Tuesday, February 21, 2012

Kali Pertama Berpisah


YB kena rush gi penang coz adik dia kena tuju. Muntah darah dan kena masuk spital.

Baru cadang nak spend masa bercintan sebab yelah hari tu Valentines Day, jadi aura berkasih sayang tu melekatlah jugak. Tapi bila YB jemput aku balik kije, tengah tengok dia busy menalifon pasal ni, redha je la kan. Hukhukhuk

Pastu YB lak kena balik Pasir Mas sebab ada urusan kat sana. So dari Valentine day sampailah 22 Feb YB tak balik umah. Serius, sekarang ni tak boleh berpisahlah dengan YB. Rasa sunyi betul kalau dia tak ada. Berbeza betul perasaan aku kat dia. Dengan YB ni aku memang rasa betul-betul teman sejiwa. Kira kalau dia tak ada, memang pincang betul jiwa aku.

Mana taknya, kalau dia ada, memang tak menanglah kalau satu hari tu tak ketawa. Kalau aku moody pun dia yang akan usik-usik aku sampai aku ketawa. Pendekata, dia pada diri aku cukup sempurna dan aku AMAT berbahagia dengan dia.

Jadi bila YB tak ada ni, segala tugasan aku pikul sendirian. Ok je bagi aku sebab tak adalah aku banyak masa terluang dan duk pikiq kekasih nun jauh di sana. Tapi adalah satu insiden oleh pihak luar yang buat aku sangat-sangat stress. Dah le keletihankan, depa tambah pulak lauk kat perasaan aku yang buatkan aku ketensiyonan.

YB talifon pun aku tak angkat sebab aku rasa ingin bersendirian dan tak mahu berbicara dengan sesiapa. selalunya ubat aku ketika itu adalah masuk tidur. Bila bangun keesokkan harinya, memang perasaan aku kembali tenang. Masa tu baru aku cerita dengan YB tentang apa yang berlaku walaupun tak sepenuhnya sebab tak nak keruhkan keadaan.

Semua memang terubat apabila YB menulis sms:

I am so much in love with you is3 abg.

Seriously, aku ketawa besar bila baca sms ni, sebab being who he is, kalau tengok karakter dia kat luar memang ala-ala bonzer, rimau, beruang semua yang ganas-ganas. Sebab tulah ada pepatah kata Don't judge a book by its cover kan. Serupa juga dengan YB. He is perfect to me. Hati dia selembut bayu dan sangat romantika d' amour. Hmm rindu betul aku kat kekasih yang sorang ni.

Memang itu yang aku perlukan dalam hidup aku. Ada tempat untuk aku sandarkan perasaan negatif aku supaya ianya menjadi positif. YB selalu membantu mengusir perasaan negatif aku. Dan aku harap, aku juga boleh mengusir perasaan negatifnya.

Semoga kehidupan ini terus bahagia ke akhirat.

No comments: