Sebenarnya aku seronok sekali sekala turun takhta, mengingati kembali asal usul diri sendiri. Pagi tadi aku sambar motor adik aku riding dari Cheras ke UKM. Jauh oooo, tapi itulah yang aku lakukan masa aku buat master di UM dan bekerja di UKM dulu. Bukan aku tak ada kereta masa tu, tapi aku tak de lesen kereta hehehe. Kerana nak hantar Izzah pergi kelas tadika, barulah aku beranikan diri ambil lesen dan bawa kereta. Sejak itu, alam motor terus aku tinggalkan.
Tapi hari ini aku mula bawa motor kembali. Kelas aku seawal jam 8 pagi. Pagi tadi pula hari hujan. Agak jam 7.20 pagi, hujan dah mulai renyai sahaja. Jadi aku pun mulalah bertolak dari rumah. Dengan memakai jaket motor aku yang sudah usang. I never thought i will wear it again. Nasib baik muat lagi wakakaka.
Pengalaman bawa motor semula pagi tadi memang best. Walaupun hati penuh dengan berhati-hati. Dengan bawa beg sandang berisi laptop dan lecture note (berat ooo), perjalanan tadi penuh bermakna. Mengimbas kembali zaman aku bermotor ke hulu ke hilir dulu. Mengingati diri aku ketika itu, young and poor hahahaha. Kalahlah student aku yang ada datang naik Harrier, CRV dan kereta mewah pun ade. Malu pulak aku kalau depa nampak. Tapi apa salahnya. Show them it is actually okay to lower yourself.
Tapi aku tak nafikan skill aku bawa motor menurun. Yelah dah 7 tahun aku tak bawa motor. Paling laju kat highway pun aku cuma press 80km/h je. Nampak gayanya, memang aku tak bolehlah ambil Izzah dengan motor balik tuisyen jam 10 malam kat Kajang. Aku dapat rasakan keadaan merbahaya bukan sebab motor tu, tapi sebab skill aku. Biarlah dia belajar dirumah bersama-sama aku, tak perlu ke tuisyen lagi. Cuma aku saja yang perlu disiplinkan masa aku untuknya.
Namun begitu, aku miss dengan Maq aku. Kereta baru aku lambat lagi nak keluar. Buat masa ni motor tu je lah teman aku. Apa-apapun aku bangga diri aku mampu berdikari lagi. It is not an easy task, but i managed.

No comments:
Post a Comment