Wednesday, October 14, 2009

My HD65's Bulb Blow



Tengah sedap-sedap melayan G.I Joe dan Transformer 2, sekali keluar bunyi 'POP' dengan kuatnya. Tu dia, bulb projector aku dah habis hayat. Seingat aku, last hour yang aku check adalah 1300 hours lebih. Tu pun mungkin dah sebulan lebih aku tak check. Jadi mungkin dah cecah 1500 hours.

Pendeknya hayat bulb projector ni. Tak sampai 2000 hours hahaha. Tapi aku rasa faktor sumbangan kependekan hayatnya dipengaruhi juga dengan 2-3 kali aku nya rumah blackout masa aku tengah melayan home theater aku. Jadi projector aku mati mengejut.

Tapi sebelum dia kaput ni, aku ada perasan yang kualiti cahaya dia agak buruk. Kalau dulu subtitle boleh nampak putih walaupun aku guna high contrast screen, sekarang dah nampak ada pudar sikit.

Tadi sebenarnya aku tukar-tukar setting, sebab tak puas hati dengan darjah kecerahan yang dipancarkan. Alih-alih keluar bunyi meletup lah pulak. Terus dah tak nyala.....hahahaha

Hmmm... tengah mengira-gira nak ambil LCD atau plasma 50inchi terus, tapi betul gak adik aku cakap, kang membazir lak dah buat cable hdmi berkualiti yang panjang dan drapper untuk projector. Lagi pun kos mengganti bulb cuma RM500++ berbanding dengan TV Rm5K++ hahahaha.

Apa-apa pun aku dah contact potential seller nak order replacement bulb untuk aku punya Optoma HD65 ni. Dalam seminggu ni, tak merasalah aku melayan blu ray. Oh well, time to spend my valuable time with my CD player pula. Lama tak dengar.

No comments: