Tuesday, February 14, 2012

14 Feb 2012


Oh well... sana sini kecoh nak rai kan ke tidak. Bagi aku, tak de nyer nak raikan so call valentine tu, cuma sebab masa ni auro berkasih sayang tu kuat, dan kami berdua ni romantik fantastik bukan plastik, kira nak le juga berloving couple gitu hari ni kan.

Perjalanan kehidupan baru ni nampaknya makin bertambah penuh dengan kasih sayang dan keberkatan. Anak-anak pun makin serasi dengan kehidupan baru. Si adik pun nampak banyak belajar menyesuaikan diri dengan suasana baru. Pendekata, aku sangat sayang keluarga aku ini more than anything.

Lissya memang anak yang manja. Tapi memang wajarlah kerana bagi aku memang dia tak dapat kasih sayang sepenuhnya dari seorang ibu. Jadi memang nyata sangat betapa mesra dan manjanya dia dengan aku. Dan aku pula tahu dia amat menyayangi aku. Syukur aku dikurniakan lagi seorg anak dalam hidup ini.

Izzah pula masih bersikap no man island terutama dengan Lissya. Aku rasa bila dia ada anak sendiri nanti baru timbul kot sifat nak menyayangi orang lain. Sangat susah nak suruh izzah berinteraksi apatah lagi bermesra dengan orang lain kecuali diri dia sendiri yang inginkan. Tapi dia sedikit sebanyak menunjukkan perkembangan yang baik juga. Dengan papa dia nampak sudah tidak ada kejanggalan. Boleh berbual-bual dan membalas gurauan papanya. Cuma dengan budak kecil dia kurang sikit nak melayan.

Aku? Hmmm... kalau orang tanya bagaimana kehidupan aku, tak lain tak bukan, aku amat gembira dengan kehidupan sekarang ini. Cukup indah, cukup sempurna. Hanya aku yang mengenal YB. Dan aku tahu dia cukup bernilai. Tepat seperti yang digambarkan oleh hatiku semasa ingin menerima dia dalam hidup aku dulu. Ye, dia sangat sempurna bagiku. Aku membenarkan hati aku untuk dipenuhi dengan menyayangi dirinya. Tak perlu aku takut akan dugaan mendatang kerana biarlah saat ini aku lakukan terbaik untuknya dan untuk anak-anak. Ikhlas dari hati seorang perindu.

2 comments:

Anonymous said...

yes i do..i do what you did..kini ku berpaut didahan yang rapuh..

Anonymous said...

yes i do..i do what you did..kini ku berpaut didahan yang rapuh..