Sunday, October 18, 2009

Rawatan dan Pencegahan: Kes Mentol ku

Hari ini baru ada kesempatan hantar Optoma HD65 ke A&L untuk ganti mentol dan service sekali. Walaupun A&L quote RM900, aku ambil keputusan hantar sajalah kerana A&L dekat dengan rumah. Kalau ada apa-apa berlaku dan perlu rawatan susulan, senang nak berulang alik.

Ambil masa 4-5 hari juga nak siap sebab projektor perlu dihantar semula ke Optoma HQ. Tapi yang aku sukanya dengan A&L ni, dia punya service amat baik. Projektor aku akan dihantar ke rumah dan seller akan setting semula projektor itu sendiri di Home Theater aku. Kalau macam tu, okaylah aku bayar RM900 tu.

Aku pesan sekali kabel fibre optic sekali untuk CD Player aku. Baru tadi dapat mainkan CD Player aku sejak sebulan lebih tak pernah on kan dia. Memang sedap betul bunyinya. Itu masih guna kabel merah putih yang biasa tu. Kalau guna fibre optic sepatutnya lebih baik lagi bunyinya.

Berbalik kepada situasi mentol projektor tu, aku kena ambil langkah berjaga-jaga kerana sebenarnya jangka hayatnya pendek dari yang dijangkakan. Kira dia blow premature. Aku dah maklumkan kepada A&L dan mereka akan maklumkan kepada Optoma. Tapi aku memang pasti, blackout 2-3 kali sepanjang tempoh penggunaan projektor tu merupakan salah satu sumbangan besar kepada kependekan hayatnya.

Jadi sebagai langkah pencegahan perkara yang sama berlaku kepada mentol yang baru, aku terpaksa beli UPS supaya aku ada sedikit masa untuk shut down aku punya projektor sekiranya berlaku blackout semasa penggunaannya. Aku beli Koss saja kerana aku hanya guna satu slot saja khas untuk projektor dan projektor aku sudah disambung dengan belkin power surge.

RM175 dari All I.T

Kalau pendek gak hayatnya, adalah nak kena tukar dengan plasma 50 inci ni...ngehh

No comments: