Thursday, November 12, 2009

Worst Month of My Life

Kronologi:

23 Okt
baru je aku sambut birthday ngan kawan-kawan kat opis, punya le best. Hubby pun call siap wish.....

31 Okt
Hubby balik macam biasa. Lepas dia tidur sampai pukul 2 ptg, aku temankan dia keluar ke puduraya beli tiket pulang cam biasa.

Lepas tu aku dengan dia berdua terus pergi Bangi lihat projek yang aku nak kommit untuk masa depan keluarga. Betapa gembiranya aku tunjuk kat dia siap segala detail plan aku cerita. So coz dia dah 52 tahun dan lagi 3 tahun nak bersara wajib, at least dia boleh terus tinggal Malaysia dan teruskan usaha aku.

Pastu terus gi The Mines jalan-jalan cari makan. Hellooo...siap berkepit tangan lagi tau.

1 Nov
9.10 malam
Hubby panggil keluar sat ada benda nak bincang. Ukayy.....

ringkasan:

him: what do you think of our marriage?
me: hmmm okay..
silent
him: I want out
me: *blank*.....why?
him: Coz i dont feel i have a family in Batam
interrupted, continue in bedroom
me: ok...why dont you quit your job and come here. It is okay, i can tanggung you at the moment
him: That's why, i dont want to stay in Malaysia AT ALL.
me: then i quit my job and move to Batam. (masa ni dah nangis giller dah)
him: No, you are a smart person, you have your career. Nira akan lebih maju dan berkembang di sini. If i allow you to stay in Batam, you will not be you.

Aku dah nangis gila ni. rasa macam mimpi lah pulak kan...tapi ada rasa something berbau ikan lah pulak since dia tak pernah pulak bagi hint tak mahu tinggal Malaysia selama hampir 14 tahun marriage ni. Walaupun itu plan kami selama ini. Sekarang, apa peluang aku, dia ke sini tak boleh, aku ke sana tak dibenarkan?

aku: sampai hati awak buang nira dan anak begitu saja.
him: No...saya tak buang

Aku tenung mata dia.
me: terus terang dengan nira, pernah tak awak curang dengan saya sepanjang perkahwinan ini?
him: yes
me: when?
him: three years ago, but that's not the point i'm asking this
me: what?? That's enough a point for me to let you go, do i know her
him: no
me: you already 52 and yet you still choose that kind of way!
him silent.
me: are you going to marry her
him: No...uh-huh...NO
me: do you still contact her?
him: yes
aku: sepanjang-panjang perkahwinan ini, nira tak pernah curang sama sekali. Not even ONCE!

Dengan raungan, aku belah pergi bilik air. Nangis dan nangis. Agak lama sikit aku dapat kawal emosi aku. Aku keluar dan lihat Izzah dah ada dalam bilik minta aku ajarkan sesuatu kat komputer. Him baring atas katil, i just ignore him. Nasib baik bilik tak bukak lampu. Aku ajar Izzah, walaupun dalam samar-samar cahaya komputer, air mata aku tak henti mengalir.

10mlm
he walks out
him: saya pulang dulu

Aku tak jawap, juga tidak menghalau. Adik aku siap hantar ke Puduraya without knowing apa yang terjadi.

Izzah: umi....
then all started to burst, cant hide anymore from izzah
I hug her and kiss her telling her father's choice.
aku: Umi berjanji umi akan sentiasa jaga izzah
izzah: Umi...tak pe umi. Izzah dah biasa tak ada ayah....

Begitulah kisahnya. Kerana inilah aku menyepi diri buat sementara waktu. Facebook, dan blog ini aku downkan kerana aku tak betah menayangkan kegembiraan lalu lagi. Mungkin apabila sampai satu masa, aku boleh menaikkannya semula kerana blog ini adalah retetan kehidupan aku. Kalau kegembiraan aku boleh share, why not juga kedukaan aku.

Sedih bukan kerana kecurangan dia, tetapi atas kesabaran aku berbelasan tahun, untuk usaha aku menyatukan keluarga, akhirnya sia-sia sahaja. Dari segi lain, dia adalah insan yang baik. Berkata-kata lembut, tidak pernah meninggikan suara, tidak pernah gagal pulang ke rumah setiap bulan, tidak pernah gagal memberi nafkah sara hidup dan lain-lain. It is hard to part dengan org yang baik. Tapi kalau itu kehendak dia, dan bila fikirkan balik, dia curang dengan aku, gagahlah diri aku berdiri semula.

Edited: 18 Januari 2010: Sekarang baru aku dapat menerima kenyataan apa yang berlaku. Walaupun aku redha dengan penceraian ini, aku tak redha atas apa yang dia lakukan terhadap keluarga ini. Btw, kes curang tu bukan seperti yang aku tanggapkan.

No comments: