Thursday, December 27, 2007

Whose Cat is this?

Kucing ni bertandang di rumah aku. Pagi-pagi aku panggil kucing terbiar di belakang rumah nak kasi makan. Sekali dari bangsal rumah sebelah, kucing ini dah menyahut mengeow dengan mata yang bersinar-sinar. Kemudian dia datang...wallaaa lawa punya kucing. Bulu tebal, ekor kembang. Mesti ada manusia yang kehilangan kucing ni. Kucing lawa macam ni sudah pasti bertuan. Teringat aku kat Benji yang hilang dari rumah. Mungkin serupa kes macam ni. Merayau dan melekat kat rumah orang lain. Aku bawa masuk rumah, ternyata dia tak suka. Dia suka bebas macam Benji. Benji dulu kalau tak keluarkan dia dari rumah, habis dia kopek pintu rumah sampai pecah bawahnya, wakakaka!
Anyway, selagi dia mahu bertandang selagi itu lah aku bagi makan. Okay got to buy some fried fish and Friskies (Duh! stray cats lah...otherwise i gave Iams!)

No comments: