Thursday, November 15, 2007

UPSR result - My Nephew and My Niece

Kek untuk Graduan UPSR

Hari ni keputusan Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) keluar. Dua anak saudara aku terlibat...iaitu Hafiz dan Najwa. Anak saudara yang tertua. Depa ni kecik-kecik dulu membesar depan mata aku. Itu yang banyak kenangan dan perasaan sayang tu lekat kuat kat hati. Tambahan aku memang kira favorite auntie....depa yang ambik keputusan, aku gak yang dukdak dukdak.

Hafiz dan Najwa potong kek.

Kedua-duanya dapat 4A 1B. Cukup baik dah. Tahniah kepada kedua-duanya. Acik will always love both of you.

Masa mereka kecil dahulu.

Masa berjalan begitu pantas sekali.

No comments: