Thursday, November 26, 2009

Strange event : Kisah Dulu. Muncul Sekarang

Before i met my husband, aku sebenarnya telah bercouple dengan orang lain selama 5 tahun. Kami clash kerana perbezaan status yang amat besar. Bukan status kahwin coz dia masih bujang, tapi status ekonomi dan pendidikan. Juga termasuk penglibatan pihak ketiga.

Bila aku diambang membuat keputusan memilih suami ku, dia menalifon aku ke United States walaupun tidak pernah menalifon mahupun aku yang menghubunginya. Dia seolah-olah mahu kembali semula kepadaku kerana mengatakan salah memilih antara intan dan permata. Aku hanya mengatakan aku akan menulis surat menceritakan pendapat aku. Ya, aku menulis mengatakan aku sudah menyukai orang lain dan mohon maaf kerana tidak dapat kembali.

Selepas aku berkahwin, sedang mengandung Izzah, aku menerima panggilan talifon daripadanya. Menakjubkan kerana dia masih ingat no talifonku. Dia mengatakan dia ternampak aku menunggu bas dan tahu aku sudah pulang ke Malaysia. Tapi demi ketegasan aku, aku minta dia jangan menalifon aku kerana aku milik orang lain. Malah aku meminta dia membuang semua gambar aku yang masih disimpannya ketika itu. That's it. Dia akur, dan tidak menggangguku lagi.

Kali terakhir aku terserempak dengannya ialah pada tahun 2002 semasa aku menghadiri Dinner sambutan Keputeraan Canselor di Marriot Hotel Putrajaya. Dia menegur aku, dan sekali lagi aku bertegas, hanya bertanyakan khabar dan that's it.

Yesterday, dia menegur aku di Tesco Kajang. Aku terperanjat betul kerana terus terang, di saat-saat akhir ini aku ada berdoa supaya berjumpa dia semula sekadar untuk meluahkan kedukaan aku. Aku tak punya kawan lelaki yang rapat. Cuma husband aku itu lah teman lelaki aku. Sepanjang perkahwinan aku sentiasa menolak perhubungan sosial dengan lelaki. Punyalah aku setia. Jadi lelaki kedua yang aku rapat (dulu) hanyalah dia.

Tapi bila dah di saat akhir ini, ah what the heck. Aku beri nombor talifon ku. Ya kami bertemu di MacDonald bercerita perkambangan diri masing-masing.

Betapa sedihnya dia mendengar cerita aku. Dia mengatakan semuanya salah dia. Tapi dia terpaksa kerana dia orang miskin. Adalah sukar untuk dia memilih aku. Tapi dia tetap mengatakan aku orang yang paling dia respect. Dalam ramai-ramai kawan perempuan yang dikenalinya, akulah yang paling berbeza dan paling baik baginya.

Hahahaha apa-apa ajalah. Tapi yang paling aku hairan, semudah itu Allah tunaikan doa aku. Dia menanya kabar aku disaat aku di akhir perkahwinan seperti dia menanya aku di saat awal aku ingin commit kepada perkahwinan. Very strange event. Oh ya, he works in University too.

Tapi apa-apa pun, aku tetap aku. Perjalanan aku masih jauh, banyak yang hendak aku capai. Pertama, aku tetap akan memasuki alam ph.D ku.

Apa-apa pun, terima kasih kepada dia kerana menaikkan semangatku lagi. Kepada Allah s.w.t kerana memperkenankan doaku.

No comments: