19 Nov 2009, keputusan UPSR keluar. Dari awal lagi Izzah tanya kalau dia dapat 5A aku nak bagi apa?
Kalau 5A = RM100
Kalau 4A = RM50
kalau bawah dari tu = Izzah bayar umi pulak la...baru adil hahahaha
Jadi pagi-pagi sebelum pergi sekolah aku dah ingatkan Izzah bawa handphone ke sekolah. Izzah memang ada cakap, kalau dapat 3A tu memanglah, 4A mungkinlah, 5A tak kot...hahahaha
Aku yang kat opis ni dah dukdak dukdak dari pagi. Izzah aku rasa taklah macam aku ni. Memang seorang mak ni lebih emosi dari anak hahahaha
Bila dah pukul 11.06am aku dah sms dah dia,
aku: Dah kluar result ker?
11.11am
izzah: blum
11.50am
aku: so?
11.53am
izzah: blum
12.17pm
Izzah call aku.
Alhamdulillah, syukur. Anak ku dapat 5A. Bangga aku dengan dia tapi aku dah agak-agak dah macamana penerimaan dia.
So, hari ini hari dia. Tu dia macam-macam dia tuntut kat aku, yang aku tak janji pun dia usha aku belikan. Hmmm hari dia kan...layankan aje. Afterall, she deserve it.
perasaan aku? Sudah semestilah aku bersyukur puas. Tapi dalam masa yang sama aku sedih sebab kalau tidak, aku sudah pasti melompat keseronokan memberitahu si dia. Tapi apakan daya, situasi itu tidak akan lagi berlaku. Aku sms jugalah dia, lakukan tanggungjawap aku. Nasib baik dia sms Izzah cakap congratulation. Tapi aku tahu Izzah terasa juga bahangnya, kerana dia terus delete sms ayahnya.
Ya Allah, aku percaya banyak perkara-perkara yang indah telah kau susunkan untuk aku dan anakku di masa hadapan. Aku bersyukur padamu, ya Allah.
Petang, aku ada appointment dengan bank. Walau apapun berlaku, hidup perlu diteruskan, perancangan perlu dilaksanakan. Aku masih mempunyai Izzah untuk dicurahkan bakti dan kasih.
Lepas tu aku singgah secret recipe dan domino's pizza untuk celebrate Izzah dan Asyraf. Both of you are great. I love you all.
Bila dilihat dari luar diriku, aku sebenarnya dikelilingi oleh saudara dan kawan-kawan yang mengasihi aku. Alhamdulillah, it's okay NiRa....lambat laun semuanya akan cerah semula. Ramai yang menyayangi dirimu terutama Ya Rahman mu.
No comments:
Post a Comment