Sunday, July 18, 2010

Gurau Jahanam

Teringat satu kisah yang melibatkan aku masa muda-muda dahulu.

Masa tu aku kena hadiri sesi taklimat pelajar-pelajar baru. Biasalah kan, pelajar-pelajar yang masuk semester tu memang ramai. Jadi masa tu aku masih ingat aku berbaju kurung yang biasa-biasa je lah walaupun aku rasa dah cukup vogue.

Aku duduk ditengah-tengah kerusi yang masih banyak kosong. Aku tengok pensyarah-pensyarah dah siap menunggu kat atas pentas depan dewan. Pelajar-pelajar senior siswi dan siswa aku tengok masing-masing macam berlagak je. Satu demi satu kerusi sebelah menyebelah aku di penuhi. Dan akhirnya penuhlah dewan tu dengan pelajar-pelajar baru yang diwajibkan dengar sesi taklimat yang begitu membohsankan minda aku.

Ini merupakan hari pertama sesi suai kenal, dan sudah pastilah ramai masih keseorangan dan masih dalam hasrat untuk mencari kawan. Jadi masa sesi tu baru nak bermula, aku beranikan diri menegur kawan di kiri dan kanan aku. Depa pakai pun biasa je lah, macam budak sekolah…simple je, kira aku anggun lagilah dengan baju kurung yang berlabuci, gelang emas yang bergermilapan lagi…. Aku rasalah mesti budak-budak ni jaki kat aku sebab aku melaram ni.

Rata-rata aku yang mulakan perbualan, duk dorm mana? Okay ke tidur malam tadi? Depa pun duk gaklah membalas pertanyaan aku. Depa pun nampaknya dah suka sebab aku dah berani tegur depa dan buat kawan. Depa pun ceritalah lagi, tapi masa ni dah masuk bab mencaci cerca bilik hostel dan peraturan yang tah apa-apa yang memenatkan dan mencabar kedewasaan masing-masing.

Dalam pada itu budak sebelah kanan aku dah beri amaran kat aku. Dia kata, “kat sini mana boleh pakai barang kemas, ni (tunjuk gelang aku) tak boleh ni. Ni salah ni. You tak boleh pakai ni. Lebih baik you bukak, nanti depa nampak tak pasal-pasal kena. Macam bagus je depa tu kan” katanya sambil mencebik kat siswi yang berlagak macam pengawas yang melilau je tengok kita orang bersembang.

Yang siswi senior berlagaks ni pulak, sambil mencegilkan mata, sound setepet dia hambur kat aku dengan suara yang aku rasa nyaring sikit je dari ayam betina lepas bertelur. “Hah! Yang sana tu (sambil tunjuk kat aku), tolong diam sikit ye!”

Huhuhuhu budak-budak lain semua pandang aku, dan masing-masing menikus. Pensyarah yang bagi taklimat tu terus potpet-potpet kat depan. Pensyarah lain yang berlagaks nerd kat atas pentas tu pun duk pandang-pandang aku sambil tersengih. Hmm… sudah! Diam aje la aku. Budak-budak sebelah aku pun dah menikus diam je dengar segala taklimat.

Lepas habis tu kami kena beredar ikut giliran bangku masing-masing jalan ke depan dewan dan terus keluar menuju ke tempat sesi seterusnya.

Dalam berjalan sehingga depan dewan itu, aku terus naik ke pentas dan duduk disebelah rakan-rakan pensyarah yang lain.

Dan aku mendengar budak yang duduk bersebelahan aku tadi menjerit.

Sebenarnya semua terjadi tanpa dirancang. Aku kebetulan memang duduk di bangku pelajar dan terlambat bangun apabila pelajar mula mengisi tempat. Oleh kerana aku malas nak meminta laluan keluar, aku duduk saja disitu sehingga tamat sesi. Pelajar-pelajar senior tahu siapa aku, dan tanpa dirancang juga mereka seolah-olah ikut dengan sandiwara tanpa dirancang ini. Pelajar senior yang menegur aku itu adalah bekas pelajar aku, dan kami memang mesra. Jadi tanpa dirancang, dia juga turut bersandiwara. Kesian kat budak-budak yang duk sebelah aku tu, depa ingat aku student baru juga hehehe.

Tapi, budak-budak tu, aku tak ingat muka depa selepas itu, dan aku rasa aku tidak mengajar mereka, kalau tidak sudah pasti peristiwa itu menjadi bahan ketawa aku di dalam bilik kuliah.

Sekarang ni, tak da masa langsung nak berlawak jenaka dalam kelas. Dari saat pertama sampai saat terakhir semuanya subject matters. Bila imbau balik kenangan mengajar budak2 matrikulasi memang lebih fun dari mengajar budak degree.

No comments: