Sunday, March 4, 2012

Rush to the Hospital

Since we came back from Genting Highland bersuka ria tak ingat duniya, YB and Izzah started having fever at first. Lepas tu seperti biasalah, aku dengan YB ni mana boleh kurang atau lebih, mesti nak sama. Jadi aku pun turut demam. Well not actually demam panas but rather i felt all my body ache, shivering and heavy.

Hmm, bila dah start sakit tekak dan batuk, apa lagi, penyakit semput aku mulalah nak menyerang. So hari khamis aku ke klinik ambik ubat. Doktor suruh aku ambik nibs sebab dada aku dah berorkestra senandung malam. Dapat le MC dua hari.

Ingatkan bolehlah berehat supaya sembuh cepat. Tapi tak sangka pula hari Sabtu kondisi aku mula teruk. Nothing worked. Ventolin inhaler yang dah berapa kali aku ambik, could not help ease my gasping for air. Pukul 3.30pm aku ambik neubolizer yang memang sedia ada di rumah. Guna Nuolin yang dah lama aku beli. Not that efficient but reda lah sikit. Pukul 5pm aku dah sangat susah nak tarik udara. Plus dengan batuk yang sangat le menyakitkan dada aku. Tekak pula rasa nak tarik keluar...perghhh i knew my asthma will come and greet me.

I surrender. YB sedia maklum aku memang teramat lah TAK SUKA pergi hospital. Aku tahu dah berbuih mulut dia pujuk aku gi spital. Akhirnya aku akur sebab aku rasa diri aku dah tak boleh nak bantu diri aku sendiri....boleh?

There we went to hukm. Si kecil sibuk nak ngikut. Dalam kereta siap picit2 bahu aku lagi. Hmm manja umi ni.

Check in myself kat bahagian emergency not critical. Tapi depa terus tolak aku masuk kat yg kritikal nyer. Yelah, dah macam org lemas dalam kolam je aku kan. Lagi nak berlagak tak kritikal kunun.

So dari jam 6 sampai jam 10 malam aku buat treatment kat ICU. Dua kali nibs dr bagi. YB punya le lapar since last makan kul 10 pagi, tapi setia menunggu aku dengan si kecil turut numpang sekaki. Looking at his eyes, i know his sincerity and that what make me love him so much. Doktor rujuk aku ke klinik respiratory supaya medication aku lebih teratur and prescribed me new set of medication for my fever and my asthma.

Balik, YB terus masak untuk makan, nasib baik aku sempat masak nasi sebelum kecundang petang tu dan izzah dah siap keluarkan ayam dari peti ais. YB masak ayam tomato, and guess what, aku makan dengan penuh selera macam tak sakit :P. Lepas tu aku terus tidur tak sedarkan diri sampai pagi esok. Dan syukur bangun pagi my health is getting much much better.

No comments: