Friday, October 30, 2009

New Bulb

Akhirnya, siap juga aku punya projector. Bolehlah layan semula blu ray. Tak best betul tak dapat layan masa ketiadaan HD65 ni.

Sekarang aku siap pasang UPS supaya kalau blackout aku ada sikit masa nak shutdown projector. Tak adalah terkejut padam secara tiba-tiba. Dah pakai UPS, pakai lak Belkin power surge, padahal kat UPS tu ada satu slot utk power surge sekali. Tapi sebab memang dah ada Belkin PS tu, gunakan je lah. Sekurang-kurangnya Belkin ada insuran kalau berlaku power surge.

Lepas dah setting, tengok blu ray, perghh gambar dah kembali cantik sangat-sangat. Tu yang tak boleh tahan tu kalau tak de projektor ni. Kepuasan tengok movie dengan gambar yang cantik tu tak dapat...kekekeke

Dan A&L tak lupa aku ada order optical fibre cable. Yang 2M dapat le RM180. Pasang kat CD player aku.


Friday, October 23, 2009

Wednesday, October 21, 2009

Apa Nyer...Tah Apa Apa

Aku dapat message dah dua tiga kali ni:

"Selamat hari Jadi! Nikmatilah 7 hari PERCUMA pggln/SMS ke no 8pax. Cuma jawab BDAY YA sblm tarikh lahir anda. Pastikan akaun anda aktif & 8pax telah diaktifkan."

Adeh... mende-mende ni sesuai untuk muda mudi daun keladi je. Aku tak kuasa le nak tipun-tipun orang. 8pax aku pun dah lama tak update. Semua kaum kerabat nyer nombor je. Jadi tak memberi kesan apa-apa pun hadiah birthday ni. Cuba dia bagi panggilan percuma ke luar negara... wahahahar

Dulu masa muda-muda time belajar dan tahap kemiangan tahap dewa, memang le berjam-jam tipun lekat kat telinga. Tapi la ni, nak tipun seminggu sekali pun susah. Yang selalu aku tipun, anak aku je. Tu pun just cakap "Tolong bukak pintu" ke "Jangan lupa bagi alvin makan" ke.

p/s lusa birthday aku.

Tuesday, October 20, 2009

Ayat tak bleh Blah dari Anak Aku

Aku: Dikjah, tadi umi gi bukak buku baru. Nak tengok tak?

Izzah: (tengok...terus tutup cepat-cepat) Bagilah dikjah skit...

Aku: Tak bley, nanti asyik beli cite jepun je

Izzah: Umi tu pun sama, next time jgn beli blu ray. Dah ganti projektor, jangan beli tv. Jangan beli player lagi...jangan...jangan...

Aku: (Dah tak dengar dah yang hujung-hujung tu...dah blah gi bilik air)....

Adeh.....sapa nasihat sapa sebenarnya ni???

Pelan Strategik Aku punya bukan Ahmad Albab yang punya

Hari ni bermula episod usaha aku nak capai financial freedom dalam tempoh sepuluh tahun. Walaupun agak terlewat aku bermula, tapi aku yakin aku boleh berjaya.

Dalam tempoh lima tahun minimum aku nak capai:
1. Ph.D
2. ASB 100K
3. 2 buah rumah
4. Habis PL 1.

Dalam tempoh 10 tahun:

1. ASB Max 200K
2. 8 buah rumah
3. habis PL2
4. Habis installment kereta
5. Financial freedom

Dah tiba masanya aku praktikkan financial management aku. Malu arr ajar subjek ni kat student, tapi diri sendirinya financial status cam sial.

Untuk ketiga kalinya aku habis bayar semua credit card aku. Asalkan habis je, aku swap lagi. Kali ni, aku siap gunting hahahahar. Pastu siap gi CIMB bukak buku ASB...ye aku langsung tak de buku ASB, nasib baik ada buku bank dan tabung haji hahahahar. Buku bank pun first aku bukak masa umur 25 tahun...hahaha teruk betul aku. Simpan duit bawah bantal kot.

Pegawai CIMB tu siap offer aku wat loan ASB bila selepuk aku letak duit kat ASB tu. Tak yah arr... aku dah ada plan aku sendiri. Memang betullah, dunia sekarang ni segala-galanya ilmu. Tanpa ilmu, you r nothin'.

for the first time, i can see clearer picture. Wish me gemilang.


Sunday, October 18, 2009

Rawatan dan Pencegahan: Kes Mentol ku

Hari ini baru ada kesempatan hantar Optoma HD65 ke A&L untuk ganti mentol dan service sekali. Walaupun A&L quote RM900, aku ambil keputusan hantar sajalah kerana A&L dekat dengan rumah. Kalau ada apa-apa berlaku dan perlu rawatan susulan, senang nak berulang alik.

Ambil masa 4-5 hari juga nak siap sebab projektor perlu dihantar semula ke Optoma HQ. Tapi yang aku sukanya dengan A&L ni, dia punya service amat baik. Projektor aku akan dihantar ke rumah dan seller akan setting semula projektor itu sendiri di Home Theater aku. Kalau macam tu, okaylah aku bayar RM900 tu.

Aku pesan sekali kabel fibre optic sekali untuk CD Player aku. Baru tadi dapat mainkan CD Player aku sejak sebulan lebih tak pernah on kan dia. Memang sedap betul bunyinya. Itu masih guna kabel merah putih yang biasa tu. Kalau guna fibre optic sepatutnya lebih baik lagi bunyinya.

Berbalik kepada situasi mentol projektor tu, aku kena ambil langkah berjaga-jaga kerana sebenarnya jangka hayatnya pendek dari yang dijangkakan. Kira dia blow premature. Aku dah maklumkan kepada A&L dan mereka akan maklumkan kepada Optoma. Tapi aku memang pasti, blackout 2-3 kali sepanjang tempoh penggunaan projektor tu merupakan salah satu sumbangan besar kepada kependekan hayatnya.

Jadi sebagai langkah pencegahan perkara yang sama berlaku kepada mentol yang baru, aku terpaksa beli UPS supaya aku ada sedikit masa untuk shut down aku punya projektor sekiranya berlaku blackout semasa penggunaannya. Aku beli Koss saja kerana aku hanya guna satu slot saja khas untuk projektor dan projektor aku sudah disambung dengan belkin power surge.

RM175 dari All I.T

Kalau pendek gak hayatnya, adalah nak kena tukar dengan plasma 50 inci ni...ngehh

Wednesday, October 14, 2009

My HD65's Bulb Blow



Tengah sedap-sedap melayan G.I Joe dan Transformer 2, sekali keluar bunyi 'POP' dengan kuatnya. Tu dia, bulb projector aku dah habis hayat. Seingat aku, last hour yang aku check adalah 1300 hours lebih. Tu pun mungkin dah sebulan lebih aku tak check. Jadi mungkin dah cecah 1500 hours.

Pendeknya hayat bulb projector ni. Tak sampai 2000 hours hahaha. Tapi aku rasa faktor sumbangan kependekan hayatnya dipengaruhi juga dengan 2-3 kali aku nya rumah blackout masa aku tengah melayan home theater aku. Jadi projector aku mati mengejut.

Tapi sebelum dia kaput ni, aku ada perasan yang kualiti cahaya dia agak buruk. Kalau dulu subtitle boleh nampak putih walaupun aku guna high contrast screen, sekarang dah nampak ada pudar sikit.

Tadi sebenarnya aku tukar-tukar setting, sebab tak puas hati dengan darjah kecerahan yang dipancarkan. Alih-alih keluar bunyi meletup lah pulak. Terus dah tak nyala.....hahahaha

Hmmm... tengah mengira-gira nak ambil LCD atau plasma 50inchi terus, tapi betul gak adik aku cakap, kang membazir lak dah buat cable hdmi berkualiti yang panjang dan drapper untuk projector. Lagi pun kos mengganti bulb cuma RM500++ berbanding dengan TV Rm5K++ hahahaha.

Apa-apa pun aku dah contact potential seller nak order replacement bulb untuk aku punya Optoma HD65 ni. Dalam seminggu ni, tak merasalah aku melayan blu ray. Oh well, time to spend my valuable time with my CD player pula. Lama tak dengar.

Wednesday, October 7, 2009

Tambahan untuk Alpha


Lens DT 50mm f1.8 SAM, sesuai untuk potret.



Depan dan belakang, speed light hvl f58am. Speed light ni terus ambil yang besar. dan boleh wireless lagi menjadi master light. best best


Jamuan hari raya kat opis hari ni boleh lah test power.

Tuesday, October 6, 2009

Layan Predators dan HD65 setting

Layan cite lama. Baru habis tengok predator Arnie. Pada mulanya gambar gelap sedikit. Lepas tu baru teringat setting projector yang terakhir untuk tengok upin dan ipin. Nasib baik teringat. Kalau tak spoil mood nak tengok cite ni. Jadi, aku tukar setting dia kepada preset setting yang aku dah buat khas untuk blu ray. Barulah mantap gambar dia. audio DTS HD-Ma. Jadi memang dah menakjubkan. Time helicopter lalu, bunyi kipas dia macam betul-betul ada helicopter kat atas rumah...itu pun pasang slow -30db je sebab tengok lepas maghrib. Kalau tengok siang, mau kebaboomm.

Apa-apa hal pun sebelum terlupa setting HD65, baik aku rekodkan kat sini

USER MODE

Brilliant Colour = 2.
Truvivid = 1.
Image AI - OFF
Colour Temp - COLD
DeGamma - Video
Contrast = -4
Brightness = -2
Sharpness = 0

Gain :
R = 5
G = 0
B = 2

Bias :
R = -3
G = 0
B = 0