dan aku kat tingkat atas),

izzah: Mi x buat pun dadih
aku: Malas le yang

izzah: Tp nanti bsk mi x msk jga
aku: Hari sabtu umi buat

Izzah: Bsk jah nak makan ape?
aku: makan angin
izzah: Mi!!:@

Tu lah....punya le kami ketagih dadih ni.

Tuesday, August 10, 2010

Lama Tak Bergumbira Begini

Yuna

Sebenarnya sejak azali lagi tak ada nyer niat aku nak attend majlis penutup konvo ni. Tapi sebab awal-awal aku dah ditugaskan menerima bendera sebagai wakil institut aku, jadi dah plan ngan princesszymah untuk mengaktifkan diri pada malam itu, walaupun bos aku last minit jadi lak ikut serta.

Jadi, awal-awal aku dah pakat ngan princesszymah bawak kamera masing-masing. Aku sehari sebelum tu dah mula charge segala macam bateri. Excited ni.

Awal-awal memang aku duk atas stage tetamu jemputan le sekali ngan bos aku dan penolong pendaftar yang lain. Awal-awal tu skema lagi, tapi sekali bila dah start konsert, apalagi, jom ambik gambar.

Jadi aku dan Princesszymah tanpa malu-malu kucing selamba je la join jemaah yang dirikan saf nak tengok Yuna dan Aisyah.

Aku sakan le ambik gambar sambil ikut mendendangkan lagu Dan Sebenarnya. Budak-budak U yang sedang duk diatas padang tar tu bersorak-sorak gaklah gumbira macam aku jugak.

Habis Yuna nyanyi, terus Aisyah pula. To my surprised, Aisyah kluar saja mendapat jeritan yang gemuruh teramat kuat berbanding dengan Yuna. Dan org yang menjerit kuat tu salah sorang tu akulah hehehe...peminat maaaaaaa.

Kak Aisyah...I love You 4-ever...You truly a DIVA

Aisyah punya suara masih seperti dulu, mantap dan nyaring. Aku memang jatuh cinta dengan kedivaan dia. Serius, dia memang penghibur. Dia boleh berinteraksi dengan pelajar-pelajar tu dengan baik. Ketawa dia boleh menyebabkan kita juga ikut tertawa.

Masa aku duduk balik kat tempat aku kat pentas tetamu, aku tak peduli, masa Aisyah nyanyi lagu janji manismu, aku turut nyanyi sama walaupun sebelah aku ada sorang profesor. Tapi yang bestnya, prof tu pun nyanyi juga masa lagu bahtera merdeka.

Ohhh i really had a good nite....seronok letting out diri sekali sekala. I love u Aisyah (sorry, aku memang fan dia).

Friday, August 6, 2010

Menjejak Keluaran yang Tertinggal

Selain daripada hobi dalam bidang audio visual, satu lagi hobi yang aku amat cintai ialah mengumpul setem.

Awal tahun ini ada 4 keluaran yang aku tertinggal iaitu, Matawang Malaysia, Paku Pakis, Pasar Tempatan dan kelip-kelip. aku tertinggal keluaran ini kerana balance account filateli aku dah cecah kosong dan aku pula mengambil sikap sambil lewa untuk top up account balance aku. Filateli kata, tarak duit kalu tarak setem!

Jadi bila account aku tu dah berisi semula barulah aku menjejak kasih mana-mana isu yang aku tertinggal. Cari dalam ebay, mak datuk, keluaran baru berapa bulan je depa dah mark up harga sampai tiga kali ganda.

Jadi, dengan berbekalkan azam yang kuat dan teman sepejabat yang teramat cool, aku dan zaimah pun berusahalah menaiki komuter pergi ke Daya Bumi untuk mencari setem-setem tersebut.

Seronok juga naik komuter. Ni lah kali kedua aku naik komuter. Mudah dari naik kereta. Tempat filateli tu dekat betul dengan stesyen komuter kuala lumpur. Tapi yang bengangnya, menunggu komuter tu yang seksa jiwa batin. Punyalah lama nak tunggu baru nampak batang hidung komuter tu.

Gembira hati aku ni hah bila pulang dengan setem yang dicari. Hujung minggu ni memang aku akan bertapa dengan setem akulah, susun masuk dalam album setem yang aku reka dan buat sendiri. Rasanya setem dari tahun 2009 belum masuk dalam album lagi ni. hehehe.

Walaupun kadang-kadang terasa remeh sebab nak kena buat caption, letak setam dalam stamps mounting, gam dan tampal stamps mounting tu atas kertas A4, tapi bila tengok hasilnya, segala penat jerih tu amat berbaloi. Khazanah negara kira nya ni. Kalau tengok balik semua koleksi setem aku tu, memang mendamaikan minda yang berserabut. Terlalu cantik dan abstrak.

Bagi akulah, nilah salah satu barang berharga yang aku ada. Dah siap pesan kat anak aku, kalau aku tak de nanti, jangan sekali-sekali menjual koleksi aku ni. Huhuhu kalau dia jual gak, setem tu berhantu, aku akan haunted sapa yang ambik setem tu wakakakaka.

Sunday, July 18, 2010

Hotel Incident

Pagi tadi semasa berada dalam kereta, aku tukar selera dan mendengar radio. Aku pun dah tak ingat channel berapa. Tapi adalah terdengar kisah tersalah masuk bilik hotel.

Kisahnya, ada mamat ni nak masuk bilik hotel dia ingat bilik dia dan kawan dia kot, dan dia ketuk pintu. Sekali buka orang lain lah pulak. Tapi dia nak cover malu dan kebetulan dia tengah pakai smart siap bertali leher, boleh pulak dia berlakon dan kata “Is everything O.K?”

Well, teringat pula satu insiden yang hampir serupa tapi tak sama yang berlaku pada aku somewhere long time ago. Masa tu aku ada Bengkel di Melaka dan pada minggu itu pula adalah minggu Christmas jadi nampak gayanya hotel semuanya penuh dengan customer.

Aku sampai sudah jam 1.30 petang dan jam 3 petang aku dah ada meeting. Jadi masa check in tu receptionist dah kata bilik belum tersedia dan minta aku tunggu lebih kurang kul 2 baru boleh masuk. Tapi key room dah awal-awal beri pada aku.

Jadi dalam pukul 2.30 aku pergilah ke bilik dengan harapan tak perlulah aku duk usung beg baju aku yang besar itu. Bila aku open je bilik tu pakai card key, sekali pintu tu dihalang oleh lock rantai yang selalu kita kunci dari dalam tu. Aku pun agak keheranan tapi terkejut jugalah sebab dalam bilik tu masih ada orang. Satu keluarga mat saleh masih tak sedar-sedar lagi nak check out.

Dengan muka blank-blank dan tak puas hati aku, nak lah kata aku next guest dan hope dia boleh keluar cepat. Tapi belum aku cakap, pompuan tua itu dah cakap dulu,

“Oh I’m sorry, but you can tidy up and clean this room. It’s okay for us”

Sekali dia ingat aku housekeeping hotel daaa….

Sentap tak? Dah lah menyusahkan aku, pastu anggap aku housekeeper lak tu. Aku menci aku menciii tauuu…..

Gurau Jahanam

Teringat satu kisah yang melibatkan aku masa muda-muda dahulu.

Masa tu aku kena hadiri sesi taklimat pelajar-pelajar baru. Biasalah kan, pelajar-pelajar yang masuk semester tu memang ramai. Jadi masa tu aku masih ingat aku berbaju kurung yang biasa-biasa je lah walaupun aku rasa dah cukup vogue.

Aku duduk ditengah-tengah kerusi yang masih banyak kosong. Aku tengok pensyarah-pensyarah dah siap menunggu kat atas pentas depan dewan. Pelajar-pelajar senior siswi dan siswa aku tengok masing-masing macam berlagak je. Satu demi satu kerusi sebelah menyebelah aku di penuhi. Dan akhirnya penuhlah dewan tu dengan pelajar-pelajar baru yang diwajibkan dengar sesi taklimat yang begitu membohsankan minda aku.

Ini merupakan hari pertama sesi suai kenal, dan sudah pastilah ramai masih keseorangan dan masih dalam hasrat untuk mencari kawan. Jadi masa sesi tu baru nak bermula, aku beranikan diri menegur kawan di kiri dan kanan aku. Depa pakai pun biasa je lah, macam budak sekolah…simple je, kira aku anggun lagilah dengan baju kurung yang berlabuci, gelang emas yang bergermilapan lagi…. Aku rasalah mesti budak-budak ni jaki kat aku sebab aku melaram ni.

Rata-rata aku yang mulakan perbualan, duk dorm mana? Okay ke tidur malam tadi? Depa pun duk gaklah membalas pertanyaan aku. Depa pun nampaknya dah suka sebab aku dah berani tegur depa dan buat kawan. Depa pun ceritalah lagi, tapi masa ni dah masuk bab mencaci cerca bilik hostel dan peraturan yang tah apa-apa yang memenatkan dan mencabar kedewasaan masing-masing.

Dalam pada itu budak sebelah kanan aku dah beri amaran kat aku. Dia kata, “kat sini mana boleh pakai barang kemas, ni (tunjuk gelang aku) tak boleh ni. Ni salah ni. You tak boleh pakai ni. Lebih baik you bukak, nanti depa nampak tak pasal-pasal kena. Macam bagus je depa tu kan” katanya sambil mencebik kat siswi yang berlagak macam pengawas yang melilau je tengok kita orang bersembang.

Yang siswi senior berlagaks ni pulak, sambil mencegilkan mata, sound setepet dia hambur kat aku dengan suara yang aku rasa nyaring sikit je dari ayam betina lepas bertelur. “Hah! Yang sana tu (sambil tunjuk kat aku), tolong diam sikit ye!”

Huhuhuhu budak-budak lain semua pandang aku, dan masing-masing menikus. Pensyarah yang bagi taklimat tu terus potpet-potpet kat depan. Pensyarah lain yang berlagaks nerd kat atas pentas tu pun duk pandang-pandang aku sambil tersengih. Hmm… sudah! Diam aje la aku. Budak-budak sebelah aku pun dah menikus diam je dengar segala taklimat.

Lepas habis tu kami kena beredar ikut giliran bangku masing-masing jalan ke depan dewan dan terus keluar menuju ke tempat sesi seterusnya.

Dalam berjalan sehingga depan dewan itu, aku terus naik ke pentas dan duduk disebelah rakan-rakan pensyarah yang lain.

Dan aku mendengar budak yang duduk bersebelahan aku tadi menjerit.

Sebenarnya semua terjadi tanpa dirancang. Aku kebetulan memang duduk di bangku pelajar dan terlambat bangun apabila pelajar mula mengisi tempat. Oleh kerana aku malas nak meminta laluan keluar, aku duduk saja disitu sehingga tamat sesi. Pelajar-pelajar senior tahu siapa aku, dan tanpa dirancang juga mereka seolah-olah ikut dengan sandiwara tanpa dirancang ini. Pelajar senior yang menegur aku itu adalah bekas pelajar aku, dan kami memang mesra. Jadi tanpa dirancang, dia juga turut bersandiwara. Kesian kat budak-budak yang duk sebelah aku tu, depa ingat aku student baru juga hehehe.

Tapi, budak-budak tu, aku tak ingat muka depa selepas itu, dan aku rasa aku tidak mengajar mereka, kalau tidak sudah pasti peristiwa itu menjadi bahan ketawa aku di dalam bilik kuliah.

Sekarang ni, tak da masa langsung nak berlawak jenaka dalam kelas. Dari saat pertama sampai saat terakhir semuanya subject matters. Bila imbau balik kenangan mengajar budak2 matrikulasi memang lebih fun dari mengajar budak degree.

Tuesday, July 13, 2010

Tempted But....

Sekarang ni aku tengah tunggu Izzah dan Misha habis kelas piano masing-masing. Dah lama aku tak masuk music school Izzah dan duduk tunggu. Macam-macam bunyi yang aku dengar tapi semuanya merdu dan menenangkan.

Dulu aku yang teringin nak belajar main alat musik. Akulah yang pertama sekali beli alat musik dan instrumen yang aku beli adalah gitar. Tapi semua itu hanya tinggal kenangan. Nak belajar masa tu kelasnya jauh juga dari rumah. Dan waktunya pula tidak menyebelahi aku kerana clash dengan waktu Izzah tuisyen.

Kemudian aku beli keyboard. Tapi itu pun sekadar meniru notes yang siap di program dalam keyboard. Akhirnya Izzah pula yang menunjukkan minat dalam musik. Dia belajar violin terlebih dahulu sebelum enroll dalam piano. Sekarang dia telah gugurkan violin dan hanya fokus pada piano.

Terfikir aku, kalau aku ada duit dan aku ada masa kenapa tidak aku teruskan minat dan keinginan aku belajar main satu instrumen musik? Kenapa tidak aku belajar main gitar?

Adakah wanita seusia aku yang dah lewat 30 tahun tidak boleh bermain gitar? Untuk knowledge dan fun semata-mata?

Aku tahu mungkin orang lain kata dari bazirkan duit kat main gitar tu why not habiskan duit belajar betulkan bacaan Al-Quran. Memang boleh tapi hati ini idaklah terdetik lagi kearah situ. Mungkin satu hari. Am I bad because choosing guitar over kelas bacaan Al-Quran?

Hmm depa ni lak tengah main lagu Unchained Melody using piano and violin...nice. Really macam nak mempengaruhi aku untuk belajar musik. Entahlah, tapi aku ni memang really appreciate music. Aku selalu kagum dengan orang yang boleh bermain musik. Kagum kerana kesungguhan dia belajar pelbagai ilmu bukan kagum sampai tak de kerja lain sampai nak paksa anak aku jadi ahli musik pulak. Bak kata Nyonya Mansor..."pantang ketrunan aku ahlil muzikk". Aku kagum pada orang yang mempunyai bakat tapi dalam masa yang sama dia pelihara pelajarannya.

Anyway, kepada anak-anak yang sedang belajar muzik, keep it up. You did great!

Thursday, July 8, 2010

I am not a bright Kid

Yah it is true.

I was born as a child yang nakal-nakal gitu. Oleh sebab mak aku seorang guru agama, jadi kecil-kecil sebelum tadika aku memang dah ke sekolah agama. Tapi aku ni amatlah mendukacitakan mak dan ayah aku sebab aku more interested bermain-main police & thief dan sorok-sorok secara profesional.

Dulu, we as a kid we have a great opportunity to have fun as a kid. Masa tu aku tinggal di kawasan perumahan rumah murah dan ramailah angkatan-angkatan anak-anak dalam lingkungan sebaya yang secara otomatiknya menubuhkan kelab tersendiri.

Dari pagi sampai ke senja, kije aku adalah mencipta permainan dan menggalakkan keaktifan kelab untuk terus bermain dan bermain sehingga mendapat lebam sana sini di badan di cubit oleh emak masing-masing.

Part paling aku maha tak sukanya apabila lepas maghrib aku kena bersila (ye aku mana suka bersimpuh) depan mak mengaji Muqaddam. Right, buku yang aku sukar nak khatam. Mak aku ni dia punya tahap kesabaran ajar anak orang memang bagus tapi ajar anak sendiri memang hancus, jadi gerentilah lebam lagi peha aku kena cubit sampai pernahlah kena das tampar kena bibir. Tu dia mak dulu-dulu memang wrestlemania. Kita mana ada berani nak angkat muka kat mak kita masa dulu, tapi budak sekarang dia bukan angkat muka je tapi terus angkat semua termasuk kaki belah terus itu pun hanya kalau di potpet potpet je. Kalau kena macam aku, mau kena saman kalau tak pun kena bom C4 agaknya ye.

Jadi tahap pembelajaran aku masa sekitar umur bawah 10 tahun tu aku memang teramat le lembabnya. Memalukan ajo hahaha. Kalau nak kata sebab pemakanan, korang nak tahu, mak aku tu jaga makan dengan amat baik sekali, tak de nya aku dibenarkan sama sekali membaham chekedes dan makanan yang sewaktu dengannya. Tahu dek mak aku sembunyi-sembunyi beli dan makan, birat lagilah badan aku ni.

Mungkin aku hyperaktif kot, entahlah tapi seingat aku masa aku kecil dulu aku memang tak reti duk diam. Aktiviti lasak adalah kegemaran aku. Dan seperti biasalah aku idaklah popular malah lagi ditolak tepi sebab kije aku hanyalah melasakkan diri. Tapi yang peliknya pelajaran di sekolah rendah awam boleh pula aku mencapai top 10 pelajar terbaik, tapi idaklah dalam bidang agama. Memang tak boleh jadi ustazah macam mak aku kot.

Bila usia sudah mencecah 10 tahun, aku lagi sangat aktif dalam sukan sampaikan kalau nak wakil sekolah tu, orang pertama yang cikgu cari adalah aku sampailah nak wakil main catur yang haram jadah aku tak reti nak main pun aku jugak yang wakil sekolah, pelik tapi benar. Masa ni pula aku dah dinobat sebagai pengawas sekolah. But again, because character aku yang lasak, diberi pangkat ni memang kesukaan aku. Pada tahun inilah baru aku perasan aku sudah boleh membaca Al-Quran dan pada tahun itu juga aku khatam. Lagi, pelik dan benar. Tapi apa-apa pun, semuanya kerana mak aku, sebab dia sentiasa menanti dengan sebilah rotan kalau aku gagal baik dalam pelajaran sekolah mahupun baca Quran. Oh ya, aku masih ingat lagi satu peristiwa abang aku ngadu kat mak aku sebab dia punya la tidak gemar melihat aku bermain bola sepak dengan budak lelaki. Aku rasalah kalau zaman tu ada futsal, aku gerenti aku boleh jadi pemain terbaik.

Masa di sekolah menengah, aku ni pelajar sedang-sedang aja. Sekali lagi aku memang minat bersukan dan kali ni aku main softball. Kira ni permainan baru bagi aku lah. Tapi oleh kerana minat aku, aku sanggup berada di padang pagi petang dan menghitamkan kulit lagi mensasakan badan macam jantan. Masa ni kawan-kawan dah start bercintan cintun tapi aku tak ada siapa pun, maklumlah sapa nak kawan ngan pompuan yang legam lagi tough ini. Tapi yang bestnya, walaupun aku kat padang macam padang tu lah dunia aku, pelajaran kat sekolah aku masih maintain 10 pelajar terbaik. Tapi bagi aku idaklah hebat mana sebab sekolah aku sekolah kampung, rata-ratanya sama bodoh je macam aku hahaha.

Tapikan lagi sekali mak dan ayah aku tak benarkan aku wakil sekolah atas alasan nak ambik SRP. Masa ni aku sudah diarahkan ke pusat tusyen di KL naik bas awam. Masa ini jugalah start zaman aku bercinta ungka. Masa ni baru aku nampak sikit perubahan tahap keintelektual aku terutamanya subjek matematik. Baru buka sekolah, aku dah habis buat buku kerja. Satu buku kerja, padahal baru belajar bab 1. Jadi lepas tu bermulalah tugas tambahan aku membantu cikgu mengajar kawan-kawan yang agak kurang kefahaman. Masa time periksa, kertas jawapan aku berjalan sampai ke depan kelas padahal aku duduk belakang sekali. Macamana depa boleh pas tiru-tiru aku pun tak tahu, tapi biasalahkan kita zaman sekolah dulu masih berpegang wa tolong lu, lu tolong gua.

Well, aku idaklah score baik dalam SRP. Kalu penilaian darjah lima (now so call UPSR la) lagi haram. Masa Izzah, anak aku ambik UPSR tahun lepas, aku dengan konfidennya kata i was a bright kid always score A padahal haram nyahhh. Kalau Izzah tahu ni mana aku nak letak muka? Sampai sekarang dia tak tahu hal sebenarnya. ha ha ha syhhhh.

Tapi aku dapat masuk kelas sains. Kira bangga semacamlah kan kalau masuk kelas sains. Tambahan pula kat sekolah aku tu satu je kelas sains nyer, dan secara tak langsung satu je la kelas dak-dak yang perasan pandai. Tapi tahap kenakalan aku ni memang susah dibendung. Pernahlah kena tangkap dan dipanggil dan didenda depan perhimpunan sebab aku meletupkan mercun di sekolah. Lepas tu memang aku attack cari pengawas yang wat laporan tu...masing-masing menikus tak berani nak ngaku. Apa taknya, taiko sekolah. Dengan geng yang satu kepala, kira macam baguslah kan. Pakai kasut sekolah pun jenis yang high cut punya. Tak ke ganas? Asal cikgu tak masuk kelas je kami panjat pagar sekolah menyelinap masuk kat ladang getah pergi pekan. Tahu dek mak aku memang bukan birat je, aku rasa arwah aku jadinya. Nasib baik aku pandai cover. Tu belum lagi mak aku tahu benda-benda tak snonoh yang aku buat macam gi berchenta kat bas stop, pergi ronda-ronda sampai Pertama Komplek padahal kata kat mak, aku ada kelas tuisyen.

Tapi yang peliknya cikgu kelas aku (Puan Phuah, eventhough u garang but i muah you lah), habaq kat ayah aku yang aku okay, tapi cuma banyak bercerita dalam kelas dan kalau aku bercerita semua kawan-kawan aku pakat duduk berkumpul dengar. Dah macam tukang karut lah pulak aku ni.

Tak tahulah kenapa, mungkin berkat mak aku jaga makan aku, jangan makan benda bukan-bukan, masa SPM tu aku dapat jugalah pangkat 1. Dalam geng aku, hanya aku je yang dapat pangkat 1. Jadi bermulalah zaman aku berpisah dengan geng aku. Aku dapat masuk UTM. Masa ni kan, aku berjinak balik dengan pelajaran agama. Masa ni lah kira aku transform dari pompuan yang ganas kepada muslimah yang sopan. Tapikan masa nilah aku rasa tahap pelajaran aku tahap cipan, aku rasa macam nak kena buang je sebab haram kejadahnya aku nak faham dan score subjek. Pstt...masa ni masih menghubungi kekasih lama wakakaka

Tapikan Allah swt tu sayang kat aku, sebelum takdir menunjukkan aku mungkin kena buang universiti atau ulang semester (aku agaklah, masa tu baru 2 bulan je mendaftar, tapi progress aku macam tenuk), datang lak tawaran untuk aku lanjutkan pelajaran buat American Associate Degree selama dua tahun, dan dua tahun terakhir ke USA. Tapi sebelum tu aku kena buat intensif Bahasa Inggeris dan Mathematic sebab aku punya BI masa SPM tu dengan berbangganya aku katakan credit 6..... ha ha ha.... malu tak?

to cut the story short, camtulah diri aku. Aku bukan dilahirkan sebagai kanak-kanak yang pintar. Aku punya pelajaran banyaklah turun naik nyer, mostly nyer mendatar je lah. Now sekarang bila aku nak wat ph.D orang kata aku pandailah apalah. Tapi sini aku nak menegaskan, aku idaklah macam tu. Ni pun nak tahu camner nak buat cadangan penyelidikan saja pun boleh ambil masa 5 tahun untuk aku memahaminya. Jadi, aku tahu bukan senang apa yang aku akan tempuhi. Cuma aku harap aku masih dikurniakan semangat juang yang tinggi oleh Allah swt.

Memories of My Internet Usage

Kali pertama aku menggunakan internet dalam sekitar tahun 1993 semasa aku menuntut di States. Masa aku sampai tu pun belum ada browser hangat-hangat macam sekarang ni. Jadi mostly nya semua pakat-pakat online IRC je. Masa tu kenalan-kenalan hanyalah budak-budak Malaysia yang belajar di seantaro dunia.

Dulu pada mula, aku heran juga, amendalah kawan-kawan ni duk pakat stay lama-lama kat makmal komputer. Lepas tu asalkan balik rumah je bersidai lama-lama dengan talifon pulak. Kira online jugak la tu kan. Sehinggalah bila aku tahu mende ni boleh cari ramai kawan jadi tak adalah life yang so call lonely kat sana tu ditempuhi sorang-sorang.

Maka dengan itu, matlamat aku nak tumpu belajar juga telah terbahagi dengan matlamat untuk mencari kawan-kawan dalam IRC. Masa time aku dulu tu oleh kerana majoriti budak-budak Malaysia yang study abroad, jadi keinnocentnannya tu agak boleh dipercayailah. Not that we trust their kebaikan sebab mostlynya jantan-jantan yang aku jumpa dalam IRC ni dia berjiwa dua alam. Not that dua alam tangan terpatah tu, cuma sometimes bila kita bercakap dengan depa, kata-kata dalam IRC cukuplah ganaz tahap jerung dengan segala kata-kata lucah yang kalau di sensor, lebih banyak dengar bunyi 'TUT' dari dengar bunyi perkataan. But to tell the truth, depa ni jumpa kat luar, aku rasa pijak semut pun tak mati. Jalan siap tundukkan pandangan pun ada hahahar.

Majoriti us, female, suka cari kawan male and vice versa la. The best result yang we can gained from using those IRC ialah dapat mencari port-port melepak kalau nak pergi vacation. Disamping aku dan kawan-kawan menghabiskan beras, lektrik dan air kat rumah kawan-kawan yang kami kenal dari IRC kami juga menjadi host para musafir yang ingin melihat ceruk rantau bandar yang kami tinggal. Bandar ke?

To think of it, aku suka keadaan dulu. You are abroad but yet you feel so close to each other (semalaya lah kunun). But biasalahkan, tak kisahlah korang duk umah lelaki ke kat situ as long pandai-pandailah bawa diri err body. Tak de nya nak wat mende tak snonoh kat sana tu.

So masa tu memang aku mulalah belajar segala codes yang memudahkan perbualan. Alah smiley codes tu...dulu setakat :D atau ;D dan yang biasa-biasa tu lah. Kira dah diterima dan diluluskan SIRIM sejak zaman peradabanlah. So mende-mende ni semua dah dikira macam formal codes yang everybody should know and understand.

so fast forward to new century......zzzezztttt

Satu kejadian yang aku tak boleh lupa berinteraksi dengan kekasih lama apabila aku menggunakan code :P ke :D ke, asalkan aku tulis camtu mesti tak dapat response apa-apa. sehingga aku terperasan adakah dia memahami maksud tersebut? lantas aku tanya:

aku: bang, tau ke maksud :P tu?
dia: tahu

ceh confident kan...

aku: apa maksudnya?
dia: ohh maksud dia pergi, pergi camtu la....

apakah? adakah ini gurauan tenuk untuk ku dihari itu?

so adakah:
:D = datang

mampus aku...... i hope he didn't think LOL as TOLOL!

Life with No TV


Asalkan ada game bola yang aku tak mau miss, kenalah aku usung diri aku, anak-anak aku balik rumah mak aku kat Cheras. Kalau bermalam sampai dua malam, anak-anak jantan aku kenalah usung sekali. Alvin pasti seronok betul sebab masa inilah dia berkesempatan menikmati keindahan alam dan kebebasan melawat kawan-kawan lama. Kalau bawa depa ni memang penuhlah kereta aku sebab barang-barang depa je mengalahkan barang-barang Izzah dan aku.

Rumah aku tak ada TV. Apatah lagi astro mahupun antenna TV. Kalau orang dengar aku cakap aku tak ada TV orang mesti ingat aku ni sengkek kalau tak pun memang weird dah tahap boleh duduk bersama Ben Laden di dalam gua. Silap-silap Ben Laden pun ada satellite TV dalam gua dia tu.

Bila duk tercongok depan TV pagi-pagi buta rabun ayam ni, sekurang-kurangnya rumah mak aku ni banyak leh pilih TV. Dari Plasma 50", LCD 32" sampai le TV lama yang macam-macam style, padahal duk dua orang jugak kat umah ni. Kira hebat lagi le mak aku nyer home entertainment kan.

Aku bukan apa, kalau tak pasal world cup, memang tak heran aku ngan TV mahupun astro ni. Setakat HBO, starmovie dan cinemax tu, sebelum cite boxoffice keluar main kat channel tu, semua cite tu aku dah tengok. Nak layan telenova dan cerita sambung menyambung sampai dah rasa tak ada life sebab nak asyik tunggu sambungan cite tu je, minta maaplah aku nak layan.

Aku hanya menonton bila aku rasa aku ingin menonton. Dan aku menonton dengan sistem yang boleh memberi aku kepuasan. Quality is everything to me. I'm not looking for quantity. Jadi tak kisah aku hidup tanpa TV.

p/s kadang-kadang teringin gak nak sambar satu letak dalam bilik aku untuk melayan malam-malam yang bohsan hahaha

Wednesday, July 7, 2010

This is so dangerous

Aku kurang sihat hari ni. Tekak sakit, batuk dah mula datang sekali sekala, semua sendi sakit sampai nak bengkokkan lutut pun tak bermaya. Demam tak ada cuma terasa agak kurang sihat. Kadangkala batuk keluarkan lendir sekali dengan darah. Mungkin ada luka di salur pernafasan sebab dari semalam aku asyik muntah. Dada terasa agak sakit.

Tapi pergi juga ke opis sebab rasanya boleh abaikan segala ini, lagipun ada kerja penting tak siap lagi. Jangan dilayan sakit itu lagi dilayan lagi tak sihat dibuatnya.

Tapi yang malangnya, seseorang telah provoke aku hari ini sehingga menyebabkan darahku seolah-olah terasa mendidih. Yang tak boleh aku lupakan, aku boleh rasa jantung aku berdegup kencang umpama baru berlari lepas kena kejar hantu. Getaran sungguh kuat sehinggakan aku boleh dengar dan tanganku mula menggeletar.

Oh My God! this is too bad. Beristighfar aku sambil praktikkan apa yang telah aku pelajari. Kawal pernafasan dan aliran darah, kawal dengupan jantung dan perlahankannya. Alhamdulillah ianya berhasil. Syukur aku masih boleh mengawalnya.

Tapi keadaan ini membuatkan aku kena berhati-hati. Aku kurang sihat sekarang ni dan dah lah aku skip lunch, apa yang berlaku aku kena hati-hati supaya kesihatan aku tak bertambah buruk. Aku tak perlukan ini semua. Jadi aku nekad mulai saat ini sekiranya ada apa-apa yang membuatkan aku marah, aku akan abaikan saja tolak mentah-mentah. Hidup aku terlalu berharga untuk melayan perkara-perkara yang boleh merosakkan kesihatan aku.

Apa-apa pun aku tetap akan setia menyokong pasukan aku malam ini hahahaha

Thursday, July 1, 2010

New Family Member is Here. Welcome Yamashita Shiro

Akhirnya dapat gak ambil gambar Shiro

28 Jun 2010. Shiro akhirnya berhijrah ke rumah aku. So sekarang ni, aku selaku Mom and Dad, Izzah, Alvin dan Shiro dalam satu rumah.

Yamashita Shiro, DLH breed, warna putih, mata sebelah biru sebelah kuning merupakan anak kucing jantan aku terkini. Namanya diberikan oleh Izzah, Shiro bermaksud putih, Yamashita tu entahlah aku bukannya pandai bahasa jepun, tapi tak salah Izzah kata something about the mountain lah. Aku dah lupa apa dia kata. Izzah memang asyik dengan artis jepun nya dan tak salah aku, itu pun sempena nama artis kegemaran dia "Yamapi". Shiro ini dihadiahkan oleh adik aku. Tq Ayie!

Masalahnya, aku tak sangka Alvin sebegini cemburu. Alvin enggan menerima kehadiran Shiro. Shiro pula oleh kerana tahu Alvin ada dalam rumah, maka kebanyakkan masanya dihabiskan bawah katil aku. Sampai bersihlah bawah katil aku ni sebab shiro dah lap dengan bulu dia yang tebal tu. Bulu dia dah kekuningan dah, nak kena mandilah tu. Nantilah sebab Shiro baru dapat suntikan, selalu kucing perlukan sedikit masa antara hari suntikan dengan waktu dia perlu dimandikan. Agaknyalah, itu yang diberitahu semasa aku bawa Benji untuk suntikan masa dulu-dulu.

Alvin sekarang sudah mengelak untuk masuk ke dalam bilik aku. Cuma duduk di tingkat bawah rumah. Aku agak risau Alvin menghuni di tingkat bawah sebab abiliti dia menggaru sofa aku. Sofa aku dah berbulu kena garu dengan Alvin....adoiiii. Silap haribulan kan adalah aku tampal tepi sofa aku dengan plaster kain. Aku sanggup buat camtu dari tengok sofa aku koyak....uwaaaaaaa

Masa saja yang akan membuatkan depa berdua ini berkawan. Sebelum tu memang penat sikit lah aku dibuatnya sebab aku terpaksa menyediakan makanan, minuman dan cat litter yang berasingan untuk depa. Mengemas setiap hari pun dah jadi dua tugasan untuk aku. Apo nak buekk... memang aku suko kucing.

p/s Gambar Shiro masih belum dapat ambil sebab dia masih belum bersedia. Aku sentiasa membayangkan kalau aku boleh letak Alvin dan Shiro sebelah menyebelah untuk di ambil gambar. Abang yang sangat besar disebelah adik yang sangat kecil. hehehehe

Wednesday, June 30, 2010

Break Up

People need to accept the fact that even though i was divorced, my relationship with my ex is still good. We are a best friend and we agreed to each other that we are still as a family because of our daughter.

Aku tak retilah bermusuhan ni. Yang sudah, sudahlah. Lagipun aku terima alasan my ex atas penceraian ini. Lepas tu kami masih baik. Seriously, i really do not know how to hate people. Ignore can, but to have hate, it's very hard for me especially to live with it.

Jadi kalau orang lain tanya apa perasaan aku kat dia, aku terus terang je kata aku sayang kat dia selamanya. Tapi aku ada sebab kenapa aku kata macam tu.

Hidup dengan seseorang tambahan pula sebagai suami isteri, kita tahu macamana pasangan kita pada kita. Terus terang aku katakan, my ex have earned my respect. Dia seorang yang sangat-sangat baik, the one that i proud to have. Jadi kalau aku nilaikan segalanya, alasan penceraian itu adalah terlalu kecil untuk membuatkan aku membencinya.

Kita selalu memberi tanggapan bahawa sekeping kain putih yang mempunyai titik hitam di tengah-tengahnya, titik hitam itu lagi menonjol dari sekeping kain putih itu. Tapi tidak aku. Kalau titik hitam itu kecil, kenapa kita perlu ambil ia sebagai keseluruhannya? Kalau kita bersifat begitu, maksudnya tiada ruang kemaafan dalam diri kita ini.

Itu yang berlaku antara aku dengan my ex. Aku baik dengan dia. Aku masih menghormati dia dan menyayangi dia. Atas seorang sahabat dan ahli keluarga kerana dia bapa kepada anak ku.

Sebab itu jangan terkejut kalau aku keluar dengannya kalau dia berada di Malaysia sebagai sebuah keluarga. We talk, we laugh and we have fun the three of us. I even can talk to him about all my new so call relationship with other man. Tak ada pula dia nak tunjuk cemburu bagi kata-kata yang merosakkan hubungan aku dengan orang lain. Malah dia sentiasa memberi nasihat supaya aku bahagia selamanya.

Yang peliknya, the other guys pula yang tak boleh terima hakikat bahawa aku memang baik dengan dia.

Adalah tidak adil sekiranya aku meninggalkannya kerana teman yang masih belum bergelar suami aku. Aku dah sentiasa jelaskan apa yang aku lakukan ini tak lain semata-mata kerana DESERVED/LAYAK. Dia layak mendapat penghormatan dan kasih sayang aku kerana dia telah memberi segalanya yang menurut aku cukup untuk aku nobatkan dia sebagai seorang yang baik. Jadi, walau macamana tanggapan orang lain pun, aku tetap dengan sudut pandangan aku sendiri.

