Monday, July 29, 2013

Interview Result

YB awal-awal lagi dah siapkan gulai-gulai dia untuk jualan sebab dia nak hantar aku ke UM dan sambil tu dia nak ke pasar borong selayang.

Sampai kat UM dengan terkejar-kejarnya sebab trafik jam punya ler teruk. Aku tengok dah ada dah sorang mamat Iran ni tengah tunggu turn untuk interview juga.

Sempatlah aku berbual dengan dia. Masa tu ada sorang pompuan ni sedang menguruskan hal-hal temuduga ni. Dengan ramahnya aku speaking london dengan dia, saja menyapa supaya aku ready dan fluent berbicara dalam bahasa inggeris.

Aku ni susah sikit dengan bahasa. Walaupun aku memahami BI dan boleh berbicara, ada keadaan tertentu aku akan tergagap-gagap kalau minda aku tak bersedia. Macam minda aku ni ada suis. Kalau dia tak ready, memang aku susah nak berbicara dalam BI. Tapi kalau dia ready, perghhh dengan slang amerikak pun boleh jalan. So that morning, minda aku memang dah on English mode. Sapa je aku jumpa tak kiralah melayu ke bangsa asing ke, memang aku cakap english je.

Jadi dengan that lady yang tolong buka pintu dan tunjukkan tempat untuk aku tunggu sementara giliran aku dipanggil tu pun aku cakap BI, walaupun aku tengok dia tergagap-gagap reply dalam BM

Bila mamat Iran tu habis interview aku tanyalah dia hint2 aku apa mende yang ditanya. Katanya ada 5 orang penemuduga...perghhh! Lepas tu dia kata depa tanya sorang satu soalan dan dia punya research proposal kena condemned sebab depa kata tak up to phD standard. Hmmm lagilah buat perut aku berama-rama di dalamnya kan! Lepas tu mamat tu sibuk tanya urusetia temuduga tu no talifon untuk dia tanya keputusan temuduga tu.

Sekarang aku lak kena panggil. Tapi sebab aku baru je kena interview hari tu, kali ni memang dah macam tak ada mende, cuma aku nak kena pastikan aku very fluent je hari tu.

Bila aku masuk, tu dia kau.... pompuan yang aku cakap sebelum tu ghupanya ketua program tu sendiri. Hehehe. Dia cakap BI masa tu, suh aku introduce myself. So bla bla bla lah aku goreng masak lemak ketam masa tu.

Tiba-tiba aku rasa ketua program tu jadi excited sangatlah pulak dengan aku. Katanya dia very concerned kat aku sebab dia takut aku punya english lemah. Tapi dia kata tadi masa cakap dengan aku kat luar dia noticed aku speak very fluent english hehehe. Dia kata syukur depa panggil aku temuduga sebab depa tak boleh nak judge dari reserach proposal aku yang sememangnya aku tulis dalam BM. Sebab keperluan UM lebih menggalakan penulisan dalam BI, panggilan temuduga adalah penting bagi mereka untuk mengetahui keupayaan calon pelajar. Hehehe kira potential student lah aku ni ye.

Dua orang penemuduga yang lain je tanya aku. Aku jawap dengan cukup berabuk. Yang ketua program tu pulak siap-siap tambah lauk sokong aku. Suka sangat kat aku gamaknya hahaha.

Masa tu juga ketua program kata dia terima aku punya permohonan dan looking forward to see me in September. Tapi dia sarankan aku tulis dalam bahasa inggeris. Siap tanya aku ada minta tempat lain tak coz dia kata kecewa juga bila tempat dah ditawarkan tapi student lari buat kat tempat lain. Aku kata tak ada....and i feel i started to fall in love with this place too. Now aku cuma nak tunggu result scholarship dapat ke tidak. Tapi kalau dapat, aku still mahu memohon ke luar negara. Lepas tu baru aku decide yang mana aku nak ambik.

Wednesday, July 24, 2013

Interview Lagik

Esok aku kena gi interview untuk program PhD Universiti Malaya. Perghh UM dah start buat rule untuk interview calon pelajar. Tengok senarai shortlisted, 2 orang je dari Malaysia dan 3 dari luar negara. Aku je yang kulit sawo matang dari Malaysia ni. 

Research proposal dah polish, bagi gilap mantap lagi. Sekarang tengah prepare script untuk introduce myself dan cerita my proposed research dalam Bahasa Inggeris. Al maklumlah aku tau salah satu tujuan interview untuk calon pelajar pun sebab nak tahu keupayaan bahasa inggeris pun. Kat tempat aku ni pun ada gak ura2 nak interview dulu sebab banyak kes BI teruklah sangat. Dah BI teruk, camno nak rujuk bahan2 BI. Last2 supervisor pun boleh give up sebab asyik kena jadi translator dan guru bahasa inggeris.

Aku berdebar-debar ni bila lah nak keluar result biasiswa hari tu. Kalau aku dapat, memang aku nak jeling U seberang laut. Dah alang-alang kan....

In the mean time, terjumpa lak announcement ada international conference akhir tahun ni. Rasa-rasanya macam nak membentang je. Tapi registration je dah RM800...huhuhuhu

Monday, July 15, 2013

House War, Boleh?


Ngelat sat lah nak bagi laluan feeling ramadan dengan raya ni hehehe.

Ni nak cite dulu pasal sofa sexy kat rumah aku. Lihatlah betapa teruknya kena balun dengan anak2 bulus. Yang menambah hazabedah nya si keii suka kencing kat situ. Jadi bila dah selalu basuh sofa tu dah habislah koyak sana sini.

Jadi rencananya nak tukar sarung cari warna hitam sesuai dengan tema aku hitam putih kehidupan.

Tengok ni. Sofa sexy yang dah tak seksi tapi seksa dah.



Cadang nak tukar dengan material cengini. Tapi warna hitam.



Jadi aku mintalah quotation. Hmmm RM1650 tak masuk transport. kalau masuk transport tambah RM260. Agak-agaknya boleh muat tak sofa aku ni naik trak YB?

Sekarang ni aku fefeeling nak mencantikkan rumah. Tapi kena perang dulu dengan YB. Semalam sehari suntuk habis aku bebel seisi rumah. Isunya apa lagi kalau tak pasal kebersihan.

Serius, rumah aku kotorrrrrr sangat. Sampai aku geli nak turun bawah. Maka haruslah aku berperang ngan YB minta dia honor syarat aku nak guna dapur nak masak2 boleh tapi WAJIB di bersihkan setiap kali lepas penggunaan. Aku rasa sejak azali menda ni lah yang buat aku rasa nak membakul sampahkan YB sekali dengan sampah2 yang dia hasilkan.

Bayangkan aku jenis taste moden selalu berangan life so organized and simple macam masa duk amerikak dulu, tapi la ni duk berendam sana sini dengan sampah2, sisa makanan dan minyak2. Sampaikan Izzah vow to buy a mini fridge for her untuk letak dalam bilik dia dan will never go out to kitchen anymore.

'Rumahku Syurgaku' mana nak rasa syurga kalau setiap kali balik rumah pas kerja tengok rumah kotor cam neraka. I put my foot down. YB tak bersihkan lepas dia masak (ps: masak utk gerai ye, bukan utk keluarga, so imagine the volume and the mess production), boleh tengoklah betapa fierce meghoyan gila babi aku dibuatnya. Kadang2 sampai aku nangis tau. Apa taknya, masih aku ingat betapa sendirian aku sediakan rumah tu. Cat rumah pun sorang2 sampai merangkak bila balik dek kepenatan. Dalam fikiran masa tu hanya supaya rumah tu menyejukkan jiwa aku bila aku balik kerja. Berabis sungguh aku demi rumah tu. Tapi la ni? Nengok ruang tamu pun nak menangis. Tengok HT lagilah sedih. Dengan PS3 rosak. Dengan 2 media player blow. Syukurlah dapat gak aku sambar Dune. Hehehe Idaman kelbu.

