Friday, August 6, 2010

Menjejak Keluaran yang Tertinggal

Selain daripada hobi dalam bidang audio visual, satu lagi hobi yang aku amat cintai ialah mengumpul setem.

Awal tahun ini ada 4 keluaran yang aku tertinggal iaitu, Matawang Malaysia, Paku Pakis, Pasar Tempatan dan kelip-kelip. aku tertinggal keluaran ini kerana balance account filateli aku dah cecah kosong dan aku pula mengambil sikap sambil lewa untuk top up account balance aku. Filateli kata, tarak duit kalu tarak setem!

Jadi bila account aku tu dah berisi semula barulah aku menjejak kasih mana-mana isu yang aku tertinggal. Cari dalam ebay, mak datuk, keluaran baru berapa bulan je depa dah mark up harga sampai tiga kali ganda.

Jadi, dengan berbekalkan azam yang kuat dan teman sepejabat yang teramat cool, aku dan zaimah pun berusahalah menaiki komuter pergi ke Daya Bumi untuk mencari setem-setem tersebut.

Seronok juga naik komuter. Ni lah kali kedua aku naik komuter. Mudah dari naik kereta. Tempat filateli tu dekat betul dengan stesyen komuter kuala lumpur. Tapi yang bengangnya, menunggu komuter tu yang seksa jiwa batin. Punyalah lama nak tunggu baru nampak batang hidung komuter tu.

Gembira hati aku ni hah bila pulang dengan setem yang dicari. Hujung minggu ni memang aku akan bertapa dengan setem akulah, susun masuk dalam album setem yang aku reka dan buat sendiri. Rasanya setem dari tahun 2009 belum masuk dalam album lagi ni. hehehe.

Walaupun kadang-kadang terasa remeh sebab nak kena buat caption, letak setam dalam stamps mounting, gam dan tampal stamps mounting tu atas kertas A4, tapi bila tengok hasilnya, segala penat jerih tu amat berbaloi. Khazanah negara kira nya ni. Kalau tengok balik semua koleksi setem aku tu, memang mendamaikan minda yang berserabut. Terlalu cantik dan abstrak.

Bagi akulah, nilah salah satu barang berharga yang aku ada. Dah siap pesan kat anak aku, kalau aku tak de nanti, jangan sekali-sekali menjual koleksi aku ni. Huhuhu kalau dia jual gak, setem tu berhantu, aku akan haunted sapa yang ambik setem tu wakakakaka.

1 comment:

Muffy said...

HAHAHA...kelakar punya wasiat..tapi seronok eh ada hobby mcm ni.