Cuma satu saja aku nak ingatkan, when you earned a respect, walau apa pun berlaku, susah respect tu hilang sebab you have earned it. Put yourself dalam keadaan ini, do you want you to be disrespect only because of a small black dot, padahal there are lots of white dots yang you dah buat?

dan kepada bakal suami aku (ceh wah macam ada)... kalau ada.... if korang juga earned a respect, earned a love from me, insyaAllah, apa pun berlaku, you deserved it. So jangan cemburu but learn from it.

Everything will be adjusted when i get married again (insyaAllah), tapi sebelum masa tu sampai, cubalah belajar terima hakikat dulu sebab aku tak akan adjust seolah-olah aku telah berkahwin lain sebab I really am not...not at this time.

Monday, June 21, 2010

All about Alvin

Alvin, kucing kesayangan aku pengarang hatiku. Sentiasa meneman dan melayan aku dengan caranya. Masa dia kecil, dia memang hanya manja dengan aku saja. Kalau bawa tidur, dia akan tidur ikut suka dia saja. Masa dia kecil pernah dia tidur atas dahi aku, celah leher aku. Tapi bila dah besar ni, tak kan selonggok dia hempap dahi aku kan. Jadi bila dah besar ni dia tetap tidur sama cuma dia suka memegang aku. Tangan depan dia akan menyentuh lengan aku, malah kadang2 sebelum tidur dia akan pegang pipi aku. Betapa sayangnya dia kat aku kan. Kebelakangan ini dia sudah mula suka menjilat dahi aku, tangan aku. Tapi jilat dahi ni tak tahan ni, sakit siut. lidah dia kasar...hahaha lepas tu aku suka tolak dia sambil kata "busuklah Alvinn...gi gosok gigi duluuu".
Tapi semalam aku marah betul dengan Alvin sebab aku baru perasan dia telah menganggap sofa seksi aku tu sebagai tempat dia menggaru! Arghhhh berbulu kaki sofa aku....adehhhh bila aku letak meja tepi tu dia beralih ke kaki lagi satu...ALVINNNN!!!!!
Bukan aku tak beli mainan untuk dia garu. Mahal aku beli, tapi dia buat main tikus tu je. Lagi satu, jam 3 pagi adalah waktu kegemaran dia bermain-main. Permainan yang dia suka main ialah menjatuhkan barang-barang aku dari atas meja/almari ke bawah. Bangun pagi-pagi banyaklah barang aku kat atas lantai, segala remote control, jam tangan, kunci, bedak aku, segalalah yang dia rasa nak campak, dia buatlah...sabar je lah!
Alvin kucing penakut. Kalau kawan-kawan aku datang bertandang atau tidur rumah, dia akan hilanglah menyorok bawah katil aku. Satu ketika dia hilang masa kawan aku bertandang tidur rumah dan aku jumpa dia dibelakang tandas bilik air bawah. Rupa macam menyorok, tapi mana nak sorok punggung dia yang besar itu? hahahaha
Semalam, sebelum aku keluar rumah untuk sarapan pagi, aku sidai pakaian dah siap dibasuh dibelakang rumah. Lepas tu aku kunci pintu dan keluar. Siap pergi Tesco untuk beli barang-barang keperluan dapur. Balik aku masak lauk ayam. Tengah aku memotong ayam aku dengar suara kucing dibelakang rumah. Aku ingat Alvin, rupanya kucing berwarna kuning yang mengeow. Laparlah tu. Aku bagi sedikit ayam padanya. Aku pun dah panggil Izzah suruh ambil Alvin diatas. Nak tunjuk kawanlah kononnya. sekali rupanya Alvin tiada! Ahh sudah...mana pula anak jantan aku ni. Aku tak puas hati, aku sendiri pergi cari sebab kadang-kadang Alvin ni jaki sikit ngan Izzah tambah sejak Izzah yang selalu kurung dia dalam catbasket untuk dibawa ke rumah nenek.
Memang Alvin tak ada. Cepat-cepat aku recall balik last sekali aku jumpa dia di mana. Aku dah panggil-panggil kat luar rumah, dan akhirnya aku teringat aku ada sidai baju sebelum keluar rumah pagi tadi. Terus aku meluru ke belakang rumah sampai ke tangga belakang rumah. Panggil-panggil nama Alvin, barulah nampak dia hulurkan kepala dari bawah tangga dengan suara perlahan. Adoiii...Alvin sudah terkurung di luar rumah hahahaha. Berlari dia dengan kaki ala-ala pendek masuk ke rumah. Aku tahan dulu, basuh kaki dan lap badan dulu ooo sebelum masuk. sapa suh main kat luar. Aku tunjuk Alvin kat kucing kuning tu, punya le menyeringai dia...penakut betul si Alvin ni. Lepas tu perut dia turun naik dengan cepat...takutlah tu.
Padan muka...balasan sebab garu aku nyer sofa!

Saturday, June 12, 2010

Perfume Darurat

Perfume aku dah habis daaaa....

Yang tinggal cuma Issey Miyake Summer Fragrance je yang aku kurengg suke bau nyer. Lain kali kalau nak beli Issey Miyake beli yang biasa punya, yang ni best.


lain kali nak beli Issey Miyake beli yang ni.


Apa-apa pun Kenzo Flower tetap menjadi pojaan kulitku. Bau Kenzo Flower memang cocok ngan aku.

me love Kenzo Flower so much maaaa


Aku ni memang kena pakai perfume juga deodorant sebab biasalah orang badan spesis russian tapi duk kat iklim berbau ni, memang parahlah kalau kebersihan dan kewangian diri tak jaga. Sanggup tu aku tibai deodorant dan perfume Bvlgari adik aku kalau aku terlupa bawak aku punya. Bau lelaki pun bau lelakilah....asalkan jangan bau ketiak hahahaha

Wednesday, June 9, 2010

Current HT Cost

Ok, sebelum tu aku nak menegaskan, aku bukannya riak nak tunjuk2 tentang kos pembelian set home theatre aku ni. Ni lah benda yang aku minat sekarang ni, jadi aku selalu check tentang ia. Dan lagipun, aku ni jenis pelupa, adakalanya aku kena semak balik kos yang aku dah keluarkan ini untuk rujukan aku. Bloglah tempat paling mudah aku nak letak benda yang aku nak ingat sebab aku boleh access bila aku perlu.

Jadi, kalau tak suka, silalah skip aku punya post ini. Ini untuk aku dan untuk peminat2 AV macam aku.

Amplifier:
Marantz SR5003 RM2700
Nakamichi RM1280

Front Speakers:
PSB T45 RM2400
NHT Classic 2 RM2100

Center Speaker:
Dali IKON RM2350

Rear speaker:
Pioneer RM300

Subwoofer:
Velodyne CHT-10R RM2000

Visual:
Projector: Optoma HD65 RM3800
+ replacement bulb (blow at ~1500 hours) RM900
Draper RM800

Player:
Blu Ray: PS3 RM1380
DVD: 2 Pioneer DVD Player RM1000
: Samsung DVD Karaoke RM299
CD: Marantz CD5003 RM999
Media: Dvico Tvix M6600A with 1TB hdd RM1450
Wdtv with 1TB hdd RM730

Cables Audio Quest for most components RM1500
AV Cabinet RM1000

Sekarang terasa nak beli satu LCD sebab rumah aku tak ada TV. Astro apatah lagi. Tapi fikir-fikir lagi sebab aku ni jenis tak tengok stesyen TV, nanti membazir. Yang membuat aku terasa sangat nak beli pun sebab World Cup 2010 je. Nanti tak dapat nak tengok boipren2 aku beraksi di padang sambil aku menyumpah-nyumpah setiap kali boipren2 aku tu gagal menjaringkan gol hahahaha.

tengoklah masa aku, kalau busy, baik tak payah...kang buat perhiasan je la pulak.

