Friday, December 14, 2007

Regional Training workshop

Adeh..penat oo...baru je balik dari berkampung 4 hari di Corus Hotel Kuala Lumpur menghadiri Workshop "The impact of Post-Conflict Situations on Vulnerable Persons' Rights" yang disertai oleh peserta-peserta dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Fiji, Nepal dan Iran.

Awal-awal banyak le tenaga masih lah boleh santai-santai kat sauna waktu petang. Swimming pun layan....tapi bila dah masuk hari terakhir...adeh...surrender la...sakit-sakit badan den di buek nyo.

Ini gambar awal yang aku uploadkan. Gambar-gambar lain akan menyusul sebaik saja aku pilih dari koleksi IKMAS. Seronok lah pulak kerja aku menyibuk tukang ambik gambar.

Hari pertama(selasa), check in je, pastu dinner bbq kat pool side.

Hari kedua (Rabu), start le pembukaan workshop, pembentangan yida yida yida.... Pukul 5 aku cabut sebab nak gi swimming. Sekali turun kat pool dengan siap pakai swim suit, trus tak jadi....alamak bebudak je ramai kat pool...segan lak aku nak mandi wakakaka....
Pastu aku layan orang yang jaga towel counter. Habis aku debat ngan dia, asal sauna tak de tempat tukar baju. Ade ke dia kata boleh pakai t'shirt dalam sauna....apa raaaa. Siap dia kata kat aku, tak pe nanti dia jaga jangan bagi orang laki-laki masuk...wakakaka
Masa tengah syok terkinja-kinja kepanasan (macam cacing kena panas da....) Nampak lak kengkawan tengah duk syok survey sauna. Apa lagi riuh sekampung lah mengutuk fasiliti hotel tu. Ade ke temperature dan jangka masa pun tak disediakan dalam bilik tu. Aku pun tak tahu brapa lama aku dalam bilik tu, Agak-agak rasa peluh dah cukup banyak keluar dan rambut macam nak terbakar, aku keluar lah hehehe.
Malam lak...ah tak mahu makan di hotel. Aku cross the road pi kedai Pelita Nasi Kandar. Nyummy...Apa lagi, ayam masak hitam dan kuah kari pelbagai rasa kasi banjir atas nasi. Aku bungkus makan kat dalam bilik hotel sambil layan movies yang aku bawak sebagai bekalan.

Hari ketiga(Khamis), pembentangan lagi. Tapi aku suka topik pagi ini tentang peace oleh Mr. Yeshua Moser-Puangsuwan (International Council Member of Non-Violence International). Cara dia bentang menarik perhatian aku sebab dia lebih banyak involve audience dalam presentation dia. Masa lunch kami makan di Chinese Restaurant. Dan seperti biasa, meja taiko-taiko IKMAS memang sentiasa kebuluran. Kesimpulannya semua kata...TAK PUAS MAKAN!!! wakakaka. Lepas lunch aku balik bilik....last-last terlelap sampai pukul 4 petang. 4 petang aku pi le tunjuk muka kat workshop tu....masih yida.. yida... yida....bla..bla..bla. Pukul 6 kengkawan ajak pergi swimming. Baru je sebut 2 minit pastu aku dah tercongok kat pool side tunggu kawan. Sampai je kengkawan...apa lagi kecepurrr.....kolam ini aku yang punya!!!
Malam lak...ada dinner di Saloma Bistro. Aku buat kejutan sebab sebelumnya aku canang nak pakai t'shirt je...sekali aku transform pakai baju lain...bengkek je member...nasib baik tak de yang pakai t'shirt wakaka! kalau tak, sure aku kena pelekung! Nanti aku upload gambar aku dengan penari-penari kebudayaan Saloma Bistro. Best oooooo

Hari keempat (Jumaat), lepas breakfast, aku dah siap-siap pakai t'shirt, seluar panjang dan kasut sukan. Pasal apa? Kami konvoi jalan kaki ramai-ramai pergi KLCC untuk naik skybridge. Sakan aku ambik gambar hehehe. Tengahari habis event kami dan aku tak join lunch di Japanese Restaurant sebab aku nak balik.....nak tidooooo.

Kesimpulan, new experience..great activities.

No comments: