Pagi ni aku bawa kucing teman sepejabat ke klinik vet UPM ada appointment kucing dia 'blacky' yang akan menjalani pembedahan buang mata sebelah kerana matanya rosak.
Minggu lepas aku dah bawa dah, dan hari ni aku bawa lagi sebab dia kena menjalani pembedahan. Kos RM400 tu ..... botak tuan dia nak bayar.... hehehe bertuah kucing zaman sekarang kan.
Masa tengah tunggu tu...sekali seorang sami india keluar mendukung pet nya. Iguana! Wahhhh.... inilah kali pertama aku melihat iguana secara berdepan dengan saiz iguana tu hampir setengah tuannya. Apa lagi...ramah je mulut kan nak tegur pet orang lain.
Nama dia 'Kali'. Aku pun tanya gak napa dia tak hijau. Rupanya dia ikut color baju sami tu yang warna oren, jadi dia agak coklat keorenan. Tuan dia (ceh...nama pet dia aku tanya, nama tuannya aku tak tanya lak kihkihkih) beritahu aku yang pet dia dah berusia 8 tahun, masih punya ibu yang besarnya berkali ganda daripada 'Kali'. Fuhh sedangkan si Kali ni punya besar, mahu gerun aku melihat maknya. Tuan dia tu pun cerita lagi, yang Kali ini akan mengigit dan melibaskan ekornya kat orang lain kalau dia (tuannya) tiada disisi. Kena juga le 8 jahitan kalau dia gigit jari. gerun aku dengar...jahit tak pe lagi, kalau putus? huhuhuhu
Aku nak je dukung Kali ni, tapi aku segan kat tuannya kekekeke
Seronok ooo pergi klinik vet kat UPM...... Macam-macam Adaaa...!

3 comments:
serious besar tuh ke??
terbeliak biji mata nengoknya
Iguana sami india bawa tu kecil sedikit dari dalam gambar tu, tapi dia kata mak dia lagi besar...jadi mungkin saiz ni lah kot... serammm
agak2 nya bagus tak kt situ.mmg kena buat appointment ke kalau nak g cek die muntah2 pn?
Post a Comment