Budaya Membaca

Benda ni sebenarnya secara tak langsung diborakkan dalam wall facebook aku. Tapi aku terpanggil pula untuk menulis mengenai perkara ini.

8 buah buku secara purata di baca setahun oleh setiap orang di Malaysia ini. Bayangkan kita ada lapan buah buku dan nak baca kesemuanya kena tunggu sampai satu tahun baru habis. Kalau akulah kan...kalau buku tu aku tak baca sekarang, sampai bila-bila pun susah aku nak habis baca.
Tapi itulah yang terjadi kat aku ni. Bulan lepas aku beli dua buah buku. Bukan buku yang heavy pun, cuma buku novel tulisan nicholas sparks je. Izzah beli 8 buah buku. Dia dah habis kesemua buku tak sampai dua minggu, aku pun habis juga...tapi baru habis first page....hahahahar.
Aku rasalah...pembudayaan membaca perlu dipupuk pada diri masing-masing. Serupa juga dengan baca Quran kan, kalau tak dijadikan budaya jiwa, jangan haraplah nak baca setiap hari. Setakat sembahyang 5 waktu tu je la...tu pun belum tentu cukup.

My 30000 KM services

Pagi-pagi aku uruskan dulu breakfast Izzah. Suruh ke rumah nenek tak mahu. Sanggup duduk sendirian di rumah.

Sampai di Honda Service Centre dengan tersipu-sipu macho aku minta skip service 25000 KM sebab milage aku dah cecah 30000 KM. Alhamdulillah service kali ni tak mahal sangat cuma RM365 saja. Last aku service kena RM620, koyak dompet aku.

Jadi sekarang ni aku melepak kat old town white coffee duk tunggu sms mengatakan kereta dah siap dan boleh di ambil.
Pastu dotdotdot datang ngan anak saudaranya, apalagi...sempat shopping kat tesco xtra sementara tunggu kereta aku siap. Ambik gak le kesempatan gi hantar ke rumah kakak dia kat semenyih sebelum aku shoot ke opis kerana ada date ngan big boss waktu tengahari....hehehehe
Lepas tu kan aku tengok le kerja2 yang depa buat...kali ni aku ada suruh buat balancing dan alignment...bukan ke kena tukar kedudukan tayar bagi balance? aku agaklah...aku ni buta mechanical. Aku memang perasan tayar depan belah driver tu botak kat luar (kes tak reti nak pam tayar hahahaha)...bila dah siap, kedudukan tayar tu masih kat situ...hmmm apakah?
ntah le...hopefully after sales and services tak le teruk sehingga menjejaskan reputasi Honda. Jangan sampai orang kata Honda Hampeh!

Saturday, May 15, 2010

Isi Perut Kawai

Inilah kali pertama piano Izzah dibogelkan. Akhirnya khidmat tuning dapat juga dijalankan pada minggu lepas. Bayaran kos tuning RM80 yang harus dibayar kepada music school. Sorry, aku publish kos ni untuk rujukan masa depan aku.

Orang yang nak tuning ni gi bilik air, tu yang sempat ambik gambar ni


Menakjubkan...bagi aku lah...biasalah, aku sentiasa menghargai sesuatu ciptaan. Fantastik.


Up close and personal

Thursday, May 13, 2010

Blu Ray on my list

Okay...kesian kat peminat-peminat AV dan blu ray yang ikut blog aku ni. Maaflah ye, kebelakangan ni banyak nah melekat isu-isu peribadi.

Lama dah aku tak beli bluray, tapi nasib baik adik aku dah menceburi minat yang sama, jadi dia ada gak beli, dan aku lak menumpang pinjam bluray nya. Tapi kali ni giliran aku lak yang beli.

Okay...untuk hangpa yang sealam dengan minatku, ini antara koleksi blu ray yang akan aku beli di amazon.com.

Yanni Live!: The Concert Event

Ini blu ray yang pertama untuk peminat-peminat Yanni. Oleh kerana aku terlalu obsessed dengan Yanni sampai satu masa nama aku dah jadi Yannira dah hahaha....jadi harus aku membeli blu ray ini. Tapi kalau tengok tracklist dia:

1. Creating
2. Standing in Motion
3. Rainmaker
4. Keys to Imagination
5. Enchantment
6. On Sacred Ground
7. Playtime
8. Until the Last Moment
9. If I Could Tell You
10. For All Seasons
11. The Storm
12. Prelude
13. Nostalgia
14. World Dance

Tak banyak musik seperti dalam album Live at Acropolis. Tapi because of Yanni.... mesti nak dapatkan koleksi ni. Aku tetap mengagumi rambutmu Yanni..... muahhhh

Elton John: Live at Madison Square Garden

Jangan kau tanya cik Princesszymah kenapa akak beli lagu mamat gay ni.
Elton John, walaupun kau gay tapi itu tidak menafikan bahawa lagu-lagu kau amat mengasyikan. Listing lagu-lagu dalam ni banyak...jadi tak yahlah list sini, yang pastinya....aku suke!!!

Lately ni, aku memang suka beli blu ray concert, sebab selalunya bluray concert ni yang aku akan mainkan banyak kali. sambil masak pun boleh layan. Sukahati aku le....bil lektrik aku yang bayar hahahaha.... tapi kalau hangpa nak datang dengar dan appreciate the music...silakan...lektrik, tetap den jugak yang bayar.


Avatar

Yang ni permintaan adik aku. Sama ada dia bayar ataupun aku bayar, tengok budgetlah. Tapi Avatar ni aku rasa malas nak tengok cuma sebab planet pendora tu tersangatlah indahnya, kena gak lah buat koleksikan...nanti tak leh kata " I see you!"


Armageddon

Ye, yang ini memang dah lama tunggu. Suka sangat masa perjalanan ke bulan tu. Harus tengok dengan blu ray. Tak sabau nyer nak tengok balik.

Okay, kalau hangpa tertanya-tanya kenapa aku tak beli Lord of the Ring, ni sebabnya:
"Theatrical release" maaaa...... I want Director Cut Maaaaa.....
Gamaknya kena tunggu the Hobbit keluarlah baru nak keluar director copy kot..... hope so.

Wednesday, May 12, 2010

Routine and Desire : Reality Checked

Vitamins dan supplements dah makan untuk kesihatan masa tua........ checked!






Kasut pun dah beli untuk memulakan aktiviti perpeluhan yang sihat........ checked!






Exercise machine juga sudah memanggil-manggil aku untuk digunakan.................checked!






Tapi kenapa......kenapa katilku jua yang lebih menarik perhatianku.........






Dahlah korang...tidur lagi best...............double checked!


Aku tahu Princessvanilla pun suke camni...tak gitu Zai????

Tuesday, May 11, 2010

Gaduh...gaduh


Fight babehh.... lady powerrr

Tak tahulah kenapa hari ni aku gaduh je sepanjang hari...

nak kata aku period...check...tak de la pulokk wakakaka

Yang pertama, aku gaduh ngan my dotdotdot. Apa tak nyer kalau dah berchatting tak nampak ekspresi muka, ayat yang sama boleh jadi macam-macam interpretasi betul tak? Jadi aku dah makan hati. Dan seperti biasa kalau aku marah ke aku makan hati ke...aku diam aja. Aku lalalalalala je merapu dengan kengkawan. Jadi jangan terkejut kalau ayat-ayat aku kat facebook amatlah memeranjatkan.