So kesimpulannya, selagi rumah aku tu tak in order selagi tu lah perang mulut beracun akan berlaku. YB nak tension ngan aku tensionlah sebab aku dah tak larat lagi tanggung tension tengok keadaan rumah. Really Not My Style!

Wednesday, July 3, 2013

Pasca Temuduga



Temuduga hari tu berjalan dengan baik. sekarang tawakal je la. Tapi kerja-kerja penulisan tetap berjalan seperti biasa.

Lately ni aku selalu tidur lebih dari jam 12 tgh malam. Kadang-kadang jam 3-4 pagi baru dapat tido.  Jadi hari ni aku rasa sungguh penat. 

Alhamdulillah ada YB yang banyak bagi semangat walaupun kebanyakan sebab aku letih pun sebab banyak bantu dan teman dia jalankan business dia. Tapi aku suka. Tak leh bantu kederat (memang tak pun), aku just teman dia ke hulu ke hilir je pun dan yang paling membantu sangat dengan memberi bebelan bila dia kotorkan rumah. Tu harus aku meghoyan.

Ok balik pada temuduga aku tu. Punya lah depa kata kalau calon phD bawa powerpoint untuk presentation research proposal. Bersungguhlah aku buat. sekali masa temuduga, dah lah research proposal aku depa tak baca, tak kasi lak aku present. Hmmm jadi bila depa kata aku tak tunjuk itu dan itu dalam kajian aku, sebenarnya ada disentuh cuma kalau dah tak ada bantuan persembahan, camno aku nak tunjuk. 

Pastu yang camharem tu, dah lah aku rasa benda yang aku nak buat tak tersampai kat depa, depa lak anggap research proposal budak hingusan cam aku ni dah kena setaraf dengan research proposal post doc. Waklu? Last-last dengan nada berlakon ala-ala gosok jari kat dinding, aku katalah yang aku TAK ADA penyelia lagi. Research proposal ni aku buat sejak Januari hari tu, di update sendirian tanpa bimbingan supervisor, dan sebab tu aku perlukan sangat cuti belajar dan biasiswa ni supaya aku boleh tumpukan perhatian dan dapat bimbingan sewajarnya.

Menjadi ghupanya perang psikologi aku ni. Dari menghentam aku beralih lak menyokong aku, siap bagi lagi senarai penyelia-penyelia yang kemungkinan boleh menyelia aku. Aku lak bersungguh-sungguh menyalin dan mengambil isi-isi nasihat dari depa. Tunjukkan aku amat berminat nak belajar. Bukankah ni semua skill.....skill menackle penemuduga! Tapi bila balik ke opis dan aku cite kat sorang prof ni, tergelak besar dia, siap suh tunjukkan kat dia senarai nama tu sebab tak semua yang tersenarai tu bagus dari segi kesarjanaan atau penyeliaan walaupun ada pangkat Prof. Datuk. Hahahaha

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Malah aku dapat maklumbalas tambahan mengenai bidang kajian aku dari temuduga itu. Jadi sekarang ni aku nak betulkan lagi dan mendalami ilmu bidang kajian aku ni.

YB lak sentiasa menyokong dari belakang. Aku yang nak mara ke medan PhD tapi di belakang aku ghupanya ramai yang menolak dan mendukung aku ke arah itu. Terharu sungguh aku.

InsyaAllah, jika aku dapat biasiswa ini, aku nak melangkah satu kaki lagi ke depan iaitu mengambil cabaran untuk belajar ke luar negara. Kenapa aku kata cabaran? sebab ada banyak tambahan kesukaran yang aku akan hadapi yang aku boleh nampak dari sekarang, tapi bila aku lepas, insyaAllah itu akan menjadi satu perjalanan yang agak hebat dalam sejarah hidup aku.

Semoga aku dan keluarga di permudahkan segala urusan olehNya. Amin.