Ni bukan macam nak gaduh...tapi macam nak peluklah pulokk... come here bebehhh

Lepas gaduh ngan dotdotdot tu.... ada lak mencucuk dan menghentak kepala aku ngan orang lain. Ah sudahhh...terlanjur gaduh...biar sampai knock out.

Jadi satu hari ni memang curses je lah keluar dari mulut aku....dah jadi senduk dah mulut aku ni

Fight! Fight! Fight!

Monday, May 3, 2010

Another Lunch Set for Me


Yup, My dotdotdot prepared me a lunch set.

Nasi putih
cendawan udang
ayam goreng sambal (sambal mesti ada sebab dia tahu favorite aku)
air mangga (belum nak makan, air dah tinggal setengah, kuat betul aku minum air)
pengat durian
buah kurma
gula gula plum
roti
Rojak buah (tiada dalam gambar sebab adik-adik R.A tengah menikmati)

Lengkap kan....mana aku tak nangis lagi...uwaaaaaa

dan sempat gak makan bersuap roti cecah pengat tadi....wakakakaka

jangan jeles.....

My Dot dot dot

Assalamu'alaikum...

Fuh, satu pembaharuan, tak pernah-pernah aku bagi salam kat blog, hari ni aku bagi pula...ikhlas tau...korang pun kenalah jawap ngan ikhlas gak kan.

Hari ni aku nak tulis pasal dot dot dot aku. Seorang insan yang berlainan jantina dari aku yang aku masih lagi dalam proses mengenal hati budi dan mencari keredhaan Allah swt dalam membina kehidupan baru aku ni.

Sebenarnya aku susah sikit nak menulis tentang seseorang kalau ianya masih belum pasti. Tapi dengan dot dot dot, aku harus menulis ini kerana keistimewaannya.

Ada banyak perkara yang aku lalui selama ini dengan dia yang buatkan aku tersenyum dan ceria, kerana keistimewaannya:

1. Dia suka suap aku makan
Aku pada mula memang malulah. Kau... kali pertama keluar, makan KFC bersuap? Malu juga sebab aku tak biasa la, lagipun aku ni kan macho. Dah semua bersuap, makan burger pun nak bersuap. Tapikan rupa-rupanya ada tanda kasih dalam suapan tu tau, sebab agak lama sikit mesti aku windu nak makan bersuap hahaha dah jadi ngada-ngada dah aku ni. Oppss dot dot dot kata manja!

korang cubalah kat aweks/pakwe korang lak.....ada berani?

Meh mamam ala tayangg tayangg. Dot dot dot suka suap ngan tangan bukan dgn sudu tau!

2. Dia terrer masak
Aku pun pandai masak tapi menu aku tak sebanyak menu dia uwaaaaaaa. Dah le tu sedap pulak dia masak. Ikan sardin yang aku tak suka makan, dia masak, licin aku bedal. Awas dot dot dot, kau bisa membesarkan badan ku yang sudah segajah ini. Tapi fikir balik, satu pinggan share dua orang, kurus kot aku hahahaha

3. Sediakan set yang lengkap
Kalau dia masak untuk aku, memang lengkap, dari nasi, lauk pauknya, sampai le ke airnya dan pencuci mulut hatta buah kurma sekali pun. Memang menangis aku tengok.

4. Suka memurnikan hati aku dengan nur islam
Yang ni memang aku tak boleh blah. Agak-agak aku macam nak giler-giler dan mengiler je, akan adalah cite-cite pengajaran buat aku. Kata-kata nasihat, alamak...ni yang aku lemah ni. Baru nak wat nakal sikit, dah tak jadi.

Satu benda lah yang aku tak boleh lupa, kalau aku ingat sampai la ni aku ketawa....
Bayangkan tengah bersembang dalam talifon, dia boleh azan kat telinga aku. Dua versi lak tu, versi Malaysia dan versi Arab. Masa dia azan, haruskah aku menjawab azan itu? aduhh....yang pasti...lari semua syaiton2 agaknya dalam badan aku ni hahahaha

5. Berbezanya antara dia dan aku
Ni aku belum boleh cite secara terang kat sini. Kalau korang jumpa aku dengan dia, pasti korang kata memang jauh perbezaan aku dan dia. Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku memilih dia.

Tapi itu yang indahnya doa kita kepada Allah swt. Hati aku nampak nur pada dirinya. Maka dengan itu aku ambil keputusan mengenali dirinya lagi. Aku menyerahkan segalanya kepada Allah swt.

Saturday, April 24, 2010

Hari Aku

Pagi-pagi kul 5.30 pagi aku dah bangun dah. Best juga tidur nyenyak malam tadi walupun aku tetap bangun dalam masa tidur ku untuk melayan si Alvin kencing dan berak. Kaki kena cuci lepas tu oooo

Tapikan kul 6.10 aku sambung tidur lagi.....

Apa nak buat, aku terlalu letih meronggeng dengan internetku

Kul 7.45 am aku bangun semula dan pergi ke bawah layan home theater aku. Kena jumpa dia ni, kena menyalak dan meronggeng dulu. Layan le 4-5 das dulu untuk bagi semangat sikit, tambahan pula badan masih sakit-sakit sana sini. Maaplah orang sebelah, apa-apa hal pun aku taklah pasang macam orang kena histeria, elokkan telinga aku je, yang penting boom boom powwww

Layan Encik Buih le pulak. Aku suka lagu I haven't meet you yet...aku terlalu sukeeee

Lepas tu barulah balik ke realitikan, jangan tak tahu, tu dua bakul kain baju tak berbasuh. Jadi pagi tadi baju-baju yang berwarna warni pelangi semua telah selamat dibasuhkan. Cuma sebakul kain baju berwarna putih, akan menyusul keesokan harinya. Ampaian kain aku tak cukup daaaa.....

Pastu aku gi kedai beli bawang, dapur aku tu dah lama tak berasap dik non, jangan tak tahu. Aku bosan makan luar, jadi aku masaklah. Bolehlah masakkan untuk mak sekali.

Ko tengoklah, bukan aku tak pandai masak, cuma perut aku tu malas nak gerak.

Bila dah sampai rumah mak, aku makan dengan mak sekali, lepas tu kan aku buat acara gaya bebaslah. Masuk bilik, pakai singlet, seluar pendek, onkan aircond, dan.....

Ngeh...dunia ini aku yang punya....

Kul 3 petang mak aku bangunkan, ingatkan aku tolong cat penutup lubang angin kat rumah tu. Adehh...aku baru teringat aku kata kat dia aku nak cat hari ni. Tapi aku ada masalah. Masalah aku berat......

Aku malas daaa........

Lagipun baru aku perasan, aku tak bawa baju untuk buat kerja cat. Mana boleh pakai baju cantik takut rosak pula baju aku ni. Dahlah beli baju setahun sekali je hehehe. Cakap pasal baju baru aku tak lupa ingatan.........

Baju kat umah tu dah dua mesin basuh tak berlipat!!!

Ekkkkk! Apa kejadahnya malas sangat ni umiiii